Pengunjung Setia

Friday, December 31, 2010

ISK ( Ini lah Sejarah Kita) 5

assalamualaikum...salam terbilang semua :) :) :)

peranan kita ?
haaaa sudah mahu habis ni..topik ni..waduh-waduh..sudah sampai kesimpulan ni... haaa apa dia kesimpulan nya ummul..setelah panjang lebar duk den citoooo ni...haa para pembaca..duk terkebil-kebil mata tu baca..faham enggak...dapat simpulkan ker tak apa yang patut disimpulkan... haaa apa peranan kita...duk faham kan...then baca punya baca..mesti kita tau apa peranan kita kan..ha enggak tau jugak?? waduh-waduh.. cik ummul jugak laa kener simpulkan ni... ok bereehhhh ajaaa...

So rasa-rasanya penting tak sejarah bagi kita.. nak tak cari ilmu sejarah lepas ni..tapi sebelum tu ummul nak habaq dulu apa peranan kita dalam dunia ni..cuba tengok ni..



So dimana kita sekarang? Mesti lah zaman kini kan..cupp ehh cuba tengok betul-betul...awatnyer zaman kini sama macam zaman mekkah? Bukan ker zaman mekah adalah zaman yang baru Islam nak bertapak dan berkembang...haa macam mana ni?

Haaa.. itu lah hakikat nyer sekarang ni... tamadun islam jatuh oleh kemajuan barat yang menguasai dunia kini. Tak ada sebuah negara pun yang mewakili islam dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan umat islam...Sistem khalifah hancur oleh tangan nasionalis dan imperalis...

Hmm... dah tu tak kan kita nak berdiam jer... mana boleh ummul... kita kener bangkit... tak boleh tak boleh...kener bangkit jugak.. haaa yer laa bangkit puggung dari kerusi ker.. ehh enggak laa gitu..dah tu? laaa berbalik laa pada asal yer ummul.. haa siapa kita sebenarnyer ni? haa siapa  kita... kalau kita ingat semua citoo ISK  ni..mesti boleh jawab kan dengan soalan-soalan ni.. haaa hakikat manusia, kita sebagai muslim menjadi khalifah.. so apa tugas kita sebagai khalifah??fikir-fikirkan..selamat beramal :)

Syyyyyyuuu ummul nak bagi tau ni jawapan bagi satu soalan kat atas tu... salah satu tugas kita adalah berdakwah... alamak !! kener berdakwah ker...den bukan ustaz..ilmu agama pun secoett jer..adoyai mana boleh berdakwah.. ada pulak kata macam ni..saya ni masih belajar lagi..buat masa ni saya perlu bekerja lagi, nanti la saya berdakwah..loo berdakwah bukan perlu berceramah didepan..dan mengatakan..haaiii semua rakyat...mari laa kita ini..itu...jangan laa kita ini itu...haaa sebenarnyer perilaku kita setiap saat itu adalah salah satu dakwah jugak tau..makan, minum, tidur..semua laaa...menunjukkan sifat yang baik..sopan apabila bercakap..kenapa tak percaya kaa?

Berbalik kepada citer hari tu pasal telur..ingat tak? laa pasal kuning dan putih telur tu..alaa pasal matlamat tu..haa ingat-ingat.. ok ramai orang contoh nya laa kan..contoh jer...orang belajar untuk apa? untuk dapat kerja bagus.. untuk dapat duit...dan sebagainya.... Kemana tujuan-tujuan ini membawa kita?  Boleh bawa masuk kubur kaa... bawak laaa kerja tu kat kubur nanti yaa..bawak laa duit tu kat kubur nanti ya..pesan wasiat awal-awal..isshh ummul ni merepek jer..mana boleh bawak pi kubur...haa tau pun.. dah tu kenapa kita set kan tujuan diatas adalah tujuan utama.. bukan tak boleh capai tujuan diatas..boleh bangat..cuma cuba kita selitkan...setiap semua tujuan yang kita nak buat tu bermula dari tujuan kepada Allah dan menyeru kepada Nya.... So lepas ni boleh habaq..saya belajar pun berdakwah jugak.. haa kan mantopp..

Lastly, so lepas ni  tak laa gerun dengar perkataan dakwah tu yer..yer laa kita mesti nak maju kan diri, keluarga, agama,  masyarakat, negara..so kita kener laaaa sentiasa luar biasa bagus dalam mencapai tujuan sebenar kita dimuka bumi ni kan... dari panjang lebar ISK ni.. harapan nya kita dapat sesuatu mutiara disini..sesuatu kesedaran dan azam baru dan terus praktik kan dalam kehidupan kitta..akhir sekali mohon maaf sekiranya isi-isi di dalam ni ada tersalah mahupun terkurang manis nya ker, masam nyer kan, masin nya ker...yer pohon dimaaf kan...

tutup mata....bayangkan apa yang kita dapat...dan apa tujuan kita lepas ni... gambarkan berbagai imaginasi, gambar, bayangan dalam mata kita tertutup tu...insyaAllah lepas ni meletup laa bom di minda kita..dan satu semangat baru untuk kita sama-sama buat lebih terbaik dan memajukan diri dan ummah..insyaAllah...

Wednesday, December 22, 2010

ISK ( Ini lah Sejarah Kita) 4

siapa diri kita?


siapa diri kita ?? siapa kamu?? siapa saya ?? tau enggak?? loooloo semestinya laa tau...haa siapa? manusia laaa cik ummul oiiikkkk...ppppuuuukkkk tertepuk dahi ku...

yerrr pandai !!!! sudah semestinya laaa kita manusia kan?? takk kan ........
hmm den dah habaq post lalu...manusia itu sebagai apa didunia ni wahai cik adik ku sayang...haaa !!!! tau-tau..sebagai khalifah !!!! yaaa  betul !!!  :)

Tetiba ummul teringat naqibah ummul pernah tanya...kita ni siapa...then jawab..kita ni muslim la..dah tu mukmin tak?? haaa..mukmin laaa...laa mana satu ni...apa tu muslim? apa tu mukmin...heee muslim tu seorang yang mengucap 2 kalimah syahadah..mukmin tu orang yang mengucap 2 kalimah syahadah dan mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan laranganNya.. (hmm betul tak? kalau salah tolong tegur yer,,ummul pun masih kekurangan ilmu)

Melalui sejarah muslim berasal  daripada Nabi Adam a.s, seterusnya nabi-nabi sehinggalah nabi Muhammad S.A.W.. haaa so terjawab tak soalan ummul pada post lalu...terbuktilah zaman mesolitik, neolitik, logam dan seterusnya itu tidak benarkan...

sejarah kita

Percaya tak..kalau laaa kita kaji betul-betul sejarah Islam..pasti kita akan lebih menghargai kelahiran kita dimuka bumi ni..matlamat kita juga makin jelas..laaa dalam dunia ni pun kalau nak buat apa-apa pun..nak kawin pun perkara yang nak diambil tau adalah keturunan..kita ni berasal dari mana lah..orang nogori mano laa...apa laaa...haaa sama laaa kita nak mencapai cita-cita dan matlamat kita...kita juga mesti tau asal usul dan sejarah kita...baru lah kita dapat merancang dan melaksanakan apa yang patut lakukan...betul tak?

Ramai nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel dan mereka sebelum ini dianggap kaum terpilih oleh Allah. Mereka diberi pelbagai pertolongan dan nikmat, tapi mereka pada zaman itu mengabaikan tanggungjawab mereka dalam soal ibadah dan khalifah. Mereka  telah melakukan penyelewangan akidah dan ibadah dan juga menyembunyikan kebenaran. Ini mengundang kemurkaan Allah dan akhirnya Allah mengalihkan nabi di kalangan keturunan Nabi Ismail a.s iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jarak  masa antara Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sangat lah lama tapi ajaran Nabi Ibrahim a.s ada yang masih kekal macam amalan Haji dan bulan-bulan haram.




haaa... ini lah sejarah kita.... faham enggak rajah tu... heehhh faham-faham... haa cuba explain kalau faham...baik boshh.... alkisah...

Era Jahiliyah
Era ini dikenali juga sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang.

Era Makkah
Semasa Nabi Muhammad berumur 40 tahun, Baginda pergi ke Gua Hira' di Bukit Nur. Disinilah kisah penurunan wahyu berlaku. Baginda menjalankan dakwah secara tersembunyi selama 3 tahun. Antara yang mengikuti Nabi pada waktu itu adalah Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali b. Abl Talib, Abu Bakar dan ada beberapa orang lagi. Kemudian Nabi barulah menjalankan dakwah secara terbuka yang bermula dari keluarga dan seterusnya masyarakat. Nabi ,Muhammad s.a.w meneruskan dakwah selama 13 tahun di Mekkah.

Era Madinah
Era ini berlangsung selama 10 tahun (623-633 M). Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin di Madinah. Manusia dapat melihat Islam dari sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Antara peristiwa yang berlaku disini adalah pembinaann Masjid Nabawi, persaudaraan Aus dan Khazraj, piagam madinah, perang uhud, perang khandaq perang khaibar dan beberapa perang lagi. Setelah 10 tahun di Madinah dianggarkan seramai 124000 orang menerima Islam.

Era Khulafa' Ar-Rashidin
Terdapat 4 khalifah pada era ini..iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, dan Ali Abi Talib. Sepanjang era ini berlakunya pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.

Era Umayah
Bermula 661 hingga 750 M. Khalifah pertama adalah Muawwiyah b. Abi Sufyan dan berpusat di Damsyik, Syam.Dalam Era ini berlakunya perluasan Islam secara besar-besaran. Antara misi pada waktu itu ialah misi ke Constantinople, misi ke Afrika Utara, Misi ke Andalus,  dan misi ke Sempadan India.

Era Abasiyyah
Bermula pada 750 hingga 1265 M. Era ini dibahagikan kepada 2 zaman iaitu zaman keemasan dan zaman kejatuhan. Diasaskan oleh Abu Al Abbas Abdullah dan berpusat di Kota Baghdad. Zaman keemasan berlangsung ketika pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid dan khalifah Al-Makmum.
Antara sistem yang diperkenalkan:
  • buku dikumpulkan dari Rome, Greek, Mesir Kuno, Parsi, India dan China.
  • lahir tokoh-tokoh Islam, contohnya Ibn Batuttah yang mahir dalam Geografi
  • berjaya mengira ukur lilit bumi
  • adanya teknologi pembuatan kertas
  • sistem pendidikan
  • berkembangnya bidang sains dan falsafah
  • penubuhan Universiti
Perang Salib
Bermula 1095 hingga 1291 M. terdapat 9 siri perang salib, ada kalanya orang islam menang dan kalah. 

Serangan Monggol
Berlaku 656 hijrah (1258 M) kaum monggol terkenal dengan kehebatan mereka berperang. Mereka tinggal secara nomad dan tidak mempunyai pembangunan tamadun. Golongan wanita pun turut serta berperang. dalam peperangan, mereka membunuh sesiapa sahaja termasklah wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Kerajaan Turki 'Uthmaniyyah
Bermula pada 1265 hingga 1924 M. Kerajaan turki 'uthmaniyyah diasaskan oleh 'Uthman Gazi. Kerajaan menguasai Austria, Hungary, Bulgaria, Czeeh, Yugoslavia, dan Albania .

Kejatuhan Khalifah
Bermula ketika Perang Dunia 1. Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan ini memberi peluang kepada orang Eropah menguasai Islam. Sultan Abdul Hamis II merupakan sultan kerajaan turki utkmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Malangnya kejatuhan ini tidak begitu diketehui umat Islam. Sebabnya tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Setelah penjajah menguasai politik, mereka menguasai minda masyarakat pula. Penjajah menyediakn sistem pendidikan bermodelkan barat bagi mendidik anak melayu supaya mewarisi kepimpinan barat. Sistem sosial juga dihancurkan dan digantikan dengan berbagai hiburan.

Ya Allah.. yesss dah habis explain pasal sejarah...we continue to last topic...waiting me yaa :) 






Sunday, November 21, 2010

kejadian semalam mengajar erti kehidupan

asslamualaikum... salam mantoopp :) :) :)

hmmm rehat seketika bersama post kali ni... hmm actually nak sambung ISK...insyaAllah esok kalau tiada halangan ummul sambung untuk cerita yang terakhir...hmm baru lepas menikmati rezeki Allah.. so otak pun lambat laaa proses nya.. hehee alhamdulillah hari ni Allah beri rezeki yang melimpah ruah...memberi nikmat kasih sayang sesama keluarga....tepat jam 8.30 pada 21 Nov 2010 berlakunya pembakaran secara terbuka..habis ikan,ayam, udang,sotong telah dibakar..hasilnya perut kami sekeluarga kekenyangan..alhamdulillah :)

hmm fikir duk fikir..hari ni nak buat apa ya.. dengan semangat dan insyaAllah dengan izin Allah setiap hari yang dilalui ummul akan abadikan satu aktiviti yang luar biasa bagi mencapai matlamat asal kita dimuka bumi ini..insyaAllah...pohon doa kalian jugak  :)

hmm entah tiba-tiba terdetik dan terus menarikan jari disini... apa yang berlaku dulu..menjadikan ummul yang sekarang..tidak terniat mahu menunjuk-nunjuk atau canang pada semua orang..sekadang ingin berkongsi cerita agar kalian dapat pengajaran dari apa yang kata-kata yang tertulis ini..dengan doa dapat memberi satu titik kesedaran dan dapat membuatkan ummul mahupun kali muhasabah diri...insyaAllah...


dulu waktu zaman sekolah ummul ada terbaca buku perkembangan remaja...hmm mungkin dari kajian atau secara kebetulan..bila ummul teliti betul-betul jalan kehidupan ummul..lebih kurang sama jer..tapi...itu secara umum..dari segi jalan cerita,ujian dan cabaran berbeza....

dulu...ummul selalu menganggap ummul sudah lakukan yang terbaik...cuba menjaga diri..cuba menjaga perhubungan sesama manusia....yer laahh betul kata orang..lumrah manusia...lari macam mana pun terkena jugak diri sendiri...

waktu form 4 ummul mulai kenal dunia...tapi waktu tu terbatas lagi laaa...sekadar menjelajah di alam maya...secara realitinya tetap terperap dirumah...dari situ laa ummul mengenal pelbagai ragam manusia...kononnya  dah menjaga pergaulan..tapi ummul tak sedar..waktu itu ummul belum kuat sepenuhnya..akhirnya ummul terjatuh juga seperti mana setiap remaja mempunyai perasaan sebegitu...hati memberontakk ...aahh !!!!!!!! kenapa nih... aku tak nak !!!! aku tak nakk !!!! kenapa berlaku jugak pada aku !!!! tak suka !!! tak suka !!!! asal aku boleh buat perkara bodoh niihhh !!!!! bila aku nak merdeka ni....

kalau tak silap ummul..start tahun 2009 kut..ummul dapat memerdekakan diri...tidak diganggu oleh sesiapa..dan dapat menepis segala gangguan-gangguan teknikal..heee alhamdulillah...hati pun menjadi tenang...tapi waktu tu still lagi menyalahkan diri..yer laaa ummul dah cuba sedaya upaya...tapi akhirnya jatuh jugak...

hmm tapi sekarang ummul faham..tersangat faham... itu lah lumrah manusia..terutama saat-saaat remaja... ada hikmahnya apa yang telah terjadi..tak kan lahirnya ummul seperti ini sekarang....sesuatu yang ummul merasa syukur sangat-sangat..syukur atas kasih sayang Allah pada diri ini... ialah mungkin jatuh juga perasaan kita..elak macam mana pun terjatuh juga...tapi sesuatu yang amat bermakna...walaupun dah jatuh..tapi Allah tak mengizinkan ummul merasa kasih sayang dengan sesama manusia yang lain jantina (couple) yang tidak sah ....malunya nak cakap..astaghfirullahalazim....sebab nya..sudah jelas perkara itu haram...entah laaa ummul merasa bahagia sangat dan bersyukur sangat...ada beberapa orang yang cuba isi borang...dalam banyak-banyak..mesti terpilih satu jugak kan...bak kata ummul tadi...Allah tidak mengizinkn.....alhamdulillah sehingga saat ini ummul belum pernah merasai nikmat dunia yang satu ini..dan doa ummul supaya ummul tak akan merasai sehingga lah ummul merasa nikmat dunia dengan cara sah yang boleh bawa ker akhirat kelak...ini lah satu petunjuk Allah yang membuatkan ummul tersangat bahagia..terbukti Allah sangat menyayangi ummul..akan ummul jaga baik kasih sayang Allah pada ummul..akan ummul cuba sedaya upaya menjaga diri ini supaya tidak terjatuh ke dalam nikmat dunia.... ya Allah terima kasih atas kasih sayang Mu...terangilah jalan kehidupanku dengan cahaya Mu..dan jadikan lah diri ini dan pembaca teratak ukhaf ini sebagai hamba Mu yang akrab dengan Mu....

bila sahabat-sahabat menceritakan jalan kehidupan dan ujian-ujian yang mereka memperolehi...tidak ummul menghalang..kerana ummul tidak berani...terlalu cetek ilmu di dada ini..tapi apa yang ummul boleh katakan..jaga laa diri kita...apa yang berlaku tangani laahh dengan bijaksana dan apa yang berlaku jadikan penunjuk dan pengajaran untuk kita menjadi lebih kuat sebagai khalifah dimuka bumi ini...

harapnya kalian dapat memahami apa yang cuba ummul sampaikan...ummul tak berani nak menggunakan kata-kata yang lebih terang... malu bangat nihhh..... dengan hati yang terbuka..jari tetap menari kerana dengan satu niat..dengan harapan kita akan dapat sama-sama memperbaiki diri dalam menempuh segala ujian didunia supaya kita dapat mencapai matlamat kita yang asal iaitu sebagai khalifah dimuka bumi ini..apa yang membuatkn ummul terkilan saat ini remaja ramai terjatuh dalam perkara pergaulan...hmm akhirnya terjatuh...ya Allah tiada daya dan upaya yang dapat ummul lakukan..sekadar doa yang dapat ummul hulurkan...kita doa sama-sama yaaa :)


ummul tersangat-sangat bahagia dengan keadaan ummul sekarang..merdeka !!! itulah nikmat yang paling ummul tunggu dari form 4...ummul yang sekarang tidak sama dengan ummul yang dulu..suka suka :)

Thursday, November 18, 2010

ISK ( Ini lah Sejarah Kita) 3

assalamualaikum... salam shahdu :) :) :)


tujuan hidup manusia....matlamat


apakah tujuan kita hidup??


kenapa kita hidup??


dalam hidup ni kita nak apa??




(jawapan yang sering kita dengar...dah Allah bagi kita hidup....laa mestilah laa nak bahagia..nak berjaya..nak capai cita-cita dan impian kita..kan setiap manusia ada impian sendiri..apa daaa...)


sedar tak kita.. melalui persoalan itu ada satu jawapan yang kita jarang memberinya dan sedar akan hakikat sebenarnya....kalau lah jawapan kita macam tu...habis tu apa function atau fungsi adanya hari akhirat..syurga dan neraka?? kalau setakat nak capai cita-cita..nak jadi doktor laa nak jadi saintis laa...nak jadi kaya laaa..semua gelaran dan kekayaan itu boleh bawak mati ker..boleh bawak ke akhirat nanti ker...


hmm astaghfirullahalazim...kita lupa apa tujuan utama kita berada di dunia..dan kita lupa merujuk pada Al Quran..semua nya dah tersirat dalam Al Quran..dalam Al Quran ada tertulis 
" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.  Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya" (51:56-58)


Seperti mana yang kita tau..kita ni hamba Allah..jadi sebagai hamba mesti patuh pada tuannya kan...tugas utama kita beribadah kepada Nya dan menuruti segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangaNya... cuba kita bayangkan hamba dalam cerita kat TV tu...hmm ya Allah kalau hamba tu tak ikut cakap tuannya..habis lah mesti dia kener seksa...tapi sedar tak Tuan kita juga akan menyeksa kita kalau kita tak taat pada Nya...haaa ya Allah seksa Tuan kita lebih dasyat dari apa yang kita tengok kat TV tu...tapi adakah kita sedar akan perihal itu??


haaa lagi satu tujuan kita dilahirkan di dunia...dalam Al Quran tertulis lagi.. " Dan ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat, " sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di bumi"..."


Alaaa..aku tak cukup baik laa haa, ilmu pun tak cukup lagi niihh...belum sampai seru laa nak jadi khalifah..nanti kalau aku dah baik..dah taubat..ko doakan jer laa aku jadi khalifah yaa... hmmm macam pernah ku dengar ayat itu..tapi dimana yaa...hohoo betul tak..banyakkan dialog ni yang kita dengar...laaa dah Allah kata kita dilahirkan untuk jadi khalifah.. baik ker tak baik ker..cukup ilmu ker tak ker..kita tetap kena jadi khalifah...nak jadi khalifah ni bukan macam para pemimpin...tak jadi pemimpin pun boleh jadi khalifah...bukan perlu haiiii sekalian manusia jom kita buat baik..beri ceramah sini sana...bukan itu ajaaa cik adik cik akak cik abang sekalian....apa yang kita buat seharian tu pun dah kira contoh-contoh seorang khalifah..makan, tidooo study dan sebagainya...maksud nya...khalifah ni memastikan manusia terus berada dalam landasan ibadah kepada Allah...macam tadi ...kawan ummul kata...doa dulu sebelum makan...kami pun berdoa.. haaa ajak berdoa tu pun adalah salah satu contoh yang baik macam mana nak jadi khalifah..benda remeh-temeh pun tanpa kita sedar memberi gambaran samaada kita ni berperanan sebagai khalifah ker tidak..pokoknyaa semua perilaku kita laaa...




haaa cup cup...betul ka dalam hidup kita..kita dah jalankan tugas kita sebagai hamba Allah dan khalifah dimuka bumi ini...cuba kita tengok kitaran hidup kita...



haaaa so macam mana nak keluar dari kitarah bodoh nii???

kita mestilah ada matlamat yang jelas dan praktikkan apa yang patut dibuat untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah..so nak dapat semua tu mestilah kita jalankan tugas kita dulukan..baru lah dapat gaji..haa apa tugas kita?? saya tau !!! nak jawab..nak jawab...mestilah laaa menjadi khalifah :) ......... betul-betul :)

haaa perasan tak sesuatu...syyuuuuuu senyap....nak tau tak....kalau laa kita tak sedar akan matlamat utama kita...kalau laa kita sama macam kitaran bodoh tu....sama lah kita macam robot...robot ada otak tak?? haaa tak adakan...tu sebab dipanggil kitaran bodoh....mahluk seperti kita ni laa manusia ada otak..kompem laaa pandai...tapi jaga-jaga..tersalah langkah..tak pasal-pasal macam robot..yer laa robot akan menjalankan tugas yang telah di setting oleh tuannya berulang-ulang kali...sampailah robot tu mati sebab dah rosak....haaa kita pun buat benda yang sama setiap hari ...sampai satu masa..nyawa kita ditarik...sebabtu laaa kita kener jadikan hari ini lebih baik dari semalam berpandukan matlamat utama kita..




contohnya...telur !!! kuning tu sebagai matlamat kita..putih tu pulak...sebagai alat dan cara mencapai matlamat kita..maksud disini...apa yang berada disekeliling kita, semua keadaandan termasuklah bermacam-macam jenis manusia.. semuanya alat untuk kita capai matlamat utama kita...kann..kann


sunnahtullah

Sunnah Allah adalah ketentuan dan peraturan yang digariskan oleh Allah sebagai panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan...merangkumi dua aspek.. sains tulen (guna otak kiri) dan sains sosial (guna otak kanan).. sains tulen ni macam matematik, fizik, kimia...sains sosial pulak macam sejarah, seni dan macam-macam lagi...

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).  (ayat Al Quran 3:157)

haaa sebabtu laaa kalau kita perasaan kebanyakan orang yang mahir dalam sains tulen dipergunakan oleh orang yang mahir sains sosial...

contohnya sejarah....yang membicarakan perjalanan manusia, perkara-perkara yang berlaku ketika dulu...dan banyak lagi yang telah ditetapkan Allahsebagai pengajaran pada manusia....perasan tak selama ni...kita ditipu hidup-hidup dengan kapitalis barat....dengan zaman mesolitik nya..paliolitik nya..logam nya..laa yang kita belajar kat sekolah dulu....tapi adakah perkara tu benar?? (fikir-fikirkan) sebabtu laa ummul kata...orang yang mahir pada sains tulen ajaa akan ditindas dengan orang yang mahir sains sosial...haaa bab-bab sejarah ni..kita citer dilain posshh..waaaa banyak betul posstt pasal ISK ni...banyak wooooo citer nak dikongsikan ni....tunggu yaaa :)






ISK ( Ini lah Sejarah Kita) 2

assalamualaikum... salam semangat :) :) :)

jom sambung citer....kita citer satu demi satu yerk.. :)

manusia seperti logam



"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham" - hadith sahih albukhari

Kalau kita faham akan makna sebenarnya Islam dan kenapa kita dilahirkan di dunia ni walau dimana kita pun kita tetap jadi diri kita...sama lah seperti logam...logam tu kan sifatnya sama...walaupun macam mana bentuk dan rupanya dia tetap logam..contoh nya Umar al Khattab..sebelum atau selepas memeluk Islam dia tetap tegas... tetap pendirian sampaikan dia mencabar orang ketika zaman itu sesiapa yang berani nak menentang dia di jalan Allah padahal waktu itu Islam ditentang hebat...sebelum dia masuk Islam tak ada orang berani tentang dia sehinggakan dia masuk Islam pun tak ada orang berani tentang..

contoh lain...segolongan orang yang belajar ilmu figh di Mesir..bila balik Malaysia tak tutup aurat...segolongan orang yang belajar di UK yang tak belajar ilmu Fiqh bila balik Malaysia tetap tutup aurat.. jadi siapa yang dianggap seperti logam? semestinya laa segolongan orang yang belajar di UK kan? walaupun dia kurang ilmu tapi dia faham apa yang di ajarkan dalam Islam walaupun dia berada di negara barat tetap kekal dengan imej  nya sebagai muslim 


kebaikan bagi mereka yang faham

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din" - hadith sahih albukhari

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam..." (ayat Al-Quran 6:125)


memahami dengan hati


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."   (ayat Al-Quran 7:179)

Kita faham guna hati ker akal??? sapa kata hati?? angkat tangang !!! sapa kata akal?? angkat tangang !!!  looloooo penat jer angkat tangan..ummul tak nampak pun... :)

Dari pandangan ummul..ummul pilih hati...ok cuba baca situasi ni..kalau kita baca novel..kita akan menghayati dan memahami jalan cerita nya..tu sebab lah duk baca novel tiba-tiba banjir duk air mata meleleh-leleh...sebabnya segala perasaan kita diberi sepenuhnya dalam cerita tu..macam kita pulak yang berada dalam cerita tu kan...haa perasaan dari mana..dari hatikan?? tu sebab kebiasaannya orang akan mengambik ikhtibar dan mengamalkan perkara yang baik..walaupun diambil dari cerita novel... tapi cuba kalau kita baca buku fizik ker kimia ker ekonomi ker...kita faham apa yang kita baca tapi tak semestinya mempengaruhi hidup kita dan kita akan praktikkan..ini pulak semestinya lah guna akal kan...




haaa nak explain lagi..mehh baca hadith ke 6, hadith 40 An-Nawawi " ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati"















kita sambung lagi next post...jari dah penat tari..mata dah nak terpejam..hati tetap maintain kobar-kobar nak citer..tunggu yaa :)

Wednesday, November 17, 2010

ISK ( Ini lah Sejarah Kita) 1

assalamualaikum..salam rindu teratak ukhaf :) :) :)

Actually last week lagi dah berkobar-kobar nk menarikan jari disini...tapi tak sempat...ada tugas yang perlu diselesaikan..tak per dah lepas pun nak citer jugak...minggu lepas ummul pi ISK...sebenarnya ni kali ke dua ummul join..kali pertama sekerat program jer join..so mesej yang nak disampaikan tak samai..huhuu tapi kali ni insyaAllah dah sampai..hati pun berkobar-kobar nak capai misi yang baru :)

Oppsss sejarah ??? waduuhh wadduhh...kompem boring...hmm memang kurang minat pun sejarah..tapi..tapii tapi kan..ini sejarah luar biasa bagus...ummul yg tak minat sejarah pun jadi tertarik nak tau pasal sejarah ni..memang besshhh laa....

Ok..ok ummul bagi point-point yang ummul masih ingat...nanti ummul akan explain setiap satu di sini atau catatan seterusnya..hee bagi suspens sikit :)  (konon nak bagi suspens..padahal hati berkobar-kobar nak citer..tapi kepala tengah pening..so  lambat sikit proses refresh input dalam otak ni )


manusia seperti logam
kebaikan bagi mereka yang faham
memahami dengan hati
tujuan hidup manusia
sunnahtullah
matlamat
siapa diri kita?
sejarah kita
peranan kita

Thursday, November 4, 2010

jaga lah hati


assalamualaikum..salam luar biasa mantop :) :) :)





Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya illahi

Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih
Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih
Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk

Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh

Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang
Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit


Sunday, October 31, 2010

sedih vs marah

assalamualaikum... salam senyum selalu :) :) :)

Tidak dinafikan setiap manusia pasti ada perasaan sedih..pasti ada saja masalah yang ditanggung..sehebat mana pun seseorang itu..sekuat mana pun seseorang itu..pasti akan merasa sedih bila ada masalah...yang membezakan bagaimana kita mengawal dan menguruskan masalah tersebut....

Kadang-kadang kita tengok orang tu..terutama para motivator..isshh dia ni happy jer..tak ada masalah ker? tapi hakikatnya..kita pun tak tau kan...bukan kita hidup 24 hours dengan orang tu... yang pasti orang itu juga ada masalah..cuma dia kelihatan happy kerana dapat mengawal perasaan dan menguruskan masalah nya dengan baik..

Hmm... kadang-kadang bila kita rasa sedih atau marah sangat..pasti bercucuran air mata ni kan?? Hmmm sekuat mana orang tu..pasti banjir jugak...ada orang tu bila keadaan macam ni..boleh laa praktikkan apa yg dia tau..macam istighfar dan sebagainya..tapi ada orang tu tau apa yang patut dibuat bila waktu sedih...hmmm tapi tak nak buat, sebabnya kesedihan menguasai diri...


Ada orang ni...dia sedih sangat...dah se tong air mata keluar...habis dah badan kekurangan air..dia tau kalau sedih perlu istighfar dan cuba tenangkan diri...tapi orang ni lain..dia suka nangis sepuas-puasnya dulu..bila dah puas nangis..baru dia istighfar dan cuba muhasabah diri....dan kita kena laa berkomunikasi dengan diri sendiri..diri sendiri pun nak bersembang gak..bukan dengan orang lain jaa...

Perasan tak zaman sekarang ni..kita sedih ker kita marah ker kita happy ker pasti FB jadi sasaran..daaa macam-macam dok taip kat status tu..betul tak? betul kan..kan...hmm tapi apa yang kita taip tu adakah itu sepatutnya menjadi rahsia kita... daa pulokkk ramai orang tau kita dok marah kita dok sedih..adusshh tak ke malu tu..lolloooo tapi kita tak sedar kan..apa yang sepatutnya kita tau tapi orang lain tak tau dah jadi kita tau dan  orang lain tau..

Yess the good word to me and to all my friend... our life our choice our solution... betul tak... apa yang kita fikirkan akan menentukan pilihan kita dan akan memberi kesan pada kehidupan kita kan... so apa yang patut kita buat??? Berubah !!!! Change Your Mind Change Your Life.. ok mulai detik ni jom kita sama-sama berfikir..pastikan apa yang kita fikir adalah positif dan kelakuan kita positif dan akhirnya kita akan membuat sesuatu solution yang luar biasa mantop :)

Jika kita nak melangkah lebih jauh..kita kena tunjukkan perasaan gembira yang lebih banyak...laaa kenapa nak habiskan air dalam badan..kang sakit lagi susah..cian..cian.. saborrr yaaa yang penting this is time for me and you all gunakan sebaiknya untuk merasa gembira..rugi laaa..Allah hanya beri sekali sahaja masa kita hidup untuk merasa nikmat dunia... jadi tok sahh sadis2..tak baik untuk kesihatan...kang kekurangan air dalam badan :)

La Tahzan...Don't Be Sad... Jangan Bersedih :) :) :)

Saturday, October 30, 2010

Hidayah Allah

Assalamualaikum... salam kebahagiaan untuk semua :) :) :)



Adakah kalian suka jalan bengkok-bengkok? Pening tak?? Mesti jawapan anda begini... mana ada orang suka jalan bengkok-bengkok..nak drive pun susah...buat pusing kepala ajaaa... orang mesti laa suka jalan yang lurus.. drive pun lancar jer...berjalan pun dalam keadaan seronok ajaaa..tak gitu kawan-kawan?

Sedar tak kita.. tanpa kita sedar..kita ni selalu ajer ikut jalan yang bengkok-bengkok....tanpa kita sedar kepala kita pening hari-hari disebabkan kita lalu jalan yang bengkok... Ehh mana ada cik ummul oii... den pi jalan yang lurus jaaa ...ikut jalan yang sama jaa hari-hari.. tak bengkok-bengkok pun.. x da laa pulokk pi Ulu Yam hari-hari.. jalan situ kompem bengkok...ya iyaaa yaaa...

Bukan gitu kawan-kawan.. mehhh cik ummul nak habaq ni.. tak pi Ulu Yam hari-hari pun kita selalu jugak ikut jalan simpang-siur jugak...

dan pasti Kami akan tunjuki mereke kepada jalan yang lurus (An-Nisa' : 68)

Dalam ayat ni dah dikatakan kita semua diberi jalan yang lurus... Jalan yang lurus itu sentiasa bersinar-sinar, dimana Rasulullah S.A.W telah katakan di salah satu hujungnya jalan itu berakhir dengan syurga yang penuh kenikmatan..kenapa kita selalu u-turn balik..tak pun menyimpang jalan lain..yang kita tak tau apa yang ada di penghujung sana...

Untung nya kita kan??? Kita sentiasa dijaga...untung nya kita kan..kita sentiasa disayangi... tapi.. kita sayang Dia tak?? sayang laaaa tak kan tak sayang kut.... tapi tak nampak pun kita sayang Dia... hanya sekadar kata-kata sahaja..buktinya Dia dah bagi cahaya untuk melalui jalan lurus tu..tapi kita belok kanan belok kiri, u-turn balik...adoyaiii kok gituu sihhh..kalau tak percaya kita sentiasa disayangi...cuba baca ayat ni..dah terbukti kita disayangi oleh semua...

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya secara bergantian, baik dari arah hadapan mahupun dari arah belakangnya. Para malaikat itu menjaga atas perintah Allah (Ar-Rad :11)

haaa kan dah habaq..bukan Allah jer sayang kita..ramai lagi yang sayang kita..macam mana pulak kita boleh kata tak ada sesIapa sayang kita..isshh isshhh

kalau kita drive di jalan yang lurus..apa kita rasa.. waaa syookkk nyer drive..rasa yakin jer kita ni selamat.. drive pun meluncur kereta dengan lajunya..rasa macam akan sampai ke destinasi dengan selamat jer... tapi.. kalau kita pi jalan bengkok-bengkok..bawak kereta ya Allah..slow bangat.. dalam hati..adusshh ada belok lagi ker..berapa banyak belok ni... Haaa pandai pulak kita yakin kalau kita lalu jalan lurus insyaAllah selamat...tapi kenapa kita tak yakin dalam hidup kita..kita memiliki Allah..di hadapan kita ada teladan yang baik...ditangan kita ada kitab suci  Al Quran...di hati kita ada cahaya kebenaran..di dalam nurani kita ada penasihat yang unggul....So kenapa kita tak yakin dengan apa yang ummul katakan tadi.....cuba kita yakin pasti kita akan merasa nikmatnya hidayah Allah...dalam Al Quran kan tertulis...

itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikendakiNya di antara hamba-hamba Nya (Al-An'am : 88)

Haa... betul tak ayat tu...Allah dah bagi Al Quran untuk kita jadikan panduan...kok tak dibaca-baca siihh....novel boleh dihabiskan bacanya satu hari ajaaa..kok Al Quran enggak boleh..yaa ada novel tu lagi tebal dari Al Quran..boleh ajaaa di bacanya... kan?? kan??



selamat menggambarkan apa yang diri yang serba kekurangan cuba sampaikan..dan selamat beramal :)
sama-sama kita cuba yang terbaik yaaa :)

Sunday, October 3, 2010

cerita di sebalik cerita

assalamualaikum... salam sayang :) :) :)

Cerita di sebalik cerita...kisah di sebalik kisah..hikmah di sebalik kisah....semalam dan hari ni ummul mendengar dan melihat pelbagai cerita dari lakonan insan di muka bumi ini...Tidak lepas-lepas mengucapkan kesyukuran pada Nya...kerana begitu bertuah nya ummul dengan apa yang telah ummul genggam pada waktu ini..berbanding insan lain yang banyak diuji dengan pelbagai bentuk dan gaya...

Semalam di rumah sahabat vs adik beradik usrah, lecturer ummul berkongsi satu cerita...ingin menitis air mata ini apabila mendengarnya.. (miss izinkan saya berkongsi cerita miss di sini ya).. alkisah seorang yang mempunya keluarga yang agak berada....saban hari melalui satu kedai showroom kereta apabila ingin pergi ke universiti...saban hari juga laa semasa melalui kedai tersebut..dia berangan-angan ingin sebuah kerata idaman hati...dan dia berhajat..sekiranya dia telah graduation atau tamat pembelajarannya dia inginkan ayah nya membeli kan kereta tersebut...oleh kerana dia seorang anak yang baik, mengikuti segala apa yang ayah nya katakan dan tidak pernah lagi meminta apa-apa dari ayahnya sebelum ini...bagi dia permintaan nya terlalu kecil dan bukanlah sesuatu yang susah untuk mendapatkannya...

Akhirnya tamat sudah pembelajaran nya...dan dengan keadaaan hati yang riang..dia terus berjumpa ayahnya... dan apabila berjumpa ayah nya..hatinya bertambah-tambah riang kerana melihat si ayah memegang sebungkus kotak hadiah...hati dia berkata..pasti dalam kotak itu ada kunci kereta idamannya itu... apabila si anak membuka kotak itu....................... hati si anak terus terluka kerana dalam kotak itu hanya terdapat sebuah buku....begitu kesal si dia..kerana baginya setakat satu permintaan sahaja ayahnya tidak dapat tunaikan...dan ayahnya bukan tidak mampu..malah lebih dari mampu..si dia yang baik terus bertukar character dan terus pergi jauh dari ayahnya..tanpa menjenguk ayahnya setelah bertahun-tahun...

Satu hari dia mendengar khabar ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir...dia pun terus pergi ke rumah ayahnya...rumah itu kosong..ayahnya telah tiada lagi dan tiada sesiapa di situ...tapi rumah itu..ya rumah itu seperti dulu lagi, tidak berubah..susun aturnya tetap seperti dulu...dan dia menjenguk kamarnya...dia melihat keadaan kamarnya juga seperti dulu....dan.... kotak itu !!! kotak itu tetap berada di atas katilnya....setelah bertahun-tahun meninggalkan bilik itu...tetapi hadiah itu tetap di situ..tanpa di usik oleh siapa-siapa..dia pun membuka kotak itu dan mengambil buku itu...tiba-tiba PUUKKKKKK.... sesuatu terjatuh ke lantai...yang jatuh itu... adalah kunci kerata yang di idam-idamkan itu.. rupa-rupanya di sebalik buku itu terdapat kunci, cek dan sekeping nota...si ayah berkata dengan kunci dan cek ini ambil lah kereta idaman mu anak ku di showroom yang kamu lalui saban hari itu...... Mengalir mata si dia..tetapi semua telah terlambat...si ayah telah pergi dulu dan dia tidak sempat meminta ampun pada si ayah...dia telah bersangka buruk dan menjauhkan diri dari si ayah kerana anggapannya keiinginannya tidak ditunaikan...

Kisah ini bukan mengisahkan perhubungan antara anak dan ayah..tetapi apa yang tersirat adalah... apa yang kita idamkan..apa yang kita angan-angankan tidak semesti nya kita dapat dengan cara yang kita inginkan...mungkin kita akan dapat juga tetapi dengan cara atau keadaan yang kita tidak tahu bagaimanan... bersabar lah dan jangat cepat melatah.... bak kata miss jangan fikir dari mana kita bermula tetapi fikir lah dari mana kita akan berakhir... fikir-fikir kan laaa..dan selamat beramal....

Hari ni pulak.. mata menjadi bukti kisah insan-insan yang lain.....first semasa ummul tengah memandu..ummul melihat seorang lelaki tua OKU duduk di kerusi roda dan kerusi roda itu berjalan di lebuh raya..di jalan yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan...ya Allah kesian nya orang itu.....kalau laa boleh ummul nak jer tolong dia..tapi tak berkesempatan...jalan tu kereta tak boleh berhenti...sesak dengan kenderaan...hmm ummul sekadar berdoa semoga orang tu selamat....

Ummul meneruskan pemanduan... pergi sebuah rumah...seorang ibu buta yang baru sahaja melahirkan anak... ingin menitis air mata sekali lagi apabila melihatkan keadaan si ibu dan si anak...mereka bukan golongan yang senang..serba kekurangan..tetapi si ibu dikurniakan rezeki anak yang ramai...ada keluarga yang inginkan anak nya sebagai anak angkat kerana melihat si ibu tidak mampu menjaga anak yang ramai dek  di sebabkan penglihatan yang tidak nampak...tapi si ibu dan suaminya tidak mahu menyerahkan anak nya kepada orang lain..mereka begitu kental mengharungi kehidupan...ya Allah semoga Engkau merahmati mereka dan memberikan kehidupan yang terbaik bagi mereka....

Dari kisah-kisah ini...sebak nya hati...bersyukurnya kita diatas nikmat yang kita perolehi hari ini....lihatlah orang lain pelbagai dugaan yang ditempuh..semoga dari kisah-kisah ini ummul dan kalian semua mendapat sesuatu mutiara sinar yang dapat kita menyedari hakikat hidup dan sentiasa bersyukur pada Nya...

Friday, September 24, 2010

pelakon dan lakonan

assalamualaikum.. salam motivasi :) :) :)

24 Sept 2010 tarikh dimana ummul semakin bertambah kuat dalam mencari dan menari kan diri ini mengikut melodi lumrah kehidupan kerna tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi dan rasai. Itu lah kehidupan.. kita perlu memilih dalam setiap rentak yang kita mulakan sebabnya pilihan itu satu pengorbanan...Terbuka sahaja mata ini..kita akan membuat pilihan...betul tak? Mata terbuka...nak pilih..nak bangun ker nak tidoo semula...di pagi hari..nak pergi kelas ke tak nak...masa berputar lagi..nak berjaya ke tak nak berjaya...jarum mengelilingi nombor di pentas jam..nak jadi baik atau jahat.. malam menjelma..nak makan ker tak nak...dan adduuuhhhh banyak nya nak taip...rasanya sampai mata ini terpejam lena pun tidak akan habis nak senaraikan setiap pilihan yang perlu di buat...betul tak? Lihat !!! setiap detik yang berlalu sedar atau tidak kita sentiasa membuat pilihan...

Secara terang beberapa hari yang lepas..diri ini begitu lemah dalam menempuh dan berperang dengan diri sendiri..pernah dengarkan...perang dengan nafsu lebih hebat dari perang di medan peperangan...kalau di medan peperangan hanya bawa senjata parang atau senapang...tapi dengan hawa nafsu dengan apa pulak nak jadikan senjata? tidak perlu ummul nyatakan kerana ummul pasti jawapan sudah sedia maklum pada diri setiap insan yang bergelar hamba Allah... Mulai hari ini ummul akan berperang habis-habisan..insyaAllah..semoga kejayaan bersama-sama orang yang tidak pernah kenal erti putus asa..insyaAllah...

Cupp... nak selitkan syair dari sebuah buku "Munajat Cinta" penulis Taufiqurrahman al-azizy

aku ingin engkau seperti bunga cina
bentuknya tidak kalah cantiknya dengan bunga mawar
warnanya putih, suci, berseri
tapi, ia bunga yang rendah hati
yang tidak perlu melindungi diri dengan duri
ia juga bunga yang tidak banyak permintaan
ia dapat tumbuh di mana saja
bahkan, hanya dengan penjagaan sederhana

Saat ini ummul terbayangkan insan-insan yang sama-sama menjadi pelakon dalam pentas kehidupan seorang insan yang bernama ummul khair fatimah binti afandi dan muslimah... bermacam-macam lakonan di lagakkan...ada yang macam tu..ada yang macam ni... Mereka lah madu yang dapat mengubati penyakit ummul..tetapi mereka juga laa yang menjadi lebah..apabila di sengat sakitnya hingga menyusuk qalbu...itu semua adalah rencah bagi mencorakkan kehidupan ummul lebih berwarna warni...walaupun sedih menyerang hati...tiada kemampuan yang dapat ummul lakukan..kasih sahabat dan kenangan bersama pelakon A tidak seperti dulu...ada jurang yang memisahkan...tetapi dalam masa yang sama ummul rancak dalam melakonkan watak bersama sahabat B..perbezaan mereka amat ketara...walaupun terkecil hati sedikit tapi kebahagian lebih menerajui pentas hati..kerana kenangan saat ini lebih bermakna...ya sahabat-sahabat..kamu semua bermakna dalam diri ini..maafkan kesilapan ummul..sepanjang ummul melakonkan watak dalam lakonan kehidupan sendiri..doaku sentiasa untuk kalian...

Sem kali ni..ummul rasa kan setiap detik yang berputar...makin banyak sajian motivasi di hidangkan oleh pensyarah di kolej..alhamdulillahh..terima kasih misss terima kasih sir.. setiap kata-kata mu akan ummul semadikan dalam lubuk hati dan jadikan senjata dalam peperangan hawa nafsu... (ingat ya hawa nafsu banyak jenis..ada yang baik ada yang buruk...jangan ingat pada satu nafsu sahaja ya)

miss pensyarah ku berkata.. yang penting diri sendiri !!! point nya bukan dari mana kita datang..yang penting point utama diri sendiri.. ya benar miss yang penting diri sendiri..diri sendiri laa yang menentukan lakonan yang mana satu kita nak lakonkan.. sajian yang mana satu kita perlukan..kejayaan yang bagaima kita inginkan...segalanya bermula dengan diri sendiri..tiada siapa yang dapat merubah sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri...ya ummul akan jadi diri sendiri..tidak kisah laaa apa orang nak kata..apa orang nak fikir..yang penting bagi ummul... pandangan mata Allah...ya dan tiada siapa yang dapat membuatkan ummul menangis melainkan diri ummul sendiri...ummul akan sedaya upaya melakonkan watak yang akan menjadikan mimpi-mimpi dan angan-angan akan tercapai di samping disaluti ketaqwaan kepadaNya...semoga Allah memberi rahmat pada hambaNya yang di beri nama ummul....untuk sentiasa sujud dan terus mengharumkan bumi dengan kebaikan untuk setiap makhluk Nya...

Akhir sekali...kata-kata dari sir, pensyarah ku...

Jika kita nak jadi sombong, biarlah sombong berilmu...
jika kita nak jadi tamak, biarlah kita tamak dalam kebaikan..
jika kita nak jadi pemalu, biarlah kita malu dalam perhubungan..
jika kita nak jadi hebat, biarlah hebat di kalangan manusia...

Sunday, September 19, 2010

Setahun usia teratak ukhaf

assalamualaikum... salam kesyahduan :) :) :)

Tikk tokk...tikkk tookk... masa terus berputar, sambil-sambil ziarah blog sendiri, tetiba baru terperasan... ya Allah dah setahun rupanya jari ku menari  di sini... bermula 31 ogos 2009 jari ini memulakan tarian nya di atas pentas keyboard...

Dedaun berguguran membuktikan kedewasaan ku, usia ibarat mutiara, tiada berganti, usia mematang diri, tidak disangka makin kekuningan dedaun berguguran, makin bertambah usia ini, dan makin bertambah usia blog ini, semoga usia yang diibaratkan seperti mutiara sama laaa juga dengan inti pati blog ini...bersinar seperti mutiara dengan ayat-ayat yang dapat memberi nur pada diri ini dan juga seluruh makhluk di muka bumi ini..insyaAllah..maaf kan segala khilaf ummul sekiranya jari ini tersasar tariannya atau ayat-ayat menyinggung perasaan semua atau terselit kesilapan dari mana-mana dari segi hati, kata-kata, tulisan, perbuatan dan segalanya... Harapan ummul blog ni akan menjadi teratak yang dapat memberi hikmah pada diri ini dan pada para pembaca teratak ukhaf ini...syukran atas pembaca yang sudi membaca ayat-ayat yang ditarikan oleh jari ini...doakan pintu kebaikan untuk ummul yer...dan insyaAllah ummul doakan untuk kalian dibuka segala pintu kebaikan untuk kita menghiaskan iman dengan sulaman taqwa agar sempat menuju haruman syurgawi..amin...

Perjalanan Hidup

assalamualaikum...salam kasih sayang semua :) :) :)

Pooooopppppp Panggggg..... oppppssss dah tak da mercun...eh ada laaa cikit-cikit...selamat jantung...kalau tak...terperanjat den... opppssss lupa nak wish... Salam Aidilfitri pada semua saudara ku seumat Nabi Muhammad S.A.W.. maafkan segala khilaf ummul dari dulu, kini dan selamanya..syukran2 yaa.... diri mu semua amat berharga...eceecee nak bodek laaa tu..tak ada laa...memang nak puji pun..semua yang pernah hadir sepanjang nafas ummul bernyawa amat laaa bermakna dan kasih sayang hanya untuk semua :)

Cuti raya dah seminggu..start sehari sebelum raya...hmmm raya tahun ni amak menyunyikan kan hati... (ayat salah tu...kan senang taip amat sunyi.. ishh ishh ) kakak dan abang balik kampung mertua...looo tinggal yang belum kawin jer laaa beraya dengan mak bapak kat sini kan....looo sapa yang belum kawin ni..ehemm ehemm cik ummul dan adik ummul yang lelaki sorg tu jer laa...isshh isshh..x pa x pa thn depan ada lagi..sabar-sabar..insyaAllah

Tak tau nak taip macam mana..tapi cuti kali ni mundur sedikit..ishh ishh astaghfirullahalazimm... macam mana ni..duk seru mood...mood tak datang-datang ni...isshhh agak tercedih cikittt jer..tak banyak pun...cuti ni banyak mengenangkan diri... teringatkan sahabat-sahabat dahulu... 

First pasal diri... terpikir perjalanan hidup ummul... kadang-kadang jeless tengok kawan-kawan.. yer laa dah nak habis cuti ni..semua sebuk nak balik universiti masing-masing..yang ummul ni tak payah risau..isnin ni ada kelas 8.30 am terus jer pergi..dah kata ulang-alik dari rumah kan... sapa laa tak ada keinginan dan cita-cita nak belajar tinggi-tinggi, nak belajar luar negara, nak try hidup sendiri.. ummul pun nak... nak sangat !!! tapi mungkin belum tiba masanya atau disini adalah rezeki yang terbaik...dapat banyak tawaran dari mana-mana....tapi bila teringat kat mak bapak...dan cuba minta petunjuk Allah... kat sini juga rezeki nya..Ypc Kolej juda kaki ku melangkah menuntut ilmu...sapa pulak nak jaga mak bapak, sapa laa nak tolong mereka..kakak abang dah kawin...hmmm rezeki disini lagi..apa pun alhamdulillah...sebenarnya terpikir..apa lah hikmah nya ummul study dekat-dekat, ulang-alik...hmm mungkin banyak hikmah nya...cuma ummul jer tak nampak...tapi sekurang-kurangnya..apa yang membuatkan ummul agak terpuas hati sedikit..bila kita dapat tuntut ilmu sekaligus buat praktikal hidup..maksudnya...sementara ummul habiskan masa dengan menuntut ilmu di kolej..ummul juga boleh bekerja..praktikal laa bekerja tu kan...kalau ummul duduk hostel..mungkin ummul tak dapat mengajar sekarang..sekarang ni nak tinggalkan student pun sayang..bila kadang-kadang tu terasa nak cari rumah sewa, nak duduk sendiri jer..teringat kat student..tempat mengajar kat dekat-dekat dengan rumah...so kalau pindah jauh-jauh susah pulak...dan sekarang nak berjinak-jinak bukak business dengan abang..insyaAllah Allah akan beri terbaik pada hamba Nya...kadang2 bila melayan perasaan jer...macam sedih sikit kan..yer laaa angan-angan belum tercapai..saborrrrr...cool-cool

Melayan perasaan lagi..teringat kat sahabat-sahabat..zaman sekolah, zaman sekarang kat kolej..kira zaman dulu dan kini laaaa... raya ni banyak jumpa kawan-kawan sekolah yang lama dah tak jumpa..tak jumpa 5 tahun tu....ummul pun agak pelik...lepas sekolah..sahabat-sahabat yang ummul rapat..semua menyepikan diri..tapi sahabat-sahabat yang tak rapat dulu..yang dulu hai hai bye bye jer..jadi rapat pulak...lumrah kehidupan..manusia pun berubah-rubah kan... teringat satu persatu sahabat yang betul-betul rapat dengan diri ni..tapi..skang semua dah menghilangkan diri...bukan tak ada tali untuk bergayut, bukan tak ada alat komunikasi untuk bertanya khabar...lumrah kehidupan..tak semestinya kita mengingati semua orang kan...biar kita ingat orang, biat kita senyum pada orang.. insyaAllah orang pun akan ingat kita, orang pun akan senyum pada kita...ya memang rindu detik-detik gembira bersama orang yang kita sayang dahulu...tapi tak semua berkekalan...ya hilangnya detik-detik itu, terhapusnya kenangan itu kerana begitu kasih Nya Allah pada diri ini..Allah tersangat sayang pada ummul dan kita semua..sebab tu Allah mengaturkan kehidupan kita sebegini... Bila melihat hmmm.... melihat hmmm...apa haaa.. biar laa rahsia..terkenang juga kenangan dahulu...teringin juga nak memulakan dahulu, nak juga mencipta kenangan seperti dahulu...alhamdulillah setakat ni diri ni masih kuat... walaupun pahit..tapi sebenarnya ummul tersangat happy dan bersyukur kerana merasakan pahit di luar manis di dalam...dan bersyukur sangat Allah tak mengizinkannya dan membantu ummul dalam meneroka lumrah kehidupan..

Hidup ni amat bermakna jika kita merasakan pahit tapi terselit rasa manis yang kita perasan atau tidak..kerana setiap jalan yang kita lalui, pasti akan bertemu dengan manisnya madu hasil sengatan sang lebah....ummul bersyukur sangat pada Allah..atas kurniaan usia untuk merasa segala keindahan dugaan, keindahan hidup, keindahan bumi, keindahan makhluk-makhluk ciptaan Nya.. kadang-kadang bila kita terkenang macam-macam atau melayan perasaan sekejap..membuatkan diri kita lebih semangat bangun dan berusaha lebih gigih untuk berjaya dunia akhirat..betul laa ayat ni berjaya dari kegagalan..klu kita rasa semangat senantiasa...semangat tak akan berkekalan dan kenikmatan kejayaan tak dapat dirasai... lepas terkenang macam-macam ummul apa lagi....jom kira...1 2 3 ....sepuluh !!!! bertukar !!! tingkatkan azam, semangat, kerajinan, kemantopan, keunggulan dan semua yang baik-baik la..penat dah taip..  :)  insyaAllah..doakan ya sahabat2 :)


Saturday, August 14, 2010

Diri Ini Kembali

assalamualaikum..salam ramadhan :) :) :)

4 ramadhan 1431 diri ini kembali menarikan jari-jari di alam diari maya. Sudah hampir 3 bulan ummul tidak menarikan jari-jari ini, entah kenapa jawapannya tidak ada pada diri ummul sendiri. Macam tidak ada kekuatan untuk jari-jari ini menari dan akal seperti terlebih muatan tetapi tidak dapat dilontarkan keluar.

Hati begitu membara untuk berkongsi cerita dan berkobgsi ilmu bersama kalian semua tapi tiada idea untuk dilontartarkan. enggak apa-apa, ikut saja kata hati. semoga kita sama-sama mendapat hikmah dari coretan ummul kali ini.insyaAllah :)

Walaupun jasad tetap berada ditempat yang sama yakni di rumah, di kolej dimana-mana seperti biasa tetapi hati dan akal mengembara entah kemana. Mencari sesuatu yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Alhamdulillah tanpa dipinta mahupun merancang, hanya sekadar terlintar dan keinginan dihati Allah memberi petunjuk pada kami, memberi hidayah pada kami, insyaAllah ...dalam sekelip mata sahaja Allah yang Maha Pemurah tanpa rasa kedekut memberi nikmat pada kami dengan kekuasaanNya.

" Dan berikan kami kenikmatan serta manfaat melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selagi kami masih hidup, serta jadikanlah ia peninggalan kami." (doa Nabi Muhammad S.A.W)

Sesungguhnya semakin lama kita merasa nikmat hidup dan saban hari kita menjalani kehidupan, semakin banyak rupanya ilmu yang belum kita pelajari, semakin kerdil diri ini dengan ilmu yang setitik di dada. Sejak-sejak ni Allah telah mengurniakan sahabat-sahabat yang sama-sama dapat berjuang dan mendaki gunung ilmiah dalam mencari jati diri yang sebenar. Semua orang mengenali diri masing-masing. Siapa ibu bapa kita? kita berasal dari mana? Itu tidak dinafikan semua orang tau akan diri sendiri. Tetapi adalah kita betul-betul mengenali diri kita sendiri? Dari mana kita diciptakan? Mengapa kita diciptakan dan diberi nikmat hidup di muka bumi ini? Adakah kita tau semua itu?

Saban hari diri ini mencari jawapan.. Mengapa kita diciptakan dimuka bumi ini? Adalah jawapannya untuk menjadi khalifah dalam menyambung perjuangan Rasulullaah S.A.W. Tapi adakah kita menjalani tugasan tersebut. Tugasan sebagai khalifah? Adakah kita menyedari akan hakikat ini? fikir-fikir kan lah. Sama-sama lah kita merenung samaada setiap detik nikmat umur yang kita rasakan digunakan untuk mencapai tujuan mengapa kita dilahirkan dimuka bumi ini.

Rasulullah bersabda : Jika Allah menghendaki kebaikan pada diri hambaNya, Dia akan menyegerakan untuknya ujian di dunia. Dan jika Allah menghendaki keburukan pada diri hambaNya, Dia akan mengakhiri lantaran dosa-dosanya, hingga dia akan didatangkan dengan membawa dosa-dosa tersebut pada hari akhirat.

Maka mengapa kita perlu bersedih atas ujian dan dugaan yang diberikan Allah pada kita. Mengapa kita perlu memberontak? Kan sepatutnya kita patut bahagia dengan ujian yang diberikan. Allah akan beri ujian mengikut kemampuan hamba Nya. Bersyukurlah atas nikmat ujian yang Allah berikan. Terkenang saat-saat mendengar seorang sahabat mengatakan ingin mengikuti perjuangan kami dalam mencari cahaya Islam. Sebelum ini tanpa putus asa kami mengajak sahabat tersebut, tapi belum terbuka hati lagi nampaknya, dan akhirnya dia mengatakan ingin join selepas pelbagai masalah yang menimpa dirinya dan satu malam dia bermimpi bahawa sseorang datang dalam mimpinya dan mengatakan pergilah mengikuti kumpulan pelajar islam di kolej ummul. :) :) :) Alhamdulillah Maha Suci Allah memberi hidayah pada seorang lagi sahabat. terasa bahagianya diri ini apabila ramai sahabat-sahabat yang ingin mencari nur islam. :) ummul juga sejak kebelakangan ini terlalu banyak ujian. satu-satunya harta dunia di curi orang..tak apa lah Allah nak beri yang lebih baik dari itu.. Alhamdulillah ummul bersyukur atas nikmat ujian tersebut, mungkin membuatkan kita semua merasakan betapa berharganya dan nikmatnya rezeki yang Allah berikan, dan satu Allah tarik nikmat, 10 kali nikmat lain Allah berikan.

Andai semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, mata taubat dan taqwa lah ubatnya. Jika selurih bulan adalah noda, maka ramadhan lah pemutihnya.. :)

Thursday, May 20, 2010

Kenikmatan Hidup

Assalamualaikum.... salam kembali :) :) :)

Kita mohon bunga mawar cantik
Kita minta kupu-kupu yang indah sayapnya
Tapi...
Allah bagi tulip berduri
Allah bagi beluncas hodoh
Kita semestinya sedih dan kecewa
Tapi bila tiba masanya
Tulip itu mekar menjadi mawar yang cantik
Beluncas itu bertukar menjadi kupu-kupu yang indah sayapnya
Itulah jalan Allah
Allah tidak memberi apa yang kita inginkan
Sebaliknya Allah memberi apa yang kita perlukan


Kata-kata indah ini diberikan oleh seorang sahabat ummul....alhamdulillah..syukran ya sahabat :)

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang pada ummul untuk merasa nikmat ujian Allah....setiap ujian Allah itu tersembunyi hikmah yang luar biasa....indahnya hidup jika kita sentiasa bercinta dengan Dia....walaupun hingga akhir hayat kita, Dia tetap mencintai kita....Subhanalllah....Maha Suci Allah....diri ku tersangat mencintai Mu...

Friday, April 9, 2010

Impian Jadi Kenyataan

assalamualaikum.... salam luar biasa mantop :) :) :)

ummul !!! kak ummul !! cik ummul !!! bila nak update blog ni? bukak blog x update...bukak blog lagi..x update ...huhuu itu laa ayat yang sering telinga ini dengar dan ayat yang sama yang terkeluar sebagai alasan tidak update blog... kalau boleh hari-hari nak menarikan jari disini...tapi oleh kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan, terpaksalah menahan jari dari terus menari...

5 April 2010... tarikh keramat bagi ummul...dan hari tu sebenarnyer teramat laa excited nak cerita kat sini..tapi masa tak mengizinkan..ummul perlu siapkan banyak kerja dalam satu masa dan handle event di kolej..alhamdulillah mantop... oppsss ehh ehhh nak cerita aper cik ummul oiii...awat nyer excited bangat??

Alkisah...impian jadi kenyataan...impian selama ini ingin membuka syarikat sendiri, akhirnya terlaksana sudah impian tersebut apabila 5 April 2010 ummul mendaftar di SSM.. Maaf diucapkan dahulu kerana mungkin sahabat-sahabat keliru kerana selama ini ummul selalu menggunakan perkataan UKHAF sebagai nama business ummul...sebenarnyer memang teringin bangat nak guna perkataan tu...tak per next syarikat ummul guna perkataan UKHAF... haaa nak tau apa nama syarikat ummul? ceng ceng... ZRA GLOCAL ... tu laa nama yang diberi....alhamdulillah segala berjalan lancar... So sekarang ni ZRA GLOCAL akan cuba mendekatkan hati sesama hati semua makhluk Allah di muka bumi ini..insyaAllah...

Itu laa nikmat dugaan yang telah banyak di lalui...alhamdulillah tahun 2010 akan ummul semadikan dalam lubuk hati ni kerana 2010 laa bermula ummul yang baru dan kejayaan datang melimpah-limpah... sesungguhnya Allah maha Pemurah dan Penyayang..hanya Dia Yang Maha Esa... Tanpa disangka dan harapan dengan kuasa Allah segala impian ummul dalam jangka masa panjang lagi..bukan sekarang laa maksud nya..mungkin beberapa tahun lagi...tetapi tercapai dan dapat menikmati semua impian ummul di tahun 2010 dalam sekelip mata...alhamdulillah.. dari segi life dari segi kerjaya dari segi menuntut ilmu dan sebagainya berubah sekelip mata tanpa ummul rancang...alhamdulillah niat baik ummul dipercepatkan oleh Allah .

Ingat DUIT ya.. insyaAllah Allah yang Maha Pemurah tu akan sentiasa menunaikan apa jua keinginan hamba Nya...Allah tu Maha Penyayang...kalau laa kita sayang Allah 10 kali...Allah balas sayang kita beratus-ratus kali...Betapa Allah tersangat sayang pada hambanya...asalkan hambanya sentiasa DUIT ( Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal )

Oppssss tak boleh lama-lama ...nak mengejar masa ni...masa ni lari laju bangat..kang tersemput-semput kejar..macam main kejar-kejar pulak.. main kejar-kejar pun tak per asalkan dapat mengaut cinta Allah dan menciup haruman syugawi...insyaAllah

MANTOP !!!         MANTOP !!!      MANTOP !!!

Monday, March 29, 2010

Berkongsi Masalah

assalamualaikum.. salam luar biasa bagus :) :) :)

All business dalam genggaman.. itu lah yang dipraktikkan oleh ukhaf.com. Dari semasa ke semasa ukhaf.com menawarkan pelbagai business, produk atau servis bagi memenuhi keperluan dan kehendak makhluk Allah di muka buni ini.

Untuk post kali ini, ukhaf.com dengan senang hati menawarkan satu tempat dimana sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan meluahkan masalah dan inginkan kata-kata motivasi dari ummul.. Sebenarnya ummul sekadar niat untuk membantu sahabat-sahabat dan anda semua dalam menjalani liku-liku kehidupan.. ummul bukan lah seorang pakar motivator atau seorang yang berkerjaya mahupun seorang yang amat bagus... ummul hanya lah hamba Allah yg masih banyak kekurangan dan masih menuntut ilmu... tetapi dengan kesedaran dan keterbukaan hati ummul ingin bangat membantu anda semua...jadi bagi sesiapa yang mempunyai masalah atau ingin berkongsi cerita dengan ummul atau berkongsi motivasi atau pun inginkan kata-kata nasihat dari ummul boleh laa terus email ummul ummulkhair_90@yahoo.com atau ebiz@ukhaf.com

InsyaAllah selagi termampu dan mana-mana yang ummul boleh tolong ummul akan tolong..kalau tidak pun...dapat menenangkan meredakan anda semua dan berkongsi cerita... ukhaf.com lah medan komunikasi kita bersama... jangan malu jangan segan menyatakan hasrat, cerita, masalah atau apa jua pada ummul...insyaAllah ummul akan reply email anda semua...

Sama-sama lah kita memantopkan diri.. akhir sekali ingat DUIT ya.. DUIT !!  DUIT !! jom kita  mulakan dengan DUIT..

hee apalah ummul ni..fikir DUIT jer...mata duitan apa ker ummul ni....jangan risau anda tidak dikenakan bayaran pun untuk meminta tolong pada ummul atau meminta kata-kata semangat dari ummul atau nak meluahkan masalah..segalanya free..tidak perlu hulurkan duit...

DUIT ( Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal ) itu laah maksud DUIT... fikir-fikirkan lah selamat menuju wawasan :)


ummulkhair_90@yahoo.com atau ebiz@ukhaf.com

Sunday, March 28, 2010

Masa berputar tanpa henti

Assalamualaikum.. salam pantas salam rindu :) :) :)

Hari ni 28 Mac 2010... apa? dah nak habis mac dah ker...laaa dah lama ummul tak menarikan jari ummul di sini..last sekali 5 Mac..awal bulan...ni dah nak sebulan senyapkan diri nih...adoyaiiii maaf yer sahabat-sahabat dah lama tak bercerita disini..haa sesuai bangat laa tu dengan tajuk kita hari ni...haaa tengok !! punya cepat masa berlalu..isshh masa ni langsung tak kesian kat kita...dia berputar jer tanpa henti...ehh kalau terhenti macam mana? apa jadi pada kita? haa cari jawapan sendiri yer..renung-renungkan..selamat berfikir.. :)

Masa oh masa...disebabkan masa juga laa ummul lambat nak bercerita disini...ummul kena gunakan masa sebaik-baiknya sekarang ni..tanggungjawab dah berguni-guni...jadi kena persiapkan diri sebelum masa terhenti...sebenarnyer ummul tengah cuti sem sekarang ni...nak dekat sebulan jugak laa..awal April ni ummul masuk sem baru..jadi ummul ambil masa cuti ni untuk tumpu pada kerja dan persiapan diri untuk tuntut ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan di alam lain nanti..ketepatan pulak sekarang ni kolej nak buat event yang agak besar...jadi banyak yang ummul kener handle...tak pa tu semua amat berharga bagi ummul...masa tu sangat berharga apabila dipenuhi oleh macam-macam pe'el kehidupan dan aktiviti.

Paling best sekali punyalah masa berputar pantas..tak sedar dah habis tarikh rotek kereta ummul...adushh isnin ni kena hidupkan rotek...hmm mau-mau kena RM1000 lebih ni...tu laa masa berputar laju..rezeki pun laju masyukkk..laju jugak keluar...nak kena korek bank laa gamaknyer ni...tak pa cool2..ni la cabaran hidup..baru nikmat hidup ni..penuh dengan cabaran sambil kejar masa yang berputar laju..so kita pun kena banyakkan usaha, muhasabah diri dan doa pada Nya...ok bosshh

Sebelum ni ummul terima pelawaan seseorang untuk menolong buat web...jadi ummul dengan terbuka hatinya sudi tolong buat web tu..alang-alang boleh menyelam sambil minum air..maksudnya alang-alang tolong orang buat web..ummul boleh kutip sebanyak mungkin ilmu pasal web..banyak lagi ummul tak tau ni....tengah sebuk-sebuk siapkan web tu...tiba-tiba otak tersimpul hati pulak bertambah membara...bukan geram atau putus asa..cuma tak nampak jalan keluar macam mana nak buat salah satu part web ni...pikir punya pikir...ni kena tanya orang ni..tanya punya tanya..jumpa hamba Allah yang agak baik hatinya...lepas dia ajar ummul...dia offer ummul kerja pulak..waa masyukk ilmu masyukk rezeki ni..alhamdulillah...beryukur sangat pada Nya..oleh kerana semangat bangat nak tuntut ilmu ummul terima offer kerja tu...tu lah salah satu cara dengan bekerja..ummul boleh kutip ilmu banyak-banyak..masuk dalam guni otak dan hati....tak per...ada masa nanti ummul cerita business atau kerja yang ummul buat ni...boleh kongsi ilmu kan...haa kesimpulannyer tu sebab ummul senyap jer...nak start kerja banyak benda kena persiapkan...nak buat aktiviti untuk sahabat-sahabat di kolej pun banyak benda kena buat...yang penting ummat islam masyukkkk mantopp....tak kisah masa dihabiskan untuk bantu ummat islam..seronokk !!

hmm kat sini ummul nak selitkan satu page dari buku tu..ummul agak tak berapa suka nak letak kat sini or bagi tau orang sebenarnya....tapi nak letak kat sini sebab nak kongsi motivasi dengan sahabat-sahabat..ummul ambik dari buku ker aper entah dipanggil ni...macam majalah pun ada jugak..tapi bendaalah dari UK kut...agak tak pasti..yang tertulis EDUCATION UK..ok tengok jer laa..selamat memotivasikan diri :)




maaf yer..ada gambar ummul disitu..tapi ummul padamkan.. atas alasan tertentu