Pengunjung Setia

Thursday, October 29, 2009

renungan sesiapa yg terjatuh

Assalamualaikum....salam rindu :) :) :)

Motivasi kita untuk kali ini

"Baca lah hati, kita renungilah hati kita, dengar lah isi hati kita, selamilah hati kita"

Biarlah hati kita terjatuh pada orang yang terbaik untuk kita supaya kita lebih mencintai Allah 100 kali ganda dari orang tersebut. Sekiranya kedua-dua hati saling berpaut biarlah kedua-dua hati tersebut saling berpaut teguh pada cintaNya.





Sunday, October 25, 2009

realiti zaman kini (2)

Assalamualaikum.....salam kasih dan sayang :) :) :)


Masa berlalu dengan pantas....oppsss masa berlalu dgn pantas ker....ummul yang lambat mengejar masa ni? Maaf yer org kampung orang bandar sekalian..lambat pulak nak sambung topik ni.. Meh kita sambung yer...ni Cik Ummul nak habaq....


Beginilah realiti zaman sekarang.... Sometimes aper yg kita x terfikir langsung pun boleh berlaku... yg putih, yg hitam, yang baik, yang buruk... bak kata org muda2 sekarang ni..macam-macam ada... huhuu dulu bukan x ada tapi sekarang makin advance gitu...


Bagi aku semua pihak kener mainkan peranan dengan sebaiknya....terutama sekali golongan ibu bapa.... Sebagai ibu bapa kener pandai dan kreatif mendidik anak-anak. Zaman sekarang bukan macam dulu....dulu marah sikit, kener rotan sekali dah takut macam kener makan dengan harimau pulak... sekarang ni 10 kali kener marah 10 kali kener rotan...aper jadi anak makin menjadi-jadi pe'il nyer tu.. x semua laa macam tu..ada yg baikkan... Bagi ummul... nak mendidik anak kener pandai bermain dengan psikology....sebab anak-anak zaman sekarang dah x main pukul-pukul ni..x pasal-pasal dorang pulak pukul mak ayah.... tu mungkin dari golongan ibu bapa...macam mana pulak dengan pihak lain? opps kalau nak citer semua...panjang lebar laa citer ummul ni yer..cuba anda semua fikirkan lagi (bukan apa kalau sekadar membebel jer x guna jugak..bagi can anda semua berfikir).

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang citer pasal topik ni....meh ummul story satu cerita...Alkisah.....


Sepasang suami isteri ni...mereka berkahwin bukan kerana sayang..tetapi terpaksa berkahwin atas sebab-sebab tertentu....Si suami ni seorang yang boleh dikatakan agak zalim jugak la...suka melakukan maksiat, suka minum arak dan seumpamanya. Tertarik nyer ummul disini... si isteri ni..tersangat lah baik dan tersangat lah penyabar...walaupun di maki hamun di sepak terajang sampai tahap nyawa-nyawa ikan si isteri ni di dera oleh si suami....si isteri tetap kuat mengharungi dugaan.... Selamatlah Allah panjangkan umur si isteri ni.

Nak diceritakan di sini, bagaimana si isteri membimbing si suami ke jalan yang lurus. Cuba anda bayangkan si isteri tak boleh langsung bercakap, tak boleh langsung nak buat apa-apa kecuali suami nyer suruh buat itu buat ini. Kalau si isteri tak buat habis lah anggota badan si isteri jadi mangsa kekejaman si suami. Walaupun keadaan si isteri sebegitu, dia tetap mengharap suami nya akan berubah. Apakah si isteri lakukan ?

Setiap kali solat, si isteri akan sentiasa bentangkan sejadah di depannya. Seolah-olah si suami ingin solat bersama-sama walaupun dia tau si suami tidak akan sentuh sejadah tu. Setiap malam semasa suaminya rehat dan ingin tidur si isteri akan cuba membaca Al Quran tanpa henti walaupun semasa dia membaca dia di tengking di sepak dan sebagainya oleh suaminya. Si isteri akan letakkan buku-buku agama yang telah tersusun di tempat suaminya selalu berehat. Si isteri akan menampalkan kertas yang mengandungi kata-kata nasihat dan motivasi di tempat-tempat si suami sering lihat seperti peti ais, pintu bilik,dinding dan sebagainya. Macam-macam cara si isteri cuba menegur si suami dengan cara perbuatan. Tidak pernah sekali pun si isteri menegur dengan cara ungkapan kerana dia tau dia akan diseksa apabila dia cuba membuka mulut. Pelbagai cara dilakukan oleh isteri sambil berdoa kepada Allah yang Maha Kuasa.

Pada awalnya si suami tetap marah dengan apa yang telah di lakukan si isteri tetapi si isteri tetap tabah, tetap terus berusaha dan tetap menahan kesakitan. Akhirnya dengan kuasa Allah si suami berubah apabila dia mula sedar yang selama ini dia mempunyai isteri seperti permata. Si suami sedar setelah bertahun-tahun si isteri tetap patuh walaupun saban hari diseksa tanpa henti. Akhirnya mereka hidup bahagia dan si suami cuba untuk mendalami agama islam di bantu oleh si isteri.


Semoga anda semua dapat pengajaran dari cerita ini dan dapat idea macam mana nak membantu umat islam yang telah hanyut jauh.

Tuesday, October 13, 2009

Kem Perkasa I

Assalamualaikum...... senyum cikit...cak !! :) :) :)

Sebelum ini saya ada katakan ingin menyambung post yang lalu...tetapi harap maaf  kita beri laluan kepada iklan dulu yer....Bukan tv jer ada iklan tau..sini pun ada iklan..hehe.. Tunggu cerita seterusnya yer...


 



Download Iklan



Download Borang


Cuti sekolah datang lagi... Apa nak buat? Ke mana nak pergi?
Jom sertai Kem Perkasa I


Perkasakan iman, intelek dan imej anak-anak kita.
Rasai kelainannya... Bersama trainer dan fasilitator berpengalaman. Merealisasikan impian anda melahirkan generasi Soleh dan Solehah.


Maklumat Kem Perkasa


Sek. Rendah

Tarikh : 23 - 25 Nov 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam

Tarikh : 6 - 8 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang

Sek. Menengah

Tarikh : 1 - 3 Dec 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam

Tarikh : 11 - 13 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang

Peta Lokasi



Nur Laman Bestari Ulu Yam



Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang



Apa yang patut anda lakukan?


1)  Sila download borang dan isikan borang tersebut.
2)  Sekiranya anda tidak tahu di mana lokasi kem ini sila download peta lokasi.
3)  Sila confirmkan penyertan anda dengan menghantar sms di 019 6230019 (Alang-Naemi) atau   0193383907 (En.Ghazali).
4)  Anda boleh bank in yuran pendaftaran di akaun kami atau anda boleh terus membayar yuran pada hari kem tersebut.
5)  Sila bawa borang dan resit pembayaran pada hari kem tersebut.

Wednesday, October 7, 2009

Realiti Zaman Kini

Assalamualaikum.....salam sejahtera......
salam motivasi :) :) :)

Subhanallah.... 23 hari aku biarkan blog ni tanpa diedit.. rindu rasanya. Almaklumlaa disebabkan raya dan yang paling best sekali lepas raya jer exam pun menjelma. Wah memang kerja ku menyebuk dan tersebuk memanjang dengak program raya dan exam. Bukan lah exited sangat nak beraya sebenarnya tapi start tahun ni selepas semua abg dan akak ku dah berkahwin beberapa tanggunggjawab yang sebelum ini dilaksanakan oleh abang dan akak perlu aku pikul untuk ibu dan ayah yang tersayang. Alhamdulillah memang seronok apabila kita dapat mencurahkan sedikit bakti atau pertolongan kepada ibu bapa kita. Bagi aku, aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar perintah Allah dan hukum agama supaya senyuman sentiasa terukir dan kegembiraan sentiasa bertandang di hati ibu ayah ku.

Lama rasa nya aku ingin menaip tentang kejadian yang berlaku sepanjang ketiadaan aku di blog ini. Mehh aku story cikit....Seminggu selepas beraya di KL, aku bersama family pergi menziarahi nenek dan atuk di Singapura dab beberapa hari yang lepas aku dan beberapa kawan ku lunch bersama-sama. 2 waktu tersebut membuatkan hati ku betul-betul terkilan apabila melihat karenah,sikap dan pemikiran mereka. Tidak kira tua atau muda mereka masing-masing dengan pe'il nya tersendiri dengan tidak menjaga adab, mengeluarkan kata-kata yang boleh dikatakan kurang ajar,tidak menghormati orang tua, dengan cara pemakaian, dengan cara hidup yang jauh terpesong dari ajaran agama islam. Manakala seorang kawan ku pula dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam tetapi sayang sekali secara terang-terangan dia mengatakan kepada ku tidak mempercayai apa yg di ajar dalam agama islam. Subhanallah beruntungnya mereka dilahirkan sebagai umat islam tetapi kenapa mereka tidak menghayati dan menikmati segala ajaran islam dan anugerah Allah?

Beginikah realiti zaman sekarang?
Apakah kita sebagai umat islam telah mengambil langkah dan inisiative untuk membantu golongan-golongan sebegini dan memperjuangkan islam?
Apakah faktor keadaan sebagini berlaku?


Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, mari kita sama2 menghayati dan fikirkan persoalan tersebut....Salam Muhasabah Diri...

(maaf saya akan sambung post akan datang supaya kita dapat sama-sama bermusahabah diri)