Pengunjung Setia

Sunday, February 28, 2010

Cinta Rasulullah SAW

assalamualaikum.... salam shahdu :) :) :) 

Alkisah..
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah “wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada Nya”...“Ku wariskn 2 perkara pada kalian, Alquran dan Sunnah ku”...“barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata sahabat-sahabat. Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meningggalkan kita semua” keluh hati semua sahabat. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikn tugasnya di dunia. Tanda2 itu semakin kuat.

Ali dan fadhal  dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi alas tidurnya.

Tiba2 dr luar pintu terdengar seorg yg berseru mengucapkn salam.Bolehkah sy masuk? “maaflah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah. Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah terbuka mata dan bertanya pada Fatimah. Siapakah itu wahai anak ku? “tak tahu lah ayahku, baru sekali ini aku melihatnya”. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkn. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “ketahuilah, dialah yang menghapuskn kenikmatan sementara. Dialah yang memisahkn pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut”

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, lalu Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian di panggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut kekasihnya. “Jibril jelaskan apa hak ku nAnti di hadapan Allah? “pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu”
Tapi ini ternyata tidak membuatkn Rasulullah lega. Matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” “khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan kuatir ya Rasul Allah, aku pernah mendengar, Allah berfirman kepada ku “Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhaamad telah berada di dalamnya.”

Detik2 semakin dekat. Saatnya Jibril melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah di tarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan rasulullah mengeluh. Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “jijik kah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"....“siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal”

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. Ya Allah !! dasyatnya nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepada ku, Jgn pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, uuussshiikum bis shalati, wa ma malakat aimanukum. Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantaramu. Terdengar tangisan bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkn telinganya ke bibir rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii…ummatii..ummatii…

Dan berakhirlah hidup manusia mulia, yang memberi sinaran itu. Allahumma sholli ala Muhammad wa barik wa sallim alaihh...Betapa cintanya Rasulullah pada kita wahai sahabat sekalian...






Adakah kita benar-benar mencintai rasulullah?
Apa buktinya?
Adakah kita ungkap kata sayang pada Rasul?
Adakah dengan masa sesaat kita luangkan masa utk berselawat..
Kita sering ucapkan I love u pada orang yang kita sayang tapi kenapa tidak kita lafazkan selawat pada Rasulullah?
Sallallahu ala Muhammad…sallallahu alaihi wasallam..
Kita jadikan artis mahupun pemimpin negara sebagai roll model…knp tidak Rasulullah menjadi roll model kita?
Saban hari kita baca surat khabar, majalah, tapi kenapa tidak kita baca sirah Rasulullah?

Fikir-fikir kan laah..









Thursday, February 25, 2010

Iklan sebentar

assalamualaikum... salam luar biasa bagus, baik, mantopp :) :) :)


Iklan sebentar bersama saya...

Kepada seluruh pelajar dan pensyarah muslim muslimah kolej YPC, di jemput hadir ke majlis maulidurrasul pada 1 mac (isnin) pukul 12.30 tengah hari di DDSA..

Marilah kita sama-sama menghayati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW

Saturday, February 20, 2010

Seronok nya !!!

Assalamualaikum... salam bahagia semua :) :) :)

Luar biasa baik tak sahabat-sahabat sekalian...alhamdulillah ummul luar biasa bagus....heee kita kan kena bagus sentiasa...hari ni mesti lebih baik dari semalam kan? heee

Alhamdulillah dua tiga hari ni banyak ilmu yang ummul pelajari..akhirnya dapat jugak belajar...belajar apa? heee bak kata siti nur haliza...biarlah rahsia... heee nanti dah sampai seru ummul bagi tau...

Seminggu ni cuti....syookkk nyer cuti seminggu sempena Hari Raya China... huhuu tapi tak terasa diri ini sedang bercuti pun...masa kena penuhkan dengan sebaik nya supaya nanti masa depan luar biasa bagus..masyyukkkk...mantooppp

Alhamdulillah..Allah menguji ummul dengan sedikit kesakitan....tak pa bersyukur pada Nya atas apa yang diberikan...kita tak boleh jadikan kesakitan sebagai kekurangan atau penghalang kan... Allah nak suruh ummul hati-hati dan sentiasa beringat..jaga kesihatan tu....nanti tak susah dikemudian hari.. ku bersyukur pada Mu ya Allah...

Waktu ni saja jer nak cerita apa yang berlaku sejak-sejak ni.. dah kata blog nya my self my motivation my business kan...cerita life pun termasuk tajuk my self..heee

Hmmm nak habaq ni....seronok sebenarnya ummul hari ni...buat sekian kali dan pertama kalinyya..salah seorang student ummul yang dari england tu terlebih baik hari ni....bagus..good girl...huhuu Kita nak mengajar biarlah dengan niat yang baik..nak sampaikan ilmu, nak kembangkan agama kita...dan yang paling penting niat mesti baik kan...dan semuanya biar kerana Allah...huhuu agak terlebih penyabar kalau nak mengajar ni...lagi-lagi dengan budak-budak....lagi laa banyak pe'el nya...

Ok...berbalik pada budak tu..dari first day ummul mengajar...memang dah buat perangai...memang laaa kener sabar banyak...isshh selamat anak orang....kena kawal sikit...pe'el nyer dah terlebih had laa..sampai laa semalam...bom dah meletup....semalam ummul betul-betul tak boleh kawal..memang tersedih sikit...mana tak nyer....budak tu pi sembur air dari mulutnya ke muka ummul ni..habis baju, tudung muka, tangan..basah.....air dari mulutnya pulak tu...dek kerana terkejut di sembur..ummul pun secara tak sengaja terjerit kat dia...hehee ummul pun apa lagi..buat-buat laa merajuk...bukan buat-buat sebenarnya..memang sedih pun....mungkin ummul belum cukup sempurna ajar dia...lepas tu ummul cakap kat dia...ustazah tersangat sedih dengan awak hari ni (dengan dia ummul terpaksa speaking) saja jer translate bahasa melayu disini..

Huhu..hari ni pergi lagi mengajar budak tu...huhuu hari ni dengan hati terbuka dan bersedia dengan pe'el nya seterusnya...dari awal sebelum pergi dah didik hati supaya hari ni lebih sabar...aleh2 hari ni budak nya terlebih baik pulak..dah tak payah suruh2..terus baca....terus duduk elok-elok...mengaji nya pun pandai..tak banyak salah...huu alhamdulillah..bersyukur sanngat-sangat hari ni...kemarahan ku dah hilang...heee harapnya next time..dia terus baik dan tak mencabar kesabaran ummul...

Huhuhuu tak pa lumrah mengajar..asalkan kita ikhlas mengajar....biasalah tu kan...dugaan kecik jer tu.....OK kepada sesiapa yg jadi cikgu ker atau mengajar ka..semoga anda semua terus sabar dan terus bersemangat menyebarkan ilmu...cool2...

Thursday, February 18, 2010

Dialog Diri Ini

assalamualaikum... salam rahmat utk semua :) :) :)


Jika diizinkan hari-hari rasanya nak menarikan jejari di keyboard ni...nak terus bercerita disini...tapi bila hajat timbul dari hati kecilku..tiba-tiba terbantut dek kerana takut...takut bila ummul mula bercerita atau ketika ummul bercerita disini...timbul dosa atau keburukan pada diri ummul mahupun orang lain...ya Allah berikan ku kekuatan supaya niat asalku ingin bercerita disini untuk berkongsi ilmu, menyebarkan agama Mu, memberi kekuatan pada umat islam yang lain...hanya redha Mu ku dambakan...

Ku bersyukur pada Mu...setiap kali aku melakukan kesalahan pada Mu...Engkau cepat menyedarkan dan memberi petunjuk pada Ku...ku bersyukur dengan apa yang telah tertulis dan terjadi sepanjang mata ku masih boleh melihat dunia....

Ku tau Engkau sentiasa memberi yang terbaik untuk hamba Mu...ya Allah kau berikan lah cahaya setiap jalan yang ku tempuhi....

ya Allah aku terlalu cinta pada Mu...terima kasih atas segala yang Engkau kurniakan pada ku...walau di luar hakikatnya pahit untuk ditempuh....tapi jauh di lubuk hati ku..aku begitu senang menerimanya... sungguh manis untuk ditelan walau fizikalnya dan lumrahnya pahit untuk di telan...

Tuesday, February 9, 2010

Kata dari hati

assalamualaikum... salam indah :) :) :)

Nak cerita apa yer? yang pasti nak jugak coretkan ayat-ayat di teratak ku malam ni. Huhuhuu hari ni dari pagi sampai lah tengah hari ummul duk uruskan adik masuk sekolah.. Seronoknya, teringin dulu nak masuk asrama tapi mungkin keadaan tak mengizinkan. Takpa-takpa asalkan sekarang hidup mesti luar biasa bagus... tak dapat masuk asrama pun tak apa asalkan adik ummul dah masuk dan ummul dah cuba usaha jalani tanggungjawab sebagai kakak. heheeee

Jom testing otak..dah lama x berpuisi..dah reput ke belum..huhuu

Dedaun menari dan terus menari
Mengikut alunan sang angin.
Dedaun tetap akur 
Angin tetap kencang memainkan rentak
Walau sekuat mana rentak sang angin
Dedaun masih utuh di dahannya

Adakah diriku seperti dedaun?
Mengapa tidak?
Menari seperti dedaun menari penuh kesungguhan
Walau dugaan yang mendatang dengan pelbagai rentak
Diri tetap utuh di dalam kehidupannya
Tetap berpaut pada imannya

Hati pula berkata-kata
Yang mana satu pilihan hati
Adakah diriku dedaun yang segar di saluti kehijauan
Atau dedaun yang layu disaluti kekuningam
Otak pula menguraikan wayar yang tersimpul 
Lihatlah dedaun yang disaluti kehijauan itu
Tetap utuh tetap unggul 
Walau sang angin dengan rakus mengalunkan rentak
Lihatlah dedaun yang disaluti kekuningan itu
Gugur disantap sang angin walau hanya sekilas

Dedaun yang disaluti kehijauan itulah aku
Pasti boleh kan?
Sedangkan daun dapat bertahan pada dahannya
Walaupun sekuat mana sang angin mengalunkan rentaknya
Aku juga boleh bertahan pada imanku
Walaupun sekuat mana sang dugaan mengalunkan rentaknya
Aku tidak ingin gugur bagai dedaun kekuningan itu
Hanya kerana diusik sekilas oleh sang angin
Hanya kerana disisip oleh sang dugaan
Biar sang dugaan mengalunkan rentaknya
Yang pasti aku tetap bersama Pencipta ku
Walau suka dan duka
Kerna ku pasti Pencipta ku sentiasa bersama ku

Isshh isshhh isshhh entah pa per ayat ummul ni..yang pasti ummul suka tengok daun yang berterbangan...sebabnya dapat meningkatkan motivasi dan mengenyangkan hati dengan santapan mata yang melihat daun-daun tu. Jadi harapnya kawan-kawan pun dapat memberi makanan yang lazat pada hati...kesian..hati pun lapar jugak tauu










Thursday, February 4, 2010

Menyepikan diri




Assalamualaikum... salam ceria salam manis :) :) :)

Dah bulan Februari ya..saja je nak menyepikan diri untuk seketika waktu dari terus menarikan jari di dalam blog ni...kenapa yer? 

Sebabnya...tak ada sebab.. ishh mana boleh tak ada sebab..ye la setiap apa yang kita lakukan pasti ada sebabnya kan? Yer laa sebab menyembunyikan diri seketika... saja jer nak mencari diri seorang insan yang diberi nama Ummul Khair... huhuu macam mana laa boleh hilang orang tu ya..rasa-rasa nya dah jumpa ker diri yang hilang tu? Anda rasa? Apa pendapat kawan-kawan? Heee Alhamdulilah dah separuh jumpa original diri ummul...waah ada tiruan ker? alaa gurau jer... maksud nya dah jumpa identiti diri ummul yang sebenar..... Alhamdulillah..syukur pada Mu ya Allah..

Ishhh tak faham laa ummul cerita ni...apa yang jumpa tak jumpa ni..macam mana boleh hilang? Heheee macam ni wahai insan-insan yang bertuah.. Kadang-kadang kita sendiri tidak tau diri kita sendiri sebenarnya..secara fizikal mungkin tau la... pernah tak kita menngambil sedikit masa seharian kita untuk muhasabah dan selidik diri kita..macam mana diri kita sebenarnya? Adakah kita seorang yang cukup baik? Adakah kita dah menjalani segala tanggungjawab kita kepada Allah, Rasul, Anak, Adik beradik, masyarakat dan sebagainya? Adakah kita nampak di luar cantik, tapi busuk di dalam? Mungkin orang lain boleh memberi pendapat atau kata itu ini tentang diri kita. Tapi kita sendiri jer yang tau siapa diri kita sendiri..kita jer tau sejauh mana kita baik atau jahat. Setuju tak? Yer laa kadang-kadang orang tak dapat jangka fikiran dan isi hati kita. Contohnya...kita sedang menolong seseorang yang dalam kesusahan, tapi hati kita tak ikhlas atau ada niat tak baik pada orang tu. Jadi disini orang tu mungkin anggap kita baik sebab menolong dia, tapi sebenarnya diri kita jer tau yang kita ni bukan baik pun...sebab kita tau kita ada niat tak baik pada orang tu tapi orang tu tak tau niat kita...Tengok tu..kita jugak yang dapat mengenal pasti diri kita yang original...

Hmmm.... Mari kita sama-sama mencari diri kita ya.. ummul pun masih sedang mencari-cari...jauh sangat hilangnya tu..heee harapnya dapatlah jumpa lagi dengan diri ummul yang sebenar. :)