Pengunjung Setia

Monday, April 23, 2012

Wahai Pokok Wahai Diri

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum, Salam Rindu dan Salam Sayang kepada Nya :) :) :)


Dimulakan dengan Basmallah, ya Allah, Subhanallah, Alllahhuakhbar, Alhamdulillah. Tarian jari ini seringkali terhenti apabila hati berkata coret lah sesuatu disini, Sehingga ke hari ini baru tersedar, telah setahun jari ini tidak menari, rasanya baru kelmarin tidak menari. ya Allah cepat sungguh rasanya masa berputar walaupun dari dulu hingga ke saat ini Allah beri 24 jam masa untuk kita seharian dan tidak pernah berubah. Disebab itulah kita sering diingatkan supaya hargai masa kerana masa tidak mengejar kita dan tidak lari dari kita, masa tetap menjalankan tugasnya berputar, akan tetapi kita yang perlu menikmati masa sebaiknya dengan cara tidak menggunakan masa ke arah yang sia-sia.

Ya Allah, dimulakan juga dengan basmallah, dan doa ku ini ( ....... ) menjadi permulaan bagi apa yang berada di fikiran ini. ( Tidak mahu beritahu apa dia kerana ummul ingin terus tunjukkan hasilnya )

Di waktu persekolahan menengah dahulu, ummul selalu duduk di belakang dan di tepi tingkap semasa peperiksaan. Setiap kali menjawab kertas soalan pasti ummul akan mengelamun memandang sepohon pokok besar di belakang sekolah. Ummul amat suka memandang pokok dan dari pandangan itu akan timbul lah idea, ilham dan jawapan. Riang sekali apabila melihan dedaunan menari mengikut alunan angin. Ada yang menarik mengenai pokok tetapi ketika itu tidak dapat dijelaskan. Tetapi dengan yakin ada sesuatu analogi sebatang pokok yang dapat kita contohi dalam kehidupan kita. Diri ini menganggap pokok itu diibaratkan seperti diri ku sendiri. Diri ku adalah mahluk Allah dan pokok juga mahluk Allah. Ya hari ini ummul mendapat juga analogi pokok yang dapat kita contohi :)

" Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan juga haiwan. Setelah melalui semua itulah daripada benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar. Mari kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan dilautan masin namun dagingnya tetap tawar. " ( analogi ini dipetik daripada majalah solusi )