Pengunjung Setia

Saturday, June 9, 2012

Matlamat !

Assalamualaikum, salam hebat !


Alhamdulillah terima kasih Allah, cantik sungguh aturan Mu untuk ku :) Ketepatan berkat hari jumaat ini baru berkesempatan berkongsi dan merombak kembali kehidupan ku. Di kala ini lah masa nya untuk diri ku mengamal dan menarik ilmu yang telah ku pelajari. Lahir lah vision board ini bagi membuktikan begitu hebat Nya Engkau Ya Allah dalam mengabulkan segala impian hamba Mu ini. Saat ini adalah proses untuk ku mencapainya :)

Alhamdulillah aku di lahirkan sebagai mahluk Allah yang bergelar manusia. Bukan tumbuhan dan bukan juga haiwan. Begitu istimewa nya aku dilahirkan yang mempunyai hati dan akal yang sempurna. Walaubagaimana pun adakalanya kita boleh mencontohi sifat mahluk lain dalam sesi pembelajaran kehidupan. POKOK ! Ya, pokok lah yang selalu aku tenung dan perhatikan. Indah sungguh analogi pokok yang kita juga boleh praktikkan :)

Wahai diri ku, belajar lah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. Pokok yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari benih yang kecil ia tumbuh menjadi pokok yang besar dan semakin kuat akhirnya. Sebelum menjadi sebatang pokok yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada mahluk lain. Setelah melalui semua itu lah daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pokok yang besar.

Vision board ini berlatar belakangkan pokok adalah kerana diri ku seperti batang pokok yang perlu sentiasa bersyukur, berusaha, dan tabah menghadapi apa jua ujian yang dialami. Adanya Allah yang penuh dengan sifat Asma ul Husna, pasti impian ku yang diibaratkan seperti buah-buah yang tumbuh dengan lebatnya akan dinikmati dengan penuh rasa syukur dan bahagia, dan bukan sahaja dapat dirasai oleh diri ku sendiri tetapi dapat dirasai oleh semua mahluk yang bergelar manusia :)



Saya dah buat, anda bila lagi?





No comments: