Pengunjung Setia

Sunday, June 24, 2012

SABAR

Assalamualaikum, salam ketenangan :)

         Alhamdulillah terima kasih Allah kerana Engkau telah mengajar ku erti kesabaran dengan mencurahkan pelbagai bentuk ujian dunia. Cara Allah mengajar kita bukan seperti guru mengajar anak muridnya di kelas. Guru akan mengeluarkan kata-kata dari mulut nya di hadapan mata anak murid. Uniknya Allah mengajar kita  tidak secara berhadapan. Kita juga tidak dapat bayangkan Allah itu bagaimana. Apa yang kita tahu Allah itu Pencipta kita ya Maha Agung, Maha Menarik, Maha Cantik dan seperti mana dalam Asma ul Husna. Jadi cara Allah mengajar kita dengan memberi nikmat dan ujian pada kita. Allah hadiahkan Al Quran pada kita. Allah kurniakan hamba-hamba Nya yang soleh untuk kita. Allah membantu kita untuk mencari ilmu dan mendalalami pelbagai ilmu supaya kita dapat belajar sesuatu daripada apa yang berlaku dalam hidup kita.

          Kebiasaannya apabila ummul ada masalah, Allah akan tunjukkan dan mengajar ummul bagaimana untuk bersabar dan cara-cara menyelesaikan masalah itu dengan beberapa kaedah antaranya ialah belek-belek Al Quran tiba-tiba aja sesuai dengan keadaan ummul time itu, belek-belek buku terjumpa ayat-ayat menarik yang sesuai dengan keadaan ummul, berfacebooking terbaca status orang yang memberi semangat pada ummul dan di kala terbuntu Allah kurniakan sahabat dan keluarga yang menghulurkan bantuan. Malah, sahabat-sahabat ummul yang lain pun mengakui perkara yang sama dan sudah pasti kalian juga pernah melalui saat-saat sebegini kan ? Unikkan cara Allah mengajar dan bantu kita? Apa pun ummul masih belajar erti kesabaran dan bagaimana untuk bersabar. Ummul sendiri merasakan ummul belum ada sifat sabar itu. ya Allah bantu ummul ya untuk aplikasikan sifat sabar ini.

          Beberapa ilmu yang ummul dapat pelajari hasil pembacenaan ummul di kala ini. Antara kata-kata yang berada dalam buku Tuhan Sedang Menguji Kita karya Ustaz Kazim Elias adalah :
~ Andai tiada kesabaran sudah tentu kita tidak mampu menjadi penceramah. Andai tiada kesabaran, sudah tentu mesej dan misi dakwah tidak dapat disampaikan. Andai hilang kesabaran, maka kita cepat mengalah. Manakala aspirasi dakwah hanya akan tinggal slogan indah semata-mata.

Didalam buku Ringkasan Ihya' 'Ulumiddin karya Imam Al-Ghazali Penyusun 'Abdul Rosyad Siddiq pula mengatakan :
~ Keimanan seseorang itu terdiri dari dua bahagian, yang pertama adalah kesabaran dan lainnya adalah sikap syukur.
~ Nabi s.a.w pernah ditanya tentang hakikat iman, di mana baginda menjawab, "Iaitu sabar dan toleran"
~ Nabi s.a.w bersabda : "Sabar adalah satu harta simpanan di antara simpanan-simpanan yang disediakan di syurga"
~ Hakikat kesabaran itu terdiri dari pengetahuan, keadaan dan amal. Pengetahuan laksana pohon, keadaan seperti dahannya dan amal bagaikan buah yang dihasilkan.
~ Ibnu Abbas r.a pernah berkata : " Hakikat kesabaran dalam Al-Quran ada tiga jenis, iaitu sabar untuk menunaikan kewajipan kerana mengharapkan keredaan Allah, di mana kesabaran jenis ini menjanjikan keutamaan berupa peningkatan tiga ratus darjat kebaikan. Kedua, sabar tidak melanggar larangan-larangan Allah, di mana kesabaran jenis ini menjanjikan enam ratus darjat kebaikan. Dan sabar dalam menghadapi musibah pada benturan yang pertama, di mana kesabaran jenis ini menjanjikan sembilan ratus darjat kebaikan."

          Wahai kalian semua, jika kita di gelar sebagai manusia ke insan ke orang ke asalkan kita ini hamba Allah yang dapat merasa hidup di dunia ini sudah pasti kita sentiasa di sirami oleh pelbagai masalah dalam keadaan pelbagai bentuk. Semua manusia tidak boleh lari dari masalah. Persoalannya ummul sendiri dan kalian semua berapa kali mensyukuri nikmat masalah yang membanjiri kehidupan kita? Berapa kali kita tersenyum dan mengambil pelajaran daripada proses masalah itu berlaku? Berapa kali kita tersedar bahawa masalah itu adalah tanda Allah ingin mengajar dan menyayangi kita? Mulai saat ini, bersyukur lah kerana kita masih di pilih oleh Allah untuk menghadapi masalah yang ringan dan berat. Cari lah ilmu dan cara untuk menyelesaikan masalah kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Allah yang beri nikmat masalah pada kita dan kepada Allah juga kita meminta bantuan menyelesaikannya. Fikirkan lah apa ilmu dan pembelajaran yang boleh kita boleh ambil supaya kita menjadi orang yang hebat dan bijak. Allah itu Maha Hebat dan Maha Bijaksana. Sudah tentu kita dapat mencontohi dan mengaplikasikan sifat-sifat Allah dalam diri kita kerana Allah kan Pencipta kita :)

No comments: