Pengunjung Setia

Wednesday, March 9, 2011

Setiap kesusahan ada kesenangan

assalamualaikum ... salam luar biasa :) :) :)

Setiap kesusahan ada kesenangan. Kata hikmah ini sentiasa bersemadi dalam hati ummul, dari dulu hingga kini kata hikmah ini lah menjadi peneman dan pembakar semangat ummul. Teringat memori dahulu, dulu air mata menjadi peneman, tapi sekarang bila dikenangkan kembali, senyuman pula menjadi peneman setia.

Alkisah..waktu zaman persekolahan dahulu, masa form 4, waktu form 4 dan 5 la cabaran mendatang dan air mata sentiasa berjujuran seperti hujan yang lebat jatuh ke bumi. "Ummul, pindah lah kelas 4 cekal." kata cikgu-cikgu di sekolah. "tak apa lah cikgu, saya duduk kelas ni jer, saya tak boleh ambik kelas sains." Masa tu ada 2 kelas jer disekolah tu, yang lain kelas aliran agama untuk lelaki sahaja. Satu kelas sains, satu kelas multimedia. Sepatutnya ummul masuk kelas sains, tapi oleh kerana ummul tak minat sains, terpaksa masuk kelas multimedia. Masa tu jangan kata multimedia, komputer pun tak geti nak guna, setakat on of tu geti lah. Nak pindah sekolah lain, family tak bagi, sebab ummul baru pindah sekolah tu. Jadi 2 tahun lah terpaksa mengharungi keadaan seperti itu. Keadaan kelas yang.... (huhhh tak payah habaq lah, memang agak teruk, tensen dengan budak-budak kelas yang nakal dan tak nak belajar). Kebanyakan pelajar masa form 4 dan 5 lah sebuk kan, banyak homework. haa ummul tak ada homework pun, cikgu tak nak bagi homework sebab cikgu tau satu kelas tak akan buat, waktu tu cikgu selalu bagi latihan dan buku kat ummul, then kalau tak tau or nak check jawapan, boleh tunjuk kat cikgu. Masa tu ummul digelar anak emas cikgu. Bak kata budak kelas, sikit-sikit ummul, sikit-sikit ummul, ummul jer lah ni ummul jer lah tu. Bila masa peperiksaan, kalau di kelas jer lah, masa tu kan ada 2 keadaan peperiksaan, ada peperiksaan dikelas jer ada di dewan peperiksaan. Kalau di dewan peperiksaan besar alhamdulillah seronok dapat jawab dengan aman dengan pelajar kelas lain. Tapi kalau jawab kelas sendiri dengan budak kelas jer, ya Allah memang tak boleh jawab exam, terus buntu dek kerana terlalu bising walaupun ada cikgu dalam kelas. Waktu tu memang banyak dugaan sampai tahap, cikgu kaunseling memang baik dengan ummul, siap bagi kunci bilik kaunseling. Ummul bila sedih dan tensen sangat atau nak study ummul akan pergi bilik kaunseling. Nangis dekat situ seorang-seorang dan study situ seorang-seorang. Time tu lah pujuk diri sendiri dan pasti akan terpandang dinding bilik tu, sebabnya ada perkataan setiap kesulitan ada kesenangan. Kata tu lah jadi pengubat hati. ( Kalau ada rakan sekelas yang baca jangan marah yer,ummul tau sekarang ni semua dah taubat, dah jadi orang semuanya. Ummul pun gembira kamu semua dah tak macam dulu,semua dah berubah. Semua dah menyesal, tapi apakan daya kamu semua tak boleh kembali ke zaman sekolah lagi.Sabar-sabar)

Allah sentiasa menghadiahkan kita dengan pelbagai ujian. Alhamdulillah bersyukur pada Nya kita sentiasa dipilih untuk mendapat ujian Nya. Ujian itu kan tanda kasih sayang Allah pada kita. Sekarang pun pelbagai ujian diterima. kadang-kadang tu sampai terduduk, kemudian bangun lagi. tak apa lah sekarang ni susah-susah dahulu kan, untuk dapatkan kejayaan pada masa hadapan, kener merangkak dahulu. Sejak januari 2011 bekerja keras dan cuba sebaik mungkin untuk terus mencapai kejayaan. Matlamat tahun ni nak jadi khalifah yang luar biasa sekali berbanding tahun lepas. Tahun 2010 merupakan tahun bukanya satu pintu kejayaan, tahun ni nak meneruskan dan berlari lebih pantas untuk mencapai lebih baik lagi. Tak apa lah terpaksa bersusah-susah dahulu, sebabnya ummul yakin ummul akan dapat ganjarannya nanti. Allah tu Maha Pemurah dan Maha Kaya.. Dia pasti akan beri rezeki pada hambaNya dimana jua jika kita betul-betul sabar dan berusaha gigih. :)

(Situasi sekarang. tengah berusaha dan cuba untuk mengatasi kesusahan yang dihadapi.. dalam masa yang sama sedang menikmati kesenangan walaupun kadang-kadang kita tak perasan... perasaan happy sekarang:) )