Pengunjung Setia

Monday, August 27, 2012

Bantuan Sahabat

Assalamualaikum, Salam Kasih :)

"Ummul ! tak payah lah tolong dia lagi.. dia dah banyak menyusahkan kau"

"Bukan itu persoalannya kak, persoalannya aku perlu bantu kawan aku yang sedang memerlukan"

Ini kisahnya..

Sahabat ummul iaitu B sedang memerlukan duit time tu untuk perniagaan, Ummul tiada wang ketika itu. Ummul berusaha menanyakan pada sahabat A untuk membantu. Akhirnya A sanggup membantu. Indahnya ukhuwah ummul dan A adalah dia selalu membantu ummul dalam apa jua keadaan. Walaupun kami hanya sahabat sekelas dahulu, tapi dia lah yang selalu muncul time ummul di uji.

Pelbagai janji diberikan oleh B untuk membayar balik, dan telah banyak kali A memberi peluang. Akhirnya sehingga kini, si B melepaskan tanggungjawabnya, menghilangkan diri dan tidak mahu berhubung dengan kami. Menunjukkan si B melarikan diri daripada tanggunggjawab dan masalahnya. Masalah perlu dihadapi bukan melarikan diri daripada masalah wahai si B. Bukan seorang ini yang dilakukan oleh si B, ada beberapa orang lagi, dan semuanya ummul juga yang kener hadapi. Redha....

Sekarang si A beri masa sampai 14 syawal, maknanya lagi 4 hari sahaja lagi. Si A betul-betul memerlukan duit sekarang. Ya Allah, jika ummul ada duit pasti ummul bayarkan. Situasinya sekarang ummul dah tak ada apa-apa. Duit dalam bank, aset ummul sendiri telah habis ummul gunakan untuk bantu si B dahulu. Ummul berkorban apa adanya untuk memperbetulkan keadaan. Balasan dan hadiah yang diberikan oleh B adalah permusuhan dalam silatuurahim. Melepaskan tangan tanpa ada perasaan walaupun Allah kurniakan hati pada dia.. Ummul tak kisah apa yang dia buat pada ummul, tapi ummul kisah bila dia buat perkara tidak baik pada orang lain mahupun pada keluarganya sendiri.. Ummul redha...

Sekarang ummul perlu bantu si A untuk mendapatkan duit daripada si B, dan sudah pasti si B akan melarikan diri dan buat tak tahu bahawa dia ada hutang. Ummul sanggup bayarkan, untuk membantu si A. Ummul sedang usaha untuk dapatkan jumlah yang perlu dibayar itu. Sehingga kini ummul tak nampak jalan untuk mendapatkan jumlah wang itu. Sesungguhnya ummul dah tidak mahu susahkan mak dan keluarga.. dah banyak mereka bantu ummul untuk berkorban membantu si B dulu.. Cukup lah...

Ya Allah, yang Maha Kaya dan Maha Memberi, bantulah aku, berikan penunjuk pada ku untuk mendapat RM 15 000 dalam masa 4 hari ini. Buka kan lah pintu rezeki untuk ku. Aminn...

Ummul cerita ini bukan untuk mengaibkan orang, ummul yakin dengan doa-doa kalian. Doa-doa kalian yang soleh ini pasti di kabulkan. Doakan ummul ya.. terima kasih kalian semua :)

Pengajarannya di sini, kita dilahirkan di dunia ini untuk mengabdikan diri sebagai hamba pada Allah s.w.t, bukan mengabdikan diri pada wang. Wang itu ciptaan manusia sahaja. Wang bukan segala-galanya, dan kebanyakan perkara memerlukan wang. Ramai orang sanggup lakukan apa sahaja kerana wang, Ingat yang utama dan yang meminjamkan wang itu Allah s.w.t, maka abdikan diri pada Allah, lakukan suruhan Nya dan tinggalkan larangan Nya..

Saturday, August 18, 2012

Ramadhan dan Aidilfitri

Assalamualaikum Salam Aidilfitri :)

Malam ini adalah malam terakhir ummul dan kalian semua berada dalam bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Pilu sungguh hati ini mengenangkan berakhirnya Ramadhan. Tidak ummul tahu adakah ini Ramadhan terakhir untuk ummul? Sebulan Allah beri masa untuk ummul didik iman, tambah ilmu, tambah amal. Masa yang diberi agak panjang dan amat sedikit amal ibadah yang ummul lakukan. Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunkan dosa ku ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba Mu yang paling lemah dan amat sedikit bersyukur.

Ya Allah, adakah ini yang terakhir kali nya aku di muka bumi ini? Adakah hari kematian ku hampir tiba? ya Allah yang Maha Mengetahui, hanya tinggal sehari sahaja untuk ku melewati detik-detik Ramadhan yang bakal pergi, berikan lah aku peluang dan kekuatan untuk beramal ibadah kepada Mu dan ibadah ini adalah ibadah yang terbaik dan Engkau terima untuk aku bawa menghadap Mu. Jauh kan aku dan semua hamba Mu daripada siksaan Mu, berikan peluang untuk kami bertaubat sesungguhnya sebelum kami bertemu dengan Mu dan menerima saat-saat kematian.

Ya Allah sesuatu yang bernilai dalam Ramadhan kali ini adalah merasai nikmat syukur dan redha Mu. Sukar bagi hamba Mu untuk menerima dengan hati riang, tenang dan bersangka baik apabila di uji dengan keburukan orang lain yang dilakukan pada kita. Bukan senang untuk membayangkan kebaikan orang yang melakukan keburukan pada kita. Nikmatnya adalah semakin ramai yang melakukan keburukan pada ummul, semakin ramai orang meninggalkan ummul, semakin banyak kelebihan dan kebaikan mereka yang ummul bayangkan, dan semakin ramai insan-insan hebat dan soleh mendekati diri ummul. Indah islam, manis ukhuwah, cantik hidup ini, Agung Allah Pencipta segala makhluk.

Kita sering mengatakan puasa ini untuk merasa kemiskinan dan kesusahan orang lain. Hakikatnya, di bulan Ramadhan lah, banyak menu makanan yang dihidangkan. Selalu bertandang ke bazar ramadhan hanya semata-mata untuk memborong pelbagai juadah makanan. Nikmatnya Ramdhan kali ini adalah ummul didik hati ini, paksa diri ini supaya berjimat cermat dan kurangkan pembaziran. Mensyukuri dan membayangkan betapa banyak nikmat yang diperolehi walaupun sedang  di uji hanya satu ujian rezeki. Pertama kalinya selama 22 tahun hidup tidak shopping hanya sekali pun. Tiada apa yang perlu dibeli, baju raya pun tidak beli, dan semua barang yang biasa setiap tahun beli pun tidak ummul beli. Ayat ini bukan untuk mendapat simpati atau melihat ummul ini susah, tetapi dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan ummul merasa semua itu tidak penting. Pentingnya adalah membuat persiapan dan melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab semasa Ramadhan supaya berakhirnya Ramadhan nanti ummul dapat jadikan ilmu dan ibadah itu untuk mendidik iman supaya meningkat dari hari ke sehari bagaikan graf meningkat tanpa turun. Ummul tercari-cari dan tertanya-tanya persiapan apa lagi yang ummul perlu buat, ibadah apa lagi yang perlu ummul buat supaya Allah menerima ummul sebagai hamba Nya ketika saat-saat perjumpaan bagi menghisab amalan ummul nanti. Sebenarnya ummul amat takut, takut kerana banyak ilmu yang belum diamalkan, banyak amalan ibadah yang belum dilaksanakan. Ummul takut ummul tak sempat melakukan semua itu.

Aidilfiri merupakan hari kemenangan untuk semua umat islam, dan sesungguhnya ummul tidak layak untuk meraikannya. Ummul belum sempurna dalam melakukan ibadah kepadaNya. Disebabkan itu lah ummul tidak melakukan persiapan dan meraikan dengan gembiranya aidilfitri tahun ini. Satu ummul yakin, Allah itu Maha Pengampun Pengasih lagi Penerima taubat, sesungguhnya Allah pasti menerima taubat dan amal hambaNya walaupun sedikit. Tolong kalian semua mendoakan ummul menjadi hamba Nya yang bertaqwa, anak yang solehah dan berjasa kepada ibu bapa dan khalifah yang kaya hati dan hartanya supaya dapat berbakti di jalan lurus Nya.

Terima kasih atas pemberian ikhlas daripada kalian semua, Kemunculan kalian amat ummul hargai. Halalkan segalanya dan mohon ampun dan maaf atas segala khilaf yang ummul telah lakukan. Tiada yang lebih indah melainkan nikmat dapat mempertuhankan Allah S.W.T, lahir sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dan berukhuwah bersama insan yang beragama islam.  Akhir sekali, jika ummul tiada lagi di muka bumi ini, tiada apa yang ummul harapkan hanya doa kalian sahaja dan sering-sering lah baca Al-Fatihah untuk ummul. Post ini di akhiri dengan ucapan alhamdulillah, subhanallah, Allahuakhbar. dan Al Fatihah.


Wednesday, August 15, 2012

Syukur itu Relax !

Assalamualaikum, salam relax :)

Duduk sahaja di "seat" kereta, ummul terus bertanya kepada sahabat seorang ni. " Fuza, kenapa fuza terdiam terkaku macam tadi? Kenapa tak tegur si pulan?" Jawapan yang diterima, " Fuza terkedu kak, fuza tak sangka si pulan layan akak macam tu, dengan riak muka macam tu. " Di balas dengan ketawa dari ummul sambil berkata " Akak lagi terkedu bila fuza terdiam macam tu. Akak bayangkan fuza dengan mesra nya menegur si pulan."

Kembali ke rumah, " mak, ummul jumpa si pulan, saja ziarah dia" Terus disambut persoalan ini " Apa riaksi si pulan tu, dia layan ummul macam mana? " Ummul pun cerita apa yang terjadi tadi dan mak berkata " Kalau mak, dah buat baik dengan dia macam-macam, dah contact banyak kali, dah usaha macam-macam, tapi dia macam tu jugak, mak tak kan jumpa dia lagi" Senyuman di sambut oleh ummul " heehhhh selagi kita boleh buat baik dengan orang, kita buatlah, pilihan dia untuk bermusuh, biarkan ajaa.. asalkan kita buat kerja kita"

Apa yang telah berlaku sebenarnya ni? Tak faham laa wahai cik ummul. Oeppss cik ummul saja jer tu start dari tengah :) Hari ni ummul jumpa seseorang, ummul saja datang ziarah. Tak tahu laa nak kata dia buat jahat  dengan ummul tidak jugak, nak kata dia guriskan hati ummul tak jugak. Apa yang boleh di simpulkan adalah apa yang ummul korbankan selama bertahun-tahun ini berakhir dengan perkara yang kurang menyenangkan dan layanan yang kurang menyenangkan. Kemudian ummul datang dalam keadaan ceria dan mesra dan disambut dengan wajah yang hambar. Relax ! I'm OK. Be Happy !

Seorang demi seorang melakukan ummul sebegini. Pergi silih berganti. Tidak kurang juga ramai insan baru yang hadir dalam hidup ummul, ramai yang hebat-hebat membantu dan berkongsi dengan ummul mengenai hebatnya Allah Yang Maha Hebat. Indah sungguh aturan Allah, satu yang pergi seratus yang datang. Pemurah sungguh Allah ini.

Alhamdulillah pelajaran yang bermakna bagi ummul adalah " be relax ! ". Perasaan yang ummul rasa ketika ini adalah puas hati dan tenang dan berbunga-bunga kembang mekar. Sifuu kak Sofiyah berkata setelah diajukan persoalan, apa makna syukur bagi akak? Syukur itu relax ! Ya betul lah, apabila ummul relax dan buat "pandai" je bila di layan sebegitu, ummul rasa happy, tidak tersentuh apatah lagi terguris. Ummul rasa tenang apabila berusaha untuk buat lebih banyak kebaikan apabila di layan sebegitu.

Paling menarik lagi, hari demi hari selepas ujian itu berlaku, ramai sungguh muncul memberi bantuan. Terserlah sifat baik dan hebat setiap seorang. Masing-masing menunjukkan sifat Asmaul Husna Allah itu. Indahnya :) Melihat mereka mengingatkan kita pada Sang Pencipta kita ini.

Ummul juga belajar :


"sabar itu bukan bermakna tidak melakukan apa-apa, tetapi mengambil tempoh bertenang utk memilih tindakan terbaik dengan mengambil kira 'apa kata Allah' ."

Ramai orang berkata pada kita di saat kita di timpa ujian. Sabar... sabar.... sabar... dan ramai yang beranggapan sabar itu adalah berdiam diri dengan tidak lakukan apa-apa hanya sabar. Hakikat yang ummul pelajari adalah sabar ini adalah membuat keputusan dan bertindak dengan keputusan yang terbaik dimana dengan mengambil kira adakah keputusan kita mengikut syariat islam dan "apa kata Allah".

Akhir sekali terima kasih Allah atas segala nikmat ujian yang Engkau berikan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Pemberi. Terima kasih juga kepada ibunda tercinta dan keluarga yang tersayang. Terima kasih juga kepada sahabat usrah seperti Fuza dan in the geng usrah, serta  sahabat Professional Learning Fasilitator yang beratus orang ini, antaranya Sofiyah Satuyah Rasin, Ateh Zuhairi Nopiah & geng Attractive!, Cikgu Azlin, Mohd Rizal Hassan, Aryll MonsterGergasi, Nor Hasdilla, Syukria. Kepada sahabat online Ruzimi Mohamed dan semua list friends FB. Teman yang menemani ummul berjumpa si pulan ketika menyatakan keputusan ummul iaitu Ima Zainuddin.  Akhir sekali kepada semua insan dan mahluk Allah yang pernah berjumpa dan mengenali diri ini. Tq Alikatokk Assaaiimasss :)

Sekiranya Ramadhan ini adalah ramadhan terakhir untuk ummul, ummul minta maaf atas segala khilaf diri ini. Sungguh banyak dosa yang ummul lakukan kepada Allah dan kalian semua. Ummul sangat menghargai kemunculan kalian dalam hidup ummul. Doakan ummul ya, doakan yang baik-baik untuk ummul kerana ummul yakin kalian semua inginkan yang terbaik untuk ummul. Ummul sangat bertuah dilahirkan di muka bumi ini bersama-sama menjalani kehidupan bersama kalian. Kalian itu termasuklah para pembaca :) Keputusan yang telah dibuat selepas ujian ini berlaku, merubah hidup ummul dengan pelbagai lagi warna pelangi yang indah untuk ummul susuri onak liku kehidupan ini. Ummul yakin ini yang terbaik, dan ummul sangat bahagia kerana Allah mengatur kehidupan ummul dengan penuh kreatif dan super hebat ! Wassalam..

Sunday, August 12, 2012

Ilmu Hari Ini

Assalamualaikum. Salam syukur :)

Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat yang melimpah ruah dan ujian silih berganti yang Engkau anugerahkan kepada hamba Mu yang hina ini. Hari ini masa seharian ku dipenuhi dengan memberi dan menerima. Seawal pagi ummul ke Kota damansara mengejar AlQuran kepada seorang anak kecil yang sangat cerdik dan aktif. Setiap saat ada sahaja pergerakan yang di alun sambil membaca dengan penuh semangat dan lancar. Kemudian meneruskan perjalanan ke UIA menuntut ilmu pula dan dalam masa yang sama seperti sedang di "dera" oleh sahabat-sahabat PLF. Sahabat-sahabat PLF seramai 4 orang berkorban masa,tenaga dan fikiran semata-mata untuk membantu ummul menyiapkam modul Nashr ! :) Apa yang ummul cuba sampaikan adalah modul yang mempunyai intipati syukur. Bagi mengetahui sejauh mana ummul mengetahui, memahami dan menguasai konsep syukur itu sendiri, maka pelbagai soalan yang diajukan sehingga soalan-soalan itu di balas dengan senyuman. Tiada jawapan yang di muntahkan hanya senyuman yang dapat diukirkan. Akhirnya saya berkata ' ooooohhh nooo saya di dera " :) Hee dera untuk kebaikan :) Secara jujur mulut ini berkata.. astaghfirullahhal aziimmm... terbangang sekejap ( maaf menggunakan perkataan kasar ). Satu mutiara yang ummul dapat kutip pada hari ini adalah " Bagus lah rasa bangang itu, kerana bila kita merasakan sebegitu, maka kita akan lebih berusaha untuk mencari dan belajar lagi, daripada orang yang merasakan cukup dengan ilmu yang dia ada". Ohhhh terkesan sungguh di hati hingga menyusuk kalbu.

Apabila diajukan soalan paling senang dan memerlukan jawapan yang paling senang juga adalah " Apa itu syukur? " Haa jawapan ummul adalah mengulangi soalan itu dan diajukan kembali kepada semua sahabat-sahabat ummul di situ. Bijak ummul ini ya ;) Nak tahu apa jawapan nya? Haaa ini jawapannya :

1. Syukur adalah redha dengan apa yang ada pada dirinya.
2. Syukur adalah relaks :)
3. Syukur adalah ucapan terima kasih atas ujian yang Allah berikan untuk mengetahui sejauh mana kejayaan kita menghadapi ujian.
4. Syukur adalah sesuatu kebaikan yang kita dapat.

Haaa setiap seorang ada jawapan tersendiri yang berlainan. Ini baru 4 orang, jika ummul tanya 100 orang sekalipun pasti jawapan mereka berbeza. Unik sungguh soalan ini. Satu soalan beribu jawapan :)

Kemudian ummul dikongsikan bagaimana cara untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih santai dan menyusuk ke lubang hati yang dalam. Nampak mudah, mudah lagi untuk lakukannnya lawannya. Heee :)
Melalui gambar, video dan permainan sahaja tanpa huraian yang panjang dari dua bibir penyampai itu mampu membuka pintu hati seseorang insan yang bergelar manusia :) Kelihatan senang dan sebenarnya agak senang lawannya untuk menyediakan dan melakukan perkara sebegitu. Terpaku selama berjam-jam ummul di ruangan bilik itu oleh slide dan bahan-bahan yang disampaikan oleh seorang sahabat ummul itu. Banyak lagi mutiara ummul kutip dan perlukan masa dan usaha yang keras untuk menyelami lautan ilmu ini. Ummul yakin akan perolehi ilmu itu pada masa yang tepat kerana Allah itu Maha Mengetahui dan ilmu itu milik Allah, Allah juga Maha Pemberi. Jadi ummul pasti dan yakin ummul akan perolehi :) Doakan ummul ya wahai kalian semua supaya ummul memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat mengamalkannya. Amiin...

Kemudian kami susuri sepetang kami dengan mundar mandir di dalam bangunan shopping complex mencari tempat mengisi perut berbuka nanti. Akhirnya, oleh kerana semua tempat telah penuh, kami memilih untuk berkelah di atas lantai di tepi air pancut di dalam bangunan yang di luarnya hujan turun dengan rancaknya tanpa kami kebasahan. Indah silaturrahim ini apabila dapat menjamu rezeki Allah dalam apa jua keadaan dan tanpa menghiraukan pandangan mata yang menyaksikan kemesraan persahabatan kami dan keindahan mensyukuri apa yang berlaku ketikan itu.

Penghujung hari ini, ummul menyedari banyak lagi ilmu dan skill yang patut di terapkan dan di pasakkan ke dalam hati, minda dan fizikal. Ummul perlu membaca lebih banyak, perlu sentiasa research dengan pak cik google perlu membaiki riak wajak, perwatakan dan perbuatan. Azam di pagi sunyi ini ummul jadikan apa sahaja di depan mata sebagai tool atau alat ummul menambah tabung ilmu ummul dengan cara mengambil gambar sebagai bukti dan kenangan dan mencoretkan ilmu yang ummul perolehi di sini.

Doa kalian amat ummul harapkan, kerana dengan doa kalian lah ummul masih menarikan jari di sini. Berjumpa lagi di episod seterusnya :)