Pengunjung Setia

Thursday, June 21, 2012

Kasih Ayah...

Assalamualaikum, Salam shahdu :)


Di malam yang sunyi dan penuh shahdu ini ingin sekali ummul kongsikan satu cerita si anak dan ibu bapanya. Sudah pasti kalian semua masih mempunyai ayah dan ibu dan ada juga sudah tiada. Apapun dimulakan dengan doa supaya kisah ini menjadi pedoman dan panduan untuk kita sentiasa mensyukuri nikmat adanya ibu dan ayah di muka bumi ini.

Si anak yang masih remaja dan sukakan kebebasan merasakan hidupnya tidak bahagia seperti mana teman-teman yang lain. Si anak ini merasakan teman-teman sangat bertuah apabila apa yang mereka inginkan pasti akan ditunaikan oleh ayah dan ibunya.

Si anak tahu dan sedar bahawa ibu dan ayahnya sangat menyayangi si anak ini sehinggakan apa yang diinginkan pasti di halang. Kebiasaannya si ayah pasti mempunyai sifat seperti "harimau" garang memanjang. Sehinggakan si anak ini takut untuk bercakap dengan si ayah. Si anak tidak pernah merasa nikmat  berjalan-jalan, bersiar-siar bersama teman-teman. Sehinggakan si anak merasakan sama aja dirinya dengan katak. Bak kata pepatah seperti katak di bawah tempurung. Apa pun tak tau.

Satu ketika "Anak, itu surat apa? Baca." tanya si ayah dan di sambut kata-kata oleh si anak pula. "Mana tau surat apa. Ni surat abang" Terus aja disembur dengan ayat ini oleh ayahnya. " Apa guna belajar tinggi-tinggi, baca pun tak tau " Ketika itu tanpa sifat sabar dan di hadapan tetamu, si anak berkata " Surat orang mana boleh suka-suka hati baca ! " BOOOMMMM hempasan pintu membuktikan si anak begitu hilang kesabarannya kerana di marah depan tetamu dan di marah di sebabkan perkara yang tak masuk akal.

Si anak begitu "bengang" dengan si ayah ini sehinggakan tiada satu kebaikan dan pengorbanan ayah yang tergambar di fikiran, semuanya perkara yang menyakitkan hati si anak. Sehinggakan terpancul ayat ini di fikiran si anak. "Lebih baik ayah tiada lagi di dunia ini, daripada aku menanggung dosa lebih banyak dek kerana terkurang ajar dengan dia ".

Akhirnya si ayah betul-betul meninggalkan si anak di dunia. Tetapi hakikatnya walaupun jasad si ayah sudah meninggal dunia tetapi rohnya tetap bersama anak-anaknya. Si ayah masih boleh melihat kita di sini walaupun si ayah sudah ada di "tempat" lain. Ya Allah begitu menyesalnya dan sedihnya si anak apabila ayahnya sudah tiada di dunia.

Betul lah kata mulut orang di luar sana. bila ada tak nak hargai, bila dah tak ada baru bersedih hati. Apabila ayahnya meninggal dunia barulah si anak merasakan betapa bahagianya mendapat nikmat wujudnya ayah dan kasih sayang dari ayah. Dulu marah-marah tu bukan sebab benci sebab sayang. Sehinggakan dari saat ayahnya pergi meninggalkan si anak sehingga ke saat ini tiada satu pun keburukan ayah yang dapat diingat. Cubalah untuk mengingati saat-saat "geram" dengan ayah dulu, tidak tergambar langsung dalam bayangan. Apa yang muncul adalah kebaikan-kebaikan ayah, pengorbanan ayah. Ya Allah baru si anak sedar betapa kasih nya ayah pada dirinya, betapa banyaknya pengorbanan ayah untuk melihat kita bahagia dan berjaya. Baru si anak sedar, jika dia tidak di didik seperti dulu dimana dilarang keluar sebarangan, seperti katak tu, si anak tidak akan jadi seperti dirinya sekarang. Kehidupan kini lebih baik. Tidak dapat dibayangkan, jika lah si ibu dan ayahnya biarkan dia berseronok bersama teman-teman pasti dia juga terjebak dengan kegiatan remaja yang kerosakan akhlak, terlibat dengan gejala-gejala buruk dan seperti mana yang selalu tersiar di akhbar-akhbar mengenai kes-kes yang tidak bermoral. Pasti si anak pun terlibat sama, tapi hasil didikan ibu ayah lahir lah hamba Allah yang menjadikan agama sebagai tiang kehidupannya. Walaubagaimanapun si anak masih tercalar hatinya apabila sampai terakhir kali nya nafas ayah berdegup dan tertutup rapat matanya, belum sempat walau sekali pun untuk meminta maaf pada ayah. Ya Allah, ego sungguh hati si anak ini. Kini apa yang boleh di buat? Ayah sudah tiada, maaf juga tidak boleh dipinta. Ingin balas jasa ayah pun sudah tiada harapan lagi. Ayah !!! Baru tersedar, sebenarnya si anak ini juga sangat menyayangi si ayah.

Hidup ini satu pilihan. Memilih untuk tidak memilih juga adalah pilihan bak kata orang-orang bijak. Si anak memilih untuk terus menebus kesalahannya dulu, memilih untuk berbakti pada aruah ayahnya. Walaupun ayah sudah tiada, si anak merasakan si ayah tetap dekat. Si anak berusaha mengingati diri sendiri dan melakukan perkara dimana dapat menambahkan saham ayah di akhirat kelak. Sesungguhnya anak yang soleh adalah harta ibu ayah yang boleh bawa ke akhirat kelak. Antara usaha si anak, selalu bacakan Al Fatihah dan Yasin, ziarah kubur ayah, melakukan perkara-perkara yang ayahnya suka buat ketika hidupnya dahulu, berbuat baik dengan sahabat-sahabat ayah, mendoakan keampunan dan kesejahteraan ayah di alam sana, niat apabila melakukan sesuatu kebaikan sebagai sedekah pahala untuk ayah sebagai tanda kasih kan ayah kerana Allah.

Ummul doakan semoga usaha si anak di redhai dan di permudahkan Allah, Semoga doa dan hasratnya dimakbulkan Allah. Kalian yang membaca kisah ini, ummul harap dapat sesuatu yang menyentuh hati kalian dan dijadikan pedoman. Apa usaha si anak untuk menebus kesalahannya dan ingin menjadi anak soleh yang diceritakan tadi juga boleh kita aplikasikan dan amalkan.Ummul juga berdoa supaya ummul juga memilih cara si anak tadi berbakti pada ayahnya walaupun ayahnya sudah tiada. Kalian doakan ummul supaya ummul juga mampu dan kuat untuk mencontohi dan melaksakan usaha seperti usaha si anak itu. Hargai lah ayah dan ibu kalian yang masih ada di dunia ini. Taatilah mereka, insyaAllah Allah akan meredhai kita dan mempermudahkan urusan kita apabila kita taat ibu ayah dan ibu ayah redha pada kita.

Seketika tadi, ummul berkata pada mak " Mak sabtu dan ahad ni nak pergi Perak, boleh? " Dengan tidak disangka jawapan oleh mak. "Boleh". Ha simple, senang. Padahal sebelum ini bukan main banyak soal siasatnya. Tapi kali ini senang pula. Ya Allah terima kasih Allah kerana Engkau permudahkan urusan ku. Hee sebenarnya ummul baru berniat untuk meminta izin dan meminta redha mak. Sebelum ni kan degil, mak tak bagi pun pergi ajaa.. Malam tadi baru terlintas di fikiran, nak minta restu mak, kalau mak tak bagi, tak jadi lah pergi, dengarkan aja kata-kata mak. Tup tup lain pulak jawapan mak. Lihat ! kita baru je niat nak taat pada ibu ayah, Allah dah permudahkan urusan kita, Apa kan lagi jika kita betul-betul laksanakan ketaatan pada ibu ayah, lagi lah banyak nikmat dan pintu kebaikan yang Allah bukakan untuk kita. Kan kita dah di ajar dulu masa sekolah-sekolah. Apabila ibu ayah redha pada kita insyaAllah Allah akan redha pada kita. Kedudukan ibu ayah yang teratas daripada orang lain. Jika ibu ayah tidak redha al maklum lah susah lah nak dapat redha Allah. Kesimpulannya, nikmat yang terindah apabila kita dikurniakan ibu dan ayah, hargai lah sayangilah, buktikan lah, taat lah pada ibu ayah supaya kita menjadi anak soleh solehah yang luar biasa cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah :)

No comments: