Pengunjung Setia

Sunday, January 24, 2010

Semangat !!! Usaha !!!

assalamualaikum... salam semangat semua manusia diseluruh dunia :) :) :)

Semangat !!! Usaha !!! Entah berapa banyak kali perkataan ini bermain-main dimulut dan hati ummul...waahhh betul-betul semangat ker? Mestilah...Alhamdulillah hasilnya dah nampak.. heee masyukk !!!

Sebenarnya ummul sedang betapa ni.. alaa betapa dalam bilik. Sebab apa nak betapa? Sebab apa lagi, sebab...esok exam :) waaahhh tengah-tengah betapa ni tiba-tiba hati ummul tertarik-tarik nak menarikan jari ni disini.. Masa berlalu dengan pantas ! Eh masa berputar sama ja waktu nya dari dulu hingga kini dan selamanya. Kita jer duk rasa gitu..waahh apa lagi semangat laa kejar masa..

Sem lepas sangat mencabar otak dan hati ummul. Alhamdulillah ummul bulatkan hati yang x seberapa bulat ni untuk terus semangat dan terus berusaha. Tak sangka, jangkaan ummul pointer sem lepas menurun.. waaahhh waktu nak ambil result tu ketakutan yang amat sangat. Tawakkal jer laa waktu tu. Akhirnya tup tup tengok result.. Alhamdulillah ya Allah.. walaupun keputusan tak bagus sangat...tapi yang happy tu sebab jangkaan ku meleset, ingatkan menurun tapi Meningkat !!! Itu laa buktinya..Alhamdulillah...dan sekarang kener semangat dan usaha lagi untuk short sem yang belajar satu subject jer. lagi laahh kener semangat dan usaha... yeeeeeahhhh :)

Duk fikir-fikir, tu laa setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Lihat, bila kita sedar kita akan mengharungi sesuatu jalan yang penuh duri, kita akan tingkatkan semangat dan usaha supaya kaki kita tidak luka dek terkena duri..

Dan sekarang semangat dan usaha sentiasa tersimpan dalam poket hati bagi menyiapkan kerja yang dah lama tak siap-siap. Bukan tak nak siapkan tapi mengambil masa yang lebih sikit sebab buat kerja tanpa pengetahuan mengenainya. Jadi semangat lah usaha lah belajar dan buat research banyak supaya dapat kumpul pengetahuan banyak-banyak dan kerja pun menjadi senang dan cepat disiapkan. Ya Semangat !!! Usaha !!

Oppss sampai disini dulu laa yer..nak terus semangat dan usaha betapa ni. Supaya esok dapat jawab exam dengan tepat dan mendapat keputusan yang luar biasa bagus... Jom Semangat !!! Jom Usaha !!!

Sunday, January 10, 2010

Memisahkan Ikatan Ukhuwah

Assalamualaikum... salam sayang :) :) :)

Terfikir sejenak..
 
Biar orang sakiti kita, jangan kita sakiti orang.. Biar orang buat jahat pada kita, asalkan kita sentiasa berbuat baik pada orang...

Ummul pegang ayat ini, sedaya upaya ummul cuba berbuat baik pada orang dan cuba menjaga hati orang. Tetapi adat manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Walaupun ummul cuba melakukan kebaikan, mungkin ummul terlepas pandang yang ummul telah melakukan kejahatan. Sebab itu, manusia saling memerlukan sebagai ikatan saudara, sahabat, seagama, sebangsa dan sebagainya untuk saling nasihat-menasihati, saling tegur menegur, saling memenuhi antara satu sama lain.

Sungguh terkilan apabila segelintir manusia yang pernah hadir dalam hidup ini, memisahkan ikatan ukhuwah kerana kekurangan yang ada pada diri ini. Bukan kah setiap manusia pasti ada kekuranngan? mengapa kita sebagai manusia tidak boleh menerima kekurangan dan menjadikan kekurangan sebagai kelebihan..fikir-fikirkan lah... ummul rasa kita sebagai hamba Allah terlalu banyak kekurangan dan hanya Allah yang sempurna.. tidak perlu rasanya kekurangan dijadikan alasan untuk memutuskan ukhuwah.

Semakin hari dan semakin usia meningkat, pemikiran kita semakin matang. Ummul simpulkan disini mungkin ikatan yang terputus ada baiknya dan mungkin mengelakkan kita dari melakukan dosa yang berlipat-lipat.
Benar lah ayat ini.. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu (Albaqarah:216). Mungkin kita sedih dan benci apabila sahabat kita atau sesiapa sahaja memisahkan ikatan yang telah terbina sekian lama..Tetapi terfikirkah kita mungkin dengan perpisahan ini ada baik dan hikmah nya yang kita tidak nampak dan juga mungkin mengelakkan kita dari terus melakukan dosa.

Jika kita rasa ikatan itu perlu dipanjangkan dan perlu diselamatkan untuk menuju kebaikan dan menuju ke jalan Allah, bagi ummul kita patut mempertahankannya. Tetapi sekiranya ikatan itu membuatkan kita lebih jatuh dan cenderung untuk melipat gandakan dosa kita, lebih baik kita redha dengan ikatan yang telah terputus dan bersyukur atas segala yang berlaku. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Akhir sekali, sebagai ingatan kita bersama. Kadang-kadang kita rasa orang itu terbaik bagi kita, tapi hakikatnya tidak. Kadang-kadang kita rasa orang itu bukan yang terbaik untuk kita tetapi disebaliknya orang itu lah yang terbaik bagi kita.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu (Albaqarah:216)

Monday, January 4, 2010

Tambah..Tumbuh..Tingkat..Masyuukk..Mantop..Bagus

Assalamualaikum... Salam maju lagi dan maju lagi :) :) :)

Alhamdulillah masih di beri kudrat untuk jariku berlari disini...dan alhamdulillah belum pernah tertinggal lagi ucapan salam di setiap post sebelum ni... Bukan apa, yang ummul harapkan setiap kali pembaca membaca di setiap post ummul...ummul dapat mendoakan kesejahteraan anda semua...amiinnn...

Tiga hari berlalu pergi meninggalkan kita pada tahun 2010 ini.. tidak terlambat rasanya ucapan selamat tahun baru kepada semua. Apakah anda semua rasa ketika tahun baru? Apakah anda fikir ketika tahun baru? Tanya hati, tanya akal, jawab untuk diri sendiri ya.. Tup..Tup.. 2010 kembali, tapi kehadirannya kurang ku rasakan...dan tidak menyambutnya pun, dah setiap tahun tak pernah sambut. Bagi ummul tidak perlu sambut berhureiii hureeiiii, cukup lah duduk dirumah melakukan sesuatu yang lebih berfaedah.

Hari ini otak dan hati buntu, bercelaru, urat-urat di kepala ni semua berselerak. Tu lah sebab beberapa hari ni tak menjenguk blok, padahal hati memberontak nak bercerita disini...sebab apa nak bercerita? Sebab bila bercerita disini datang motivasi baru lagi...hmmm apapun esok mula lah sem baru, mula lah kehidupan baru, mula lah episod baru, mula lah kriteria baru dan segalanya mula baru. InsyaAllah ummul berharap sangat..start esok segalanya baru bagi ummul. Ingin cerita disini, segan pulak.. biarlah ummul dan Allah yang tau.. mungkin satu ketika kita dapat berkongsi cerita apa yang baru tu, sebagai motivasi kita bersama. Tunggukan kemunculan baru... orang mungkin tak akan perasan apa yang baru itu, yang penting ummul sendiri tau samaada ummul berjaya atau terkandas sekali lagi dengan apa yang akan dilakukan oleh ummul nanti. ya Allah hanya pada Mu ku pinta pertolongan dan menadah tangan pada Mu. Engkau lebih tau yang terbaik bagi ku.. aku akan cuba bersungguh-sungguh dengan apa yang aku niatkan di waktu ini..

Yang buruk akan baik, yang baik akan bertambah baik dan berlipat ganda lagi baiknya.