Pengunjung Setia

Wednesday, July 11, 2012

KEJAYAAN !

Assalamualaikum, salam kejayaan :)

Orang sebuk mengejar kejayaan, yang merasakan dirinya belum berjaya terus berusaha untuk berjaya. Orang yang telah berjaya menjatuhkan dirinya kerana sikapnya sendiri. Dan ada orang yang merasakan dirinya telah berjaya tetapi tidak sedar untuk menjayakan dirinya lebih jaya. Dimanakah kita ketika ini? Gunakan lah kebaikan dan keburukan pada diri kita sebagai nikmat yang boleh disyukuri supaya kita sedar kita telah berjaya dan terus berusaha untuk terus berjaya lebih jayanya ~ummul khair~


Imi adalah status fb ummul pada malam ini. Ayat ini bertandang sekali imbas di fikiran dan dirasakan oleh hati sebagai teguran untuk diri sendiri juga. Ummul mula memikir.....

Ramai yang ummul jumpa merasakan dirinya belum berjaya dan berusaha untuk berjaya. Ummul juga telah berjumpa dengan orang yang telah berjaya tetapi menggagalkan diri sendiri kerana satu sikapnya sahaja. Orang yang ummul tidak pernah berjumpa adalah orang yang mengatakan dirinya telah berjaya dan berusaha untuk terus berjaya dengan lebih jayanya. Baru ummul sedar bahawa ummul juga melakukan perkara yang sama dengan orang lain. Ummul ingin menjadi orang yang luar biasa tetapi mengapa ummul masih melakukan perkara yang biasa-biasa. Bagaimana pula kalian semua? Ya mulai saat ini ummul ingin mengatakan ummul telah berjaya dan ingin berjaya lebih jayanya. Bagaimana kah pula anda?

Apakah erti kejayaan itu dimata kita? Adakah kejayaan itu boleh dinilai? Dikira? Ditetapkan? Adakah mendapat A keseluruhan pelajaran telah berjaya? Adakah seseorang itu telah mendapat kerjaya yang bagus telah berjaya? Hakikatnya kejayaan itu boleh di ertikan dalam pelbagai bentuk. Cemerlang dalam SPM merupakan kejayaan dan ingin berjaya lain untuk masuk ke alam pengajian universiti dan ingin berjaya lagi untuk mendapatkan kerjaya yang diimpikan dan ingin berjaya lagi untuk menjadi hamba dan khalifah Allah dengan jayanya. Apabila kita berjaya dalam pelajaran kita berusaha lagi untuk berjaya dalam kerjaya pula. Persoalannya mengapa kita sering mengatakan kita belum berjaya? Berjaya dalam pelajaran tidak berjaya dalam hidup kah? Sudah pasti kita telah mencatatkan satu kejayaan dalam hidup kita.

Ramai diantara kita sering mencederakan emosi sendiri. Terluka hati, bersedih hati, terguris hati. Bak katanya semuanya hati la. Disebabkan apa? Hanya disebabkan diri orang itu tidak dihargai oleh orang lain. Persoalannya sekarang, adakah orang itu menghargai diri sendiri? Siapa yang nak hargai diri sendiri selain diri sendiri yang memulakan dahulu menghargai diri sendiri? Siapa yang nak puji diri sendiri melainkan diri sendiri yang memulakan pujian tersebut?  Jadi, mengapa perlu membazirkan masa untuk mencederakan emosi sendiri disebabkan tidak dihargai? Peringatan untuk diri ummul sendiri. Mula lah menghargai diri sendiri, bersyukur lah apa yang ummul dan anda telah kecapi. Pertingkatkan lagi kualiti hidup dan ilmu untuk berjaya dengan lebih jayanya sehingga nafas kita terhenti. Kumpulkan lah sebanyak mungkin kejayaan dalam hidup di dunia ini. Kesimpulannya, diri sendiri yang boleh memilih dimanakah diri sendiri itu diletakkan. Kita boleh memilih samaada kita ingin melakukan kejahatan atau kebaikan, neraka atau syurga dan kita juga boleh memilih kita ini tergolong dalam kategori yang mana. Peringatan untuk diri sendiri dan harapnya kalian juga dapat nilai yang baik :)

"Ummul telah berjaya menulis post kejayaan ini dan ummul ingin berjaya lagi untuk menulis buku " Doakan ummul ya wahai kalian semua :) Allah jua yang membalas kebaikan kalian :)