Pengunjung Setia

Monday, December 28, 2009

Ya Aku Boleh !!!

Assalamualaikum... salam motivasi :) :) :)

Hari ni, semalam, esok dan hari-hari cuti ku selama 2 minggu ni. Masa banyak diluangkan untuk menyiapkan kerja. Kerja..kerja jugak...Iman (SQ), Minda (IQ), Emosi (EQ), dan Jasmani (PQ) mesti kener luar biasa baik, luar biasa bagus, luar biasa mantop...

Oppsss... apa dia? kerja apa? Alamak lupa pulak nak bagi tau kerja apa... alaaa kerja bahagian IT jugak...Alhamdulillah... Santapan motivasi kita hari ni, kata kan YA atau TIDAK dalam hati kita. Pilih antara satu, tak boleh dua, tak boleh tiga, tak boleh empat dan seterusnya. Ingat pilih satu jer tau. Dalam setiap apa yang kita lakukan, kita kena cakap apa orang-orang kampung? orang-orang bandar? orang-orang dalam dan luar negara? kata kan YA !!

Ya saya boleh berjaya, ya saya boleh buat, ya saya kuat, ya saya luar biasa bagus, ya saya boleh  buat apa orang lain tak boleh buat...Macam biasa ni blog siapa? Blog ummul... jadi tak kira apa-apa cerita pun nak jugak kaitkan dengan ummul...ya betul !!!  Dalam bidang IT ni kita kena banyak belajar sendiri, kena banyak explore, baru ilmu kita mantop, pengalaman kita mantop, kerja kita mantop. Ummul nak kongsi bersama-sama anda semua...bagi ummul, walaupun ummul tak tau sesuatu tu, ummul tetap kata ya ummul boleh buat benda tu. So apa lagi, ummul start la engine, gerakkan seluruh tenaga, fizikal dan mental...pergi cari jalan, cari ilmu macam mana nak buat benda tu dengan berjaya. Sambil buat jangan lupa sentiasa senyum.   " ha? senyum? Kang orang kata aku giler senyum sorang-sorang.... Biarkan orang kata aku giler ker, tak siuman ker, asalkan bila aku buat kerja hati aku sentiasa happy walaupun agak tension dengan kerja yang tak jadi-jadi atau tak siap-siap... Usaha tetap di teruskan, sebab apa? Sebab aku fikir dan aku kata ya kerja ni mesti jadi mesti siap walaupun aku tak tau nak buat, walaupun aku tak tau cara yang mudah untuk siapkan kerja ni. Tapi yang pasti sebanyak mana halangan atau masalah aku pasti berjaya, kerja ni mesti jadi dengan baik. Kata jadi !! Kata Berjaya !! Pasti Jadi !! Pasti Berjaya !! "

Akhir sekali,  walau apa jua kita lakukan ingat Allah, Allah sentiasa berada di samping kita. Bila kita rasa tension jer, bengang jer, nak marah jer, berhenti seketika. Cari la cinta Nya pula, pergi lah berdating dengan Nya, kemudian baru lah sambung kembali kerja kita. Pasti segalanya di permudahkan. Kerja kita dapat di siapkan. Cinta kita pada Nya pun tak terluak malah makin bercambah cinta itu. InsyaAllah...

Friday, December 25, 2009

Tautan Hati

Assalamualaikum.... salam sayang... salam ketenangan :) :) :)

Alhamdulillah...dapat juga jari ku menari di keyboard ni untuk terus bercerita di sini...  dari kelmarin nk bercerita...tapi my dear pc dah agak nazak jugak laaa...sekarang my komputer di hantar ker icu...rindunyer...selamat laa ada baby laptop ni..terubat sedih sikit...heeee

Kelmarin...baru habis baca satu novel bertajuk Tautan Hati...Alhamdulillah..ummul ambik masa 2 hari untuk habiskan nya...dan dalam masa 2 hari ni juga laa...mul dapat merasakan satu cahaya yang bersinar yang selama ini ummul dambakan...sebelum terlupa, ucapan terima kasih kepada sahabat ummul yang sorang ni kerana memperkenalkan ummul dengan novel ni..


Ya Allah..sungguh indah kata-kata nya, sungguh indah ilmu nya sungguh indah agama ku. Novel ini lebih kepada cerita keagamaan dan novel ini membuat kan ummul bermuhasabah diri dan cuba mencari cinta Allah yang lebih mendalam lagi...Segala persoalan yg selama ini belum terjawab, ummul dapat jawapan dari novel ini..Alhamdulillah....kawan-kawan sudi-sudi la baca novel ni..Semoga anda semua merasai apa yang ummul rasa diketika ini...sesutu ketenangan dan ilmu sebagai sajian makanan iman yang amat menyelerakan..

Kata-kata  yang berada di dalam novel ini akan ummul abadikan di lubuk hati bersama doa yang sentiasa ummul panjatkan kepada Nya....Sinopsis yang berada di back cover novel ni...

Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapannya tetap yang dahulu.
Oh, sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada yang Satu.
Ku genggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya Allah, kuharap bantuan Mu mengiringi ku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas Rasul mu,
Akan ku terus semampuku,
Hingga ke hujung waktu.


Diri ku masih kehausan iman, masih kekurangan ilmu didada.. tetapi berikan la aku kekuatan dan bukakan lah pintu kebaikan seluasnya untuk aku terus berjalan dijalan yang lurus untuk mencari sajian iman, supaya hamba Mu ini tidak hilang seluak pun cinta kepada Mu.. ku ingin mencintai Mu selama-lama nya walaupun nafas ku telah ditarik oleh Mu.

Tuesday, December 22, 2009

SubhanAllah...

assalamualaikum.. salam rahmat untuk semua :) :) :)

Seketika ummul bermuhasabah diri.... Subhanallah..ummul tidak menyedari selama ini... tidak menyangka sepanjang penulisan di blog ini...mungkin terlalu byk kelemahan dan dosa yg ummul telah laku kan..Kalau diulang kembali bacaan isi didalam posting ummul..mungkin menunjukkan ummul riak, sombong atau berbangga dengan diri...Ya Allah ampuni laa aku sekiranya cara ku ini salah...aku sekadar ingin menguatkn dan memotivasi diri ku sendiri sambil berkongsi motivasi bersama pembaca... Ya Allah ampuni la aku dan seluruh insan yang membaca blog ku ini...Rahmati la kami.. Ummul harap sangat-sangat posting ummul seterusnyer lebih berhati-hati, menggunakan ayat yang betul dan yang penting berlandaskan agama dan lebih mendekatkan diri ku dan hamba Allah yg lain pada Mu ya Allah yang Maha Esa.

Wahai sahabatku sekalian.. sekira diri ku melakukan kesalahan atau menyakiti hati kalian..tegur laa diri ummul yg lemah ini..ummul pohon nasihati dan ingat-ngatkan lah ummul sekiranyer ummul tidak sedar melakukan kesilapan.

Sunday, December 20, 2009

Ketenangan Hati

Assalamualaikum.... salam kembali..salam sayang..salam ceria..salam penuh kebaikan...insyaAllah :) :) :)


Alhamdulillah akhirnya dapat jugak ummul dating bersama blog kembali setelah sebulan ummul meninggalkan blog... apa khabar semua? luar biasa baik ka?


Boleh dikatakan banyak mutiara yang ummul jumpa sepanjang ummul lalui jalan yang penuh duri. Sem 2 telah berlalu pergi... datang pula sem baru tidak lama lagi dengan azam yang baru. Buat sekian kali nya sepanjang ummul menuntut di kolej, sem kali ni penuh cabaran dan dugaan... Alhamdulillah bila ummul nak jatuh jer..mul cepat-cepat bangun kembali....

Sesuatu yg ummul dapat simpulkan.. Alhamdulillah ummul makin kuat..bukan sebab minum super power tau... tapi mungkin kekuatan tu datang hasil pengalaman dan dugaan yg mendatanng tanpa henti... Alhamdulillah sebenarnyer dugaan itu sangat menarik untuk ditempuh walaupun terpaksa menelan kepahitan itu... apabila kita menelan kepahitan sambil tersenyum, kita rasakan pahit itu sangat laa manis untuk dirasa...

Apa yang pasti.... harapan ummul, ummul ingin mencuba situasi baru, keadaan baru, tanggungjawab yang baru untuk lebih kuat, lebih matang, lebih ceria, lebih penuh ilmu di poket, dan yang paling penting sentiasa dating bersama Pencipta yang Maha Kuasa iaitu fisrt love ummul...


Hadapi laa setiapa saat yang berdetik, dengan senyuman dan hati yang terbuka walaupun guruh yang berdentum, dugaan datang  melimpah-limpah, masalah yang mencurah-curah dan sebagainya. Percaya First Love kita sentiasa berada disamping kita ketika susah dan senang kerana Dia lebih mengetahui segala kebaikan untuk kita kerana Dia tidak mahu melihat kita derita. Seperti mana yang kita sedia tau 10 kali kita sayang Dia 1000 kali Dia sayang balik pada kita. Beruntung nya kita kan?

So akhir sekali, apa mau susah hati ya akhi ya ukhti, ya pakcik makcik, ya adik-adik, ya seluruh makhluk di alam ini.. Penat x klu kita susah hati? sakit x? pedih x? mesti laa kan... jadi tidak perlu bazirkan segala perasaan dan air mata untuk masalah dan dugaan yang datang. Hidup terlalu singkat untuk dinikmati.. gunakan sebaik-baiknya dan buka laaa pintu luas-luas supaya kebaikan sentiasa bertandang ke hati kita. InsyaAllah

Saturday, November 28, 2009

rindu nak celoteh di sini

assalamualaikum... salam rindu bangat nihhhhhh :) :):)

Subhanallah....dah sebulan ummul x update blog ni.....entah mcm mana ummul blh terlupa...and bila teringat x sempat nak sentuh blog ni....

Sejak-sejak ni ummul critical bz.....sehinggakan telan air liur jer laa nak update blog...malam ni x tau nak citer apa, tapi tangan dah gatal nak menaip ayat-ayat dalam blog ni....

Sebelum ni ummul banyak cerita pasal business dan motivasi. Sekarang ummul rasa nak citer pasal diri ummul sepanjang ummul "ter"cuti berceloteh di sini.Huhuhu.... Sebenarnyer ummul bz dengan study, banyak assignment yang perlu disiapkan and kener study hard cikit, coz mul rasa sem kali ni banyak cabaran yang mendatang. So ummul try berusaha dah try sebaik mungkin supaya result utk sem ni meningkat lagi.

Cerita pasal study, semakin hari ummul lalui detik-detik kehidupan, ummul mula mengatur langkah dan terus melangkah. Ummul dah x kisah apa yang berlaku dihadapan ummul, yang penting bagi ummul, ummul tetap berusaha, bertawakkal dan percaya Allah sentiasa disamping kita. Allah x akan menduga kita sekiranya kita tidak mampu menanggung kerana ummul yakin Allah akan beri yang terbaik untuk hambaNya. Semakin banyak kita diduga semakin sayang  Allah pada kita. Itulah yang ummul rasakan supaya ummul tetap berjuang sebagai hambaNya dan tetap kuat mengharungi liku-liku kehidupan.

Bagi meraka yang berada dihadapan ummul saban hari, ummul dapat rasakan yang kawan-kawan mungkin anggap ummul macam buat x tau atau x rasa apa-apa pun atas apa yang dah berlaku.Ummul x pasti kawan-kawan anggap ummul sedih atau anggap ummul x rasa sedih. ummul bukan terkilan sebab kawan-kawan x perasan tapi ummul nak bagi tau yang ummul dah x ada perasaan sedih, bukan sebab ummul buat x tau aper yang dah berlaku, tapi ummul terima seadanya dan tekad terus lakukan yang terbaik. Tidak perlu menangisi benda yang berlaku, yang penting ummul tetap terus berusaha dan bertawakkal. Jangan anggap ummul buat dont know jer yer kawan-kawan... dan jangan anggap ummul x sedih tu ummul x rasa aper-aper. yang penting coooollllll.........dan senyummmm :)

Doa yang ummul pohonkan, ummul tetap terus berjaya dan capai apa yang ummul inginkan. Berikan ummul ruang untuk tumpukan study dulu, insyaAllah habis sem ni....ummul dapat bersantai dengan blog dan siapkan kerja-kerja extra yang lain. Faham-faham jer laaa ummul bukan dapat cuti lama...paling lama cuti sem pun seminggu..hee...8 dec ni dah start final....so after final tunggu cerita mul seterusnya yer....jumpa lagi....harap-harap anda semua x boring dengar celoteh mul ni....



"Sesiapa yang bertaqwa kepada Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS.65 (At-Talaq) 2-3)

Thursday, October 29, 2009

renungan sesiapa yg terjatuh

Assalamualaikum....salam rindu :) :) :)

Motivasi kita untuk kali ini

"Baca lah hati, kita renungilah hati kita, dengar lah isi hati kita, selamilah hati kita"

Biarlah hati kita terjatuh pada orang yang terbaik untuk kita supaya kita lebih mencintai Allah 100 kali ganda dari orang tersebut. Sekiranya kedua-dua hati saling berpaut biarlah kedua-dua hati tersebut saling berpaut teguh pada cintaNya.





Sunday, October 25, 2009

realiti zaman kini (2)

Assalamualaikum.....salam kasih dan sayang :) :) :)


Masa berlalu dengan pantas....oppsss masa berlalu dgn pantas ker....ummul yang lambat mengejar masa ni? Maaf yer org kampung orang bandar sekalian..lambat pulak nak sambung topik ni.. Meh kita sambung yer...ni Cik Ummul nak habaq....


Beginilah realiti zaman sekarang.... Sometimes aper yg kita x terfikir langsung pun boleh berlaku... yg putih, yg hitam, yang baik, yang buruk... bak kata org muda2 sekarang ni..macam-macam ada... huhuu dulu bukan x ada tapi sekarang makin advance gitu...


Bagi aku semua pihak kener mainkan peranan dengan sebaiknya....terutama sekali golongan ibu bapa.... Sebagai ibu bapa kener pandai dan kreatif mendidik anak-anak. Zaman sekarang bukan macam dulu....dulu marah sikit, kener rotan sekali dah takut macam kener makan dengan harimau pulak... sekarang ni 10 kali kener marah 10 kali kener rotan...aper jadi anak makin menjadi-jadi pe'il nyer tu.. x semua laa macam tu..ada yg baikkan... Bagi ummul... nak mendidik anak kener pandai bermain dengan psikology....sebab anak-anak zaman sekarang dah x main pukul-pukul ni..x pasal-pasal dorang pulak pukul mak ayah.... tu mungkin dari golongan ibu bapa...macam mana pulak dengan pihak lain? opps kalau nak citer semua...panjang lebar laa citer ummul ni yer..cuba anda semua fikirkan lagi (bukan apa kalau sekadar membebel jer x guna jugak..bagi can anda semua berfikir).

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang citer pasal topik ni....meh ummul story satu cerita...Alkisah.....


Sepasang suami isteri ni...mereka berkahwin bukan kerana sayang..tetapi terpaksa berkahwin atas sebab-sebab tertentu....Si suami ni seorang yang boleh dikatakan agak zalim jugak la...suka melakukan maksiat, suka minum arak dan seumpamanya. Tertarik nyer ummul disini... si isteri ni..tersangat lah baik dan tersangat lah penyabar...walaupun di maki hamun di sepak terajang sampai tahap nyawa-nyawa ikan si isteri ni di dera oleh si suami....si isteri tetap kuat mengharungi dugaan.... Selamatlah Allah panjangkan umur si isteri ni.

Nak diceritakan di sini, bagaimana si isteri membimbing si suami ke jalan yang lurus. Cuba anda bayangkan si isteri tak boleh langsung bercakap, tak boleh langsung nak buat apa-apa kecuali suami nyer suruh buat itu buat ini. Kalau si isteri tak buat habis lah anggota badan si isteri jadi mangsa kekejaman si suami. Walaupun keadaan si isteri sebegitu, dia tetap mengharap suami nya akan berubah. Apakah si isteri lakukan ?

Setiap kali solat, si isteri akan sentiasa bentangkan sejadah di depannya. Seolah-olah si suami ingin solat bersama-sama walaupun dia tau si suami tidak akan sentuh sejadah tu. Setiap malam semasa suaminya rehat dan ingin tidur si isteri akan cuba membaca Al Quran tanpa henti walaupun semasa dia membaca dia di tengking di sepak dan sebagainya oleh suaminya. Si isteri akan letakkan buku-buku agama yang telah tersusun di tempat suaminya selalu berehat. Si isteri akan menampalkan kertas yang mengandungi kata-kata nasihat dan motivasi di tempat-tempat si suami sering lihat seperti peti ais, pintu bilik,dinding dan sebagainya. Macam-macam cara si isteri cuba menegur si suami dengan cara perbuatan. Tidak pernah sekali pun si isteri menegur dengan cara ungkapan kerana dia tau dia akan diseksa apabila dia cuba membuka mulut. Pelbagai cara dilakukan oleh isteri sambil berdoa kepada Allah yang Maha Kuasa.

Pada awalnya si suami tetap marah dengan apa yang telah di lakukan si isteri tetapi si isteri tetap tabah, tetap terus berusaha dan tetap menahan kesakitan. Akhirnya dengan kuasa Allah si suami berubah apabila dia mula sedar yang selama ini dia mempunyai isteri seperti permata. Si suami sedar setelah bertahun-tahun si isteri tetap patuh walaupun saban hari diseksa tanpa henti. Akhirnya mereka hidup bahagia dan si suami cuba untuk mendalami agama islam di bantu oleh si isteri.


Semoga anda semua dapat pengajaran dari cerita ini dan dapat idea macam mana nak membantu umat islam yang telah hanyut jauh.

Tuesday, October 13, 2009

Kem Perkasa I

Assalamualaikum...... senyum cikit...cak !! :) :) :)

Sebelum ini saya ada katakan ingin menyambung post yang lalu...tetapi harap maaf  kita beri laluan kepada iklan dulu yer....Bukan tv jer ada iklan tau..sini pun ada iklan..hehe.. Tunggu cerita seterusnya yer...


 



Download Iklan



Download Borang


Cuti sekolah datang lagi... Apa nak buat? Ke mana nak pergi?
Jom sertai Kem Perkasa I


Perkasakan iman, intelek dan imej anak-anak kita.
Rasai kelainannya... Bersama trainer dan fasilitator berpengalaman. Merealisasikan impian anda melahirkan generasi Soleh dan Solehah.


Maklumat Kem Perkasa


Sek. Rendah

Tarikh : 23 - 25 Nov 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam

Tarikh : 6 - 8 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang

Sek. Menengah

Tarikh : 1 - 3 Dec 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam

Tarikh : 11 - 13 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang

Peta Lokasi



Nur Laman Bestari Ulu Yam



Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang



Apa yang patut anda lakukan?


1)  Sila download borang dan isikan borang tersebut.
2)  Sekiranya anda tidak tahu di mana lokasi kem ini sila download peta lokasi.
3)  Sila confirmkan penyertan anda dengan menghantar sms di 019 6230019 (Alang-Naemi) atau   0193383907 (En.Ghazali).
4)  Anda boleh bank in yuran pendaftaran di akaun kami atau anda boleh terus membayar yuran pada hari kem tersebut.
5)  Sila bawa borang dan resit pembayaran pada hari kem tersebut.

Wednesday, October 7, 2009

Realiti Zaman Kini

Assalamualaikum.....salam sejahtera......
salam motivasi :) :) :)

Subhanallah.... 23 hari aku biarkan blog ni tanpa diedit.. rindu rasanya. Almaklumlaa disebabkan raya dan yang paling best sekali lepas raya jer exam pun menjelma. Wah memang kerja ku menyebuk dan tersebuk memanjang dengak program raya dan exam. Bukan lah exited sangat nak beraya sebenarnya tapi start tahun ni selepas semua abg dan akak ku dah berkahwin beberapa tanggunggjawab yang sebelum ini dilaksanakan oleh abang dan akak perlu aku pikul untuk ibu dan ayah yang tersayang. Alhamdulillah memang seronok apabila kita dapat mencurahkan sedikit bakti atau pertolongan kepada ibu bapa kita. Bagi aku, aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar perintah Allah dan hukum agama supaya senyuman sentiasa terukir dan kegembiraan sentiasa bertandang di hati ibu ayah ku.

Lama rasa nya aku ingin menaip tentang kejadian yang berlaku sepanjang ketiadaan aku di blog ini. Mehh aku story cikit....Seminggu selepas beraya di KL, aku bersama family pergi menziarahi nenek dan atuk di Singapura dab beberapa hari yang lepas aku dan beberapa kawan ku lunch bersama-sama. 2 waktu tersebut membuatkan hati ku betul-betul terkilan apabila melihat karenah,sikap dan pemikiran mereka. Tidak kira tua atau muda mereka masing-masing dengan pe'il nya tersendiri dengan tidak menjaga adab, mengeluarkan kata-kata yang boleh dikatakan kurang ajar,tidak menghormati orang tua, dengan cara pemakaian, dengan cara hidup yang jauh terpesong dari ajaran agama islam. Manakala seorang kawan ku pula dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam tetapi sayang sekali secara terang-terangan dia mengatakan kepada ku tidak mempercayai apa yg di ajar dalam agama islam. Subhanallah beruntungnya mereka dilahirkan sebagai umat islam tetapi kenapa mereka tidak menghayati dan menikmati segala ajaran islam dan anugerah Allah?

Beginikah realiti zaman sekarang?
Apakah kita sebagai umat islam telah mengambil langkah dan inisiative untuk membantu golongan-golongan sebegini dan memperjuangkan islam?
Apakah faktor keadaan sebagini berlaku?


Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, mari kita sama2 menghayati dan fikirkan persoalan tersebut....Salam Muhasabah Diri...

(maaf saya akan sambung post akan datang supaya kita dapat sama-sama bermusahabah diri)

Monday, September 14, 2009

Muhasabah Diri





Assalamualaikum.... salam ketenangan.. :) :) :)

Hati berbunga riang selepas berbuka puasa di kolej bersama pelajar islam yang lain. Bukan kerana hidangan yang enak menjadikan hati ini penuh kegembiraan. Tetapi suasana islamic dan dapat berkumpul dengan pelajar islam yang lain, sangat menenangkan jiwa. Terasa aura islamic tersebut dan yang pasti terasa ketenangan dan kesejukan hati ini. Bukan tidak pernah mengikuti majlis sebegini tetapi aku bersyukur kerana walaupun aku rasa kan aura islamic makin pudar dikolej aku namun baru kini ku yakin islam tetap teguh di hati pelajar. Alhamdulillah....


Terfikir sejenak sambil muhasabah diri ku yang lemah ini, ku rasakan begiti lemahnya iman ku hari-hari yang lepas dan hari ini. Sehingga ke saat ini ku rasakan begitu banyak dosa yang ku lakukan, terlalu leka dengan keadaan sekeliling. Ya Allah bantu lah hamba Mu ini dan kuatkanlah iman ku supaya aku terus menyujudkan diri ku pada Mu. Bagi aku diri dan hati kita yang mengawal keadaan. Apabila kita ingin lakukan yang terbaik maka kita pasti boleh melakukan yang terbaik. Apabila kita mengatakan kita luar biasa bagus maka insyaAllah kia akan luar biasa bagus. Apabila kita ingin bertaubat maka insyaAllah kita boleh bertaubat. Asalkan dengan hati yang bulat dan ikhlas melakukannya. Bukan sekadar kata-kata kosong. Seperti mana yang kita tau kata-kata itu satu doa. Ku harapkan Ramadhan kali ini memberikan sinar dan kehidupan baru bagi ku untuk terus memperbaiki diri ini menjadi lebih baik.

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah S.A.W sabdanya : Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadamkan yang jahat. Dan berperangailah dengan manusia dengan perangai yang bagus.


Walaupun di kolej aku tidak ramai pelajar islam dan aura islamic tidak begitu terasa, ku harapkan diri ini dan hati ini tetap teguh memperjuangkan islam dan sentiasa dapat melaksanakan kewajipan ku sebagai umat Islam... bantu lah hamba Mu ini ya Allah......



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati."
Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Umar r.a

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Tuesday, September 8, 2009

Mengajar Al-Quran

assalamualaikum... salam mesra :) :) :)

Tidak guna rasa nya jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya, tidak guna rasa nya jika kita mempunyai ilmu tidak dapat berkongsi dengan orang lain. Oleh itu, walaupun saya sedar, diri ini bukan lah sehebat mana dan sepandai mana, tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan mendidik anak bangsa terutama dalam bidang keagamaan. Teringat kembali sewaktu kecil, kecik-kecik lagi dah kener mengaji, dulu mengaji dengan ayah lah, tak pun dengan kakak.Kakak pun ustazah jugak, full time mengajar. Ayah memang pandai mengaji siap berlagu lagi. Lepas maghrib pandai-pandai lah ambil Al-Quran, mesti kener mengaji, kalau tak mengaji siap lah kener cubit dengat ayah. heheee.. Dulu bukan saya seorang jer mengaji tapi dengan kawan-kawan lain, jiran-jiran yang lain. Kiranya dulu rumah saya ni tempat kelas mengaji lah... Seronok pulak kenangkan masa dulu...

Dari dulu lagi kakak dah latih kami, mengajar kawan-kawan lain sebelum tunggu giliran untuk mengaji dengan akak. Nak mengajar orang bukan senang. Kener laa faham kan diri sendiri dulu barulah boleh ajar kawan-kawan. Dari situ sehingga la hari ini dah bosar panjang, Alhamdulillah saya telah melangkah kaki dalam bidang mengajar Al-Quran. Adalah beberapa student, boleh tahan ramainya jugak lah lagi-lagi kalau mengajar disurau lebih kurang 50 orang dalam satu surau tu tak termasuk saya mengajar persendirian dirumah-rumah. Kebanyakkannya saya mengajar persendirian dirumah student.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari tenaga pengajar Al-Quran untuk mengajar anak anda, insyaAllah saya boleh menghulurkan tenaga dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak anda.
Anda boleh contact saya di nombor 0136404262 (Ummul) untuk sebarang pertanyaan dan memerlukan perkhidmatan tenaga pengajar dari saya.


Rasulullah SAW telah bersabda : "Orang yang terbaik antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"





Sunday, September 6, 2009

DEE CHILLI

assalamualaikum.... ceria2 selalu :) :) :)

Last post saya bercerita tentang zra art work, syarikat abang saya. Hari ini salah seorang abang saya pula bernama Mustain telah membuka kedai sendiri. DEE CHILLI nama diberi. Dee Chilli merupakan kedai pengantin. Hmm macam biasa la saya sebagai adik sekadar membantu mana yang patut, yer laaa sementara masih study ni belum bekerja lagi boleh laa tolong business abang2 dan keluarga. Kedai Dee Chilli terletak di Rawang dan Selayang... sudi2 laa jenguk-jenguk kedai jika ingin membuat tempahan.

Bagi sesiapa yg ingin membuat tempahan pakej perkahwinan atau apa-apa sahaja majlis ( Event) kami sedia membantu dan menyalurkan perkhidmatan kami.. Kami Berusaha untuk memenuhi citarasa anda... Harga berpatutan dan boleh dirunding.. jangan malu jangan segan..hubungi laa kami di 014 6442299 (Mus)

Antara Perkhidmatan Yang Ditawarkan:

- Pelamin

- Canopy

- Catering for all event

- Wedding Dress

- Make-up

- Photographer

- Video Grapher

- Sound System

- Flower Arrangement


- Gifts



( ingin melihat gambar pelamin dan sebagainya yang pernah dihasilkan untuk pelanggan kami sila lawati myspace.com/mujahidah_ummul dan http://profiles.friendster.com/22676684 )








Wednesday, September 2, 2009

ZRA ART WORK

assalamualaiku semua.... happy2 selalu :):):)

Zra Art Work merupakan syarikat abang ku Zainurrahman Afandi. Aku berbangga kerana abang ku sendiri membuka syarikat atau business alaa islamic gitu..lagi2 dibidang seni khat. Bukan ramai org boleh menulis khat. Aku sendiri sekadar boleh menulis jawi, nak tulis secantik abang aku..jauh sekali la tapi masih mempunyai keinginan untuk mempertingkatkan ilmu seni khat. Menarik tau...

Antara jawatan dan khidmat yang disandang ialah :
  • Pengarah Zra Art Work
  • Penulis Seni Khat sepenuh masa sejak 1997
  • 1997-2000 - Penulis seni khat di Yayasan Restu
  • Salah seorang penulis Al-Quran Mushaf Malaysia
  • Salah seorang penulis Al-Quran Mushaf Mahathir edisi koleksi peribadi
  • Tenaga pengajar kursus seni khat Balai Seni Lukis Negara Muzium Kesenian Islam dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan
  • Bekas pensyarah sambilan Seni Khat Darul Quran JAKIM
  • Turut serta dalam demonstrasi dan pameran seni khat di beberapa buah negeri di Malaysia dan Singapura

Banyak lagi..fuhh penat nak taip semua. Tu jer la yang aku boleh taip sekarang. hee

Sesiapa yang berminat nak menempah atau membeli hasil karya abang ku, sila-sila la contact kami. InsyaAllah kami akan menawarkan perkhidmatan yang memuaskan hati. Jadikan lah rumah kita, ofis kita, masjid kita dan dimana jua kita berada diceriakan dan dihiaskan dengan calligraphy dan design bertemakan islamic. Sepertimana yang kita impikan rumah ku syurga ku, sekolah ku syurga ku. So mari lah kita sama-sama menghidupkan suasa islamic walau dimana kita berada.

Islamic calligraphy and design provider :
  • interior and exterior deco'
  • advertising (BTL items / papan tanda dan media cetak)
  • souvenier and premium gift
  • graphic design and printing
  • logo and branding
  • renovation works
  • caligraphy courses, roadshow & demo
Anda boleh menghubungi kami di:
012 6295283(Zainurrahman)

website: www.zraartwork.com.my

RUMAH KEDIAMAN ABANG KU


HASIL KARYA

Banyak lagi gambar.Anda boleh lihat hasil karya di www.zraartwork.com.my http://profiles.friendster.com/22676684 dan myspace.com/mujahidah_ummul

Monday, August 31, 2009

Akhirnya... terhasil laa blog aku :)

assalamualaikum semua... senyum2 selalu... :) :) :)

AKHIRNYA.... setelah sekian lama...hari demi hari..bulan demi bulan..kurun demi kurun... nak buat blog....teringin jer laa... seru nk buat tu..x sampai2 lg....akhirnya buat jugak blog aku ni...

Bermula laa coretan kisah ku cerita ku merepek ku disini...hehee seperti mana title blog aku MY SELF MY MOTIVATION MY BUSINESS... disini aku akan try tulis... oppsss tulis plk..taip laa.. pasal diri aku dan sama waktu dengan nya.. n yang penting aku nk selitkan motivasi... hee maner boleh tinggalkn motivasi..bagi aku motivasi makanan aku seharian dan setiap waktu....maner boleh mkn nasi jer..kener suntik motivasi jugak... tanpa motivasi x nikmat laa hidup ni... dan yang paling aku minat giler...tp x sampai gilerr lg laa... dari kecik... dr pandai baca abc jer sampai dah bosar ni...aku tersangat2 laa minat business... satu hari nnti yg pasti aku akan usaha sungguh2 supaya aku menjadi seorang businesswomen yg BERJAYA.. insyaAllah.. doakn yer kawan2...


harap2 aku masih diberi kesempatan untuk terus blogging....
Ya Allah ku pohon pada Mu..bantu lah hamba Mu ini... Engkau jadikan blog ni sebagai satu cara untuk aku berkongsi ilmu sesama manusia dan sentiasa membawa aku dan seluruh umat di dunia ini ke jalan yang diredhai dan kearah kebaikan.....amin...