Pengunjung Setia

Thursday, April 28, 2011

Perubahan dan Kelainan

assalamualaikum dan salam luar biasa pada malam ni :) :) :)

Pelbagai situasi yang berlaku sehinggakan ummul terpaksa berlari mengejar peredaran masa yang sentiasa dipenuhi situasi yang luar biasa. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang sentiasa di tatap oleh mata, di dengar oleh telinga, di rasa melalui badan, diproses oleh fikiran.Apa yang pasti segala situasi ini membuktikan Allah itu Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Segala situasi ini adalah yang terbaik untuk ummul. Ya itu sudah pasti.

Bermulanya situasi di kolej, perubahan berlaku apabila mengenali orang yang dapat membantu mencerahkan lagi hari-hari yang mendatang dan membantu merungkaian persoalan yang sering berlegar difikiran. Orang pertama apabila mengenali naqibah ummul tanpa sengaja dan diminta. Persoalan mengenai agama sendiri, kehidupan dan yang paling penting tujuan mengapa ummul dilahirkan di dunia ini. Usrah yang pertama pada 14 April 2010, dan setelah setahun ditarbiyahkan oleh seorang naqibah, akhirnya naqibah ummul perlu berhijrah, hubungan kami tidak terpisah tetapi jauh dimata dekat dihati dan akan digantikan oleh naqibah yang baru. Ya walau apa jua berlaku ummul akan tetap terus mentarbiyahkan diri dan bermula saat ini lah masa yang sesuai untuk ummul pula menjalankan tanggungjawab dan mendapat kesedaran untuk mentarbiyahkan orang yang berada disekeliling ummul, ilmu yang disimpan sahaja akan berkarat dan akhirnya ia hilang dan tidak berguna lagi, tetapi ilmu yang sentiasa diaamalkan dan cuba dikongsi bersama orang lain akan tetap subur dan dapat menikmati kemanisan ilmu itu. Bersesuaian lah dengan tujuan kita dilahirkan iaitu adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah dimuka ini. Hanya ada 2 tugasan sahaja yang perlu kita laksanakan sepanjang nadi kita masih berdenyut. Tapi sayang berapa ramai kah orang sedar akan tugas mereka? Jadi bagi sesiapa yang telah sedar, peranan kita pula lah untuk mengingati orang lain atas 2 tugasan itu.

Mengenali lagi dengan seorang pensyarah dan kini tidak dipanggil lagi pensyarah, tetapi dipanggil sebagai Founder & Professional Fasilitator (Trainer). Beliau juga ummul jadikan mentor, yang sentiasa memberi ilmu dan input pada ummul. "Ya betul kata sir, matlamat penting dan menetukan kehidupan kita kerana pilihan ada di tangan kita, dan seperti mana yang sir selalu katakan, kita sentiasa ditapis oleh Allah, samaada kita masih bertahan atau tidak untuk menhadapi cabaran dan ujian yang mendatang". Untuk menikmati kejayaan dunia dan akhirat kita perlu mengetahui matlamat kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Disini ummul mengenali dengan pelbagai jenis orang yang dipenuhi dengan pelbagai ragam. Ada yang baik, ada yang tak baik, ada yang terlebih baik dan ada yang terlebih tak baik. Semalam sir berpesan, untuk menjadi orang yang hebat bercakap dihadapan jangan sekali-kali memuji diri, atau menceritakan pengalaman hidup yang tersangat manis walau hakikatnya sekarang tidak terlalu manis. Beri orang dihadapan kita itu tunjuk ajar, bukan menceritakan perkara yang realiti dahulu di samakan dengan realiti sekarang. Sedang menarikan jari ini di sini, terfikir juga adakah ummul ini menceritakan perihal kehidupan sendiri dan memuji diri sendiri? harap-harapnya tidak begitu kerana bukan niat untuk menceritakan mengenai diri sendiri tetapi sekadar berkongsi ilmu dengan cara bercerita dan mengaitkan situasi yang berlaku agar menjadi satu cerita. Sesungguhnya ummul amat lemah dalam menulis ayat fakta dan sedang cuba belajar lagi dan terus belajar. Kelmarin buntu seketika apabila banyak input yang masuk tetapi tidak ada output yang keluar. jadi sebelum input itu terkaram jauh di fikiran ummul mengambil inisiatif untuk mencatat input yang diterima.insyaAllah.

Situasi seterusnya apabila aruah ayahanda ummul telah pulang kerahmatullah 19 April 2011 yang lepas. dan pada malam ini tertonton TV dan cerita itu mengisahkan "roh". Ya betul, cerita di TV hanya lakonan semata-mata dan rekaan semata-mata. Tetapi tidak mustahilkan apa yg diceritakan ada yang berlaku secara real di muka bumi ini. Jadi apabila kita menonton sesutu cerita, kita perlu tau apa ikhtibar dan pengajaran dari cerita yang cuba disampaikan supaya tidak ada lah konsep "laghoh" dalam menonton TV, maksudnya menonton TV sekadar suka-suka dan ia menjadi perkara yang sia-sia. Dari cerita itu banyak juga input yang ummul mula sedar. Hmm walaupun orang itu telah pergi meninggalkan jasad tetapi dengan izin Allah roh masih boleh memerhatikan kita yang masih hidup. Walaupun orang yang kita sayang telah tiada dan mungkin kita terlalu banyak kesalahan yang pernah dilakukan, ya kata-kata maaf tidak boleh lagi dikatakan tetapi kita masih boleh berbakti dengan orang yang telah tiada. Kita sebagai harta yang boleh dibawa mati oleh ibu bapa kita. Jadi perbanyakkan lah doa untuk ibu bapa kita, lakukan amalan yang baik dan jadilah anak yang soleh supaya ibu bapa kita disana tetap mendapat "sahamnya" di akhirat kelak.

Satu kepelikan,dan kelainan. Sebenarnya ummul sudah lama perasan dan sedar. Mengapa ya apabila kita berkomunikasi dengan orang yang berlainan membuatkan situasi yang berlainan dan character yang berlainan. Apabila bersama family lain character, apabila bersama rakan lain character dan orang lain-lain pun lain character. Kadang-kadang terpikir, "ini bukan diri ku sebenar, tapi kenapa character ku sebegini apabila bercakap dengan orang tu? Tapi..aku bukan macam tu.." (satu persoalan yang ummul sendiri belum dapat huraikan kerana semua ini berlaku secara semula jadi, bukan dibuat-buat)


Wednesday, March 9, 2011

Setiap kesusahan ada kesenangan

assalamualaikum ... salam luar biasa :) :) :)

Setiap kesusahan ada kesenangan. Kata hikmah ini sentiasa bersemadi dalam hati ummul, dari dulu hingga kini kata hikmah ini lah menjadi peneman dan pembakar semangat ummul. Teringat memori dahulu, dulu air mata menjadi peneman, tapi sekarang bila dikenangkan kembali, senyuman pula menjadi peneman setia.

Alkisah..waktu zaman persekolahan dahulu, masa form 4, waktu form 4 dan 5 la cabaran mendatang dan air mata sentiasa berjujuran seperti hujan yang lebat jatuh ke bumi. "Ummul, pindah lah kelas 4 cekal." kata cikgu-cikgu di sekolah. "tak apa lah cikgu, saya duduk kelas ni jer, saya tak boleh ambik kelas sains." Masa tu ada 2 kelas jer disekolah tu, yang lain kelas aliran agama untuk lelaki sahaja. Satu kelas sains, satu kelas multimedia. Sepatutnya ummul masuk kelas sains, tapi oleh kerana ummul tak minat sains, terpaksa masuk kelas multimedia. Masa tu jangan kata multimedia, komputer pun tak geti nak guna, setakat on of tu geti lah. Nak pindah sekolah lain, family tak bagi, sebab ummul baru pindah sekolah tu. Jadi 2 tahun lah terpaksa mengharungi keadaan seperti itu. Keadaan kelas yang.... (huhhh tak payah habaq lah, memang agak teruk, tensen dengan budak-budak kelas yang nakal dan tak nak belajar). Kebanyakan pelajar masa form 4 dan 5 lah sebuk kan, banyak homework. haa ummul tak ada homework pun, cikgu tak nak bagi homework sebab cikgu tau satu kelas tak akan buat, waktu tu cikgu selalu bagi latihan dan buku kat ummul, then kalau tak tau or nak check jawapan, boleh tunjuk kat cikgu. Masa tu ummul digelar anak emas cikgu. Bak kata budak kelas, sikit-sikit ummul, sikit-sikit ummul, ummul jer lah ni ummul jer lah tu. Bila masa peperiksaan, kalau di kelas jer lah, masa tu kan ada 2 keadaan peperiksaan, ada peperiksaan dikelas jer ada di dewan peperiksaan. Kalau di dewan peperiksaan besar alhamdulillah seronok dapat jawab dengan aman dengan pelajar kelas lain. Tapi kalau jawab kelas sendiri dengan budak kelas jer, ya Allah memang tak boleh jawab exam, terus buntu dek kerana terlalu bising walaupun ada cikgu dalam kelas. Waktu tu memang banyak dugaan sampai tahap, cikgu kaunseling memang baik dengan ummul, siap bagi kunci bilik kaunseling. Ummul bila sedih dan tensen sangat atau nak study ummul akan pergi bilik kaunseling. Nangis dekat situ seorang-seorang dan study situ seorang-seorang. Time tu lah pujuk diri sendiri dan pasti akan terpandang dinding bilik tu, sebabnya ada perkataan setiap kesulitan ada kesenangan. Kata tu lah jadi pengubat hati. ( Kalau ada rakan sekelas yang baca jangan marah yer,ummul tau sekarang ni semua dah taubat, dah jadi orang semuanya. Ummul pun gembira kamu semua dah tak macam dulu,semua dah berubah. Semua dah menyesal, tapi apakan daya kamu semua tak boleh kembali ke zaman sekolah lagi.Sabar-sabar)

Allah sentiasa menghadiahkan kita dengan pelbagai ujian. Alhamdulillah bersyukur pada Nya kita sentiasa dipilih untuk mendapat ujian Nya. Ujian itu kan tanda kasih sayang Allah pada kita. Sekarang pun pelbagai ujian diterima. kadang-kadang tu sampai terduduk, kemudian bangun lagi. tak apa lah sekarang ni susah-susah dahulu kan, untuk dapatkan kejayaan pada masa hadapan, kener merangkak dahulu. Sejak januari 2011 bekerja keras dan cuba sebaik mungkin untuk terus mencapai kejayaan. Matlamat tahun ni nak jadi khalifah yang luar biasa sekali berbanding tahun lepas. Tahun 2010 merupakan tahun bukanya satu pintu kejayaan, tahun ni nak meneruskan dan berlari lebih pantas untuk mencapai lebih baik lagi. Tak apa lah terpaksa bersusah-susah dahulu, sebabnya ummul yakin ummul akan dapat ganjarannya nanti. Allah tu Maha Pemurah dan Maha Kaya.. Dia pasti akan beri rezeki pada hambaNya dimana jua jika kita betul-betul sabar dan berusaha gigih. :)

(Situasi sekarang. tengah berusaha dan cuba untuk mengatasi kesusahan yang dihadapi.. dalam masa yang sama sedang menikmati kesenangan walaupun kadang-kadang kita tak perasan... perasaan happy sekarang:) )

Sunday, January 2, 2011

Nikmat Nya

assalamualaikum....salam keceriaan :) :) :)

Alhamdulllillah syukur pada Nya atas nikmat usia dan masih dikurniakan penafasan yang sempurna untuk merasa nikmat tahun 2011...insyaAllah dengan munculnya tahun 2011 ini dengan penuh pengharapan dari hamba kerdil ini..akan menjadikan hidup ini lebih manis untuk dirasai, lebih terang dengan nur Nya, lebih indah dengan rahmat Nya, lebih menakjubkan dengan kasih sayang Nya..insyaAllah.. huluran doa ku hulurkan..

2010 memberi sinar kepada ummul..alhamdulillah..Allah mengizinkan ummul merasai nikmat nur Nya di tahun lepas..segala keindahan ad-din Nya memberi peluang pada ummul untuk memasuki sedikit pintu kebaikan dari Nya...segala perubahan berlaku tanpa dijangka kan...segalanya bermula dari 2010..alhamdulillah...dan 2011 ini dengan penuh impian dan pertolongan Nya akan membuatkan diri ini untuk terus berjuang  dalam menempuh liku-liku kehidupan di zaman yang bila-bila sahaja akan runtuh segala gunung ganang, runtuhnya bangunan tinggi...subhanallah...gementarnya apabila memikirkan saat itu akan tiba...segala isi perut bumi akan hancur dengan sekelip masa sahaja...ya Allah berikan laa kesempatan pada hamba Mu ini untuk menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Mu...

Hari terakhir 2010 memberi satu lagi sinar kerana diberi peluang untuk diri ini mencari ilmu yang bukan senang untuk dimiliki...jika di dunia ini kita memerlukan wang yang banyak untuk menuntut setitik ilmu dalam bab ini... terima kasih kepasa En Ridzuan Saad dan En Rizal Hassan kerana menjemput ummul untuk menyertai program ini tanpa apa-apa bayaran. Program ini disertai oleh ahli TAMRIN...yang kesemuanya insan-insan cemerlang yang bergelar business man, penulis, penerbit, trainer, dan pelbagai lagi yang mempunyai status kerjaya  yang disegani masyarakat... Pelbagai ilmu dan pengalaman dikongsi tanpa rasa bongkak dan takbur..malah ikhlas dan merendah diri dalam berkongsi apa jua ilmu dan pengalaman mereka...waahhh teruja sungguh hati ini apabila diberi peluang bersama mereka..dan diri ini pada waktu itu begitu kerdil sekali, tetapi terselit satu semangat yang diri ini akan berjaya seperti mereka dan lebih berjaya dari mereka..insyaAllah jika diizinkan Allah..

Oleh kerana diri ini begitu capekk sekali semalam setelah pulang dari program tersebut, dan akhirnya terlena di katil empuk ummul, tidak sempat untuk membuat perancangan 2011 bagi mencapai impian 2011.. Siang hari tadi jugak agak ke bz an juga...dan malam ini..ya malam ini, saat ini...ummul nak catatkan segala perancangan ummul supaya ummul tidak lalai atau terlupa akan impian tahun ni..yer laa impian kita bukan satu,tanggungjawab kita bukan satu..jadi ummul perlu buat guide dalam bentuk catatan agar diri ini sentiasa di landasan yang batul...pohon doa dari kalian juga yaa...syukran pada semua..sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama...Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang...saban waktu Allah sentiasa memakbulkan doa kita....walaupun kita seringkali melupakan Nya..melakukan kemurkaan kepada Nya..tapi Dia tetap bersama kita..ya Allah malu nya diri ini pada Mu ya Allah..meminta bermacam-macam..tapi diri ini belum sempurna untuk menjalankan tugas untuk Mu...apa pun sahabat-sahabat sekalian jangan sekali-kali kita berhenti berdoa pada Nya...terus laa berusaha dan tawakkal pada Nya... :)