Pengunjung Setia

Friday, June 22, 2012

Ragam manusia

Assalamualaikum, salam lucu :)

          Seorang wanita mesej ummul di FB, dan terus menyatakan bahawa dia ada masalah, boleh beri pendapat pada saya? Apa masalahnya? Cerita lah :) Wanita ini baru sekali ummul berjumpa di satu seminar. Tapi kami hanya sempat menyambut salaman tangan tanpa kata-kata, lalu kami melangkah menuju hala tuju masing-masing. Wanita tersebut berusaha mencari nombor telefon ummul hanya untuk menceritakan masalahnya. Sudah beberapa kali wanita tersebut menghubungi ummul semata-mata ingin meminta pendapat daripada insan kerdil seperti ummul. Begitu terharu hati ini kerana ada sahaja insan yang sudi berkongsi cerita kehidupan dan mempercayai ummul. Alhamdulillah ummul sentiasa mendapat pengajaran dan pengalaman hasil cerita yang ummul dengar. Membuatkan diri ini bermuhasabah diri dan meningkatkan kualiti kehidupan yang hanya sementara ini.

           Wanita ini menceritakan dia di ganggu oleh seorang lelaki. Lelaki itu merupakan kenalan ummul. Sudah beberapa tahun ummul mengenali lelaki itu. Jika boleh masak sup sikap nya itu dah lama ummul masak. Nak menunjukkan ummul betul-betul mengenali lelaki tersebut. Biasalah kan, manusia ini cepat betul berubah-ubah seperti musim pula. Walaupun telah lama ummul mengenali dia tetapi rupa-rupa nya banyak lagi sifatnya yang tidak terserlah. Selamat lah badan ummul kerana ummul dan wanita itu hanya bermesej-mesej di FB, tidak kelihatan riak wajah ummul. Secara spontan nya ummul ketawa sendiri apabila membaca apa yang dikatakan si wanita mengenai lelaki tersebut. Hee jika wanita itu tahu ummul ketawa pasti dia berkecil hati. Ummul merasa lucu apabila orang yang bijak dan dikagumi ramai boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal. Terserlah sifat buruk nya itu. Biarlah dia menyakiti hati ummul, menyusahkan hidup ummul, melayani ummul seperti tumbuhan yang tiada hati dan akal, (ummul rasa tumbuhan pun boleh memahami dan boleh merasai, cuma tak boleh cakap je ). Perit untuk ditelan adalah bukan sahaja ummul mangsanya tetapi terlalu ramai dan semua orang disekeliling si lelaki itu. Ummul tidak boleh terima apabila dia melakukan keburukan kepada orang lain terutama kepada orang yang dalam keadaan kesusahan.

          Alhamdulillah terima kasih Allah kerana dapat berjumpa pelakon seperti dia kerana ummul belajar banyak sekali. Antaranya ummul belajar bagaimana untuk sabar dan redha dalam kehidupan. Bukan senang untuk bersabar. Alhamdulillah ummul sering ketawa apabila dilakukan seperti itu walaupun sedih. Tapi ummul juga kesal dan kecewa apabila si lelaki bersikap sebegitu, tetapi apakan daya ummul, tidak dapat buat apa-apa dan usaha ummul yang kerdil ini hanya mampu berdoa untuk kebaikan si dia. Apa yang diinginkan si lelaki dalam kehidupannya? Adakah kerana wang sanggup melakukan apa sahaja? Mengapa si lelaki itu tidak sebaik yang ummul sangkakan? Kenapa si lelaki itu sanggup mempermainkan wanita itu? Mengapa disebabkan wang sanggup menipu? Mengapa di sebabkan sunyi sanggup mempermainkan hati wanita? Mengapa sanggup mempermainkan hati keluarganya sendiri ? Hampir sahaja ummul tidak mengenali si lelaki itu lagi.

          Dunia adalah pentas lakonan. Kita lah manusia-manusia ini adalah pelakonnya. Drama di TV juga yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jadi baik, yang jahat pura-pura jadi baik, yang baik pura-pura jadi jahat. Sama lah lakonan sebenar di dunia ini. Setiap lakonan ada directornya, ada penulis skripnya. Uniknya lakonan di dunia ada Pencipta yang Maha Hebat dan Maha Bijak iaitu Allah s.w.t yang menjadi penulis skrip dan directornya. Apapun kita sebagai pelakon harus patuh pada arahan Allah, harus sentiasa baca skrip Al Quran yang Allah sediakan. Beruntung dan bersyukurlah kita kerana Allah lah director dan penulis skrip kita kerana Allah sentiasa memberi ganjaran dan memberi apa yang kita perlukan dalam hidup. Complete ! Allah berikan pelbagai nikmat untuk kita sehingga tidak terkira berapa banyak nikmat yang Allah beri semata-mata untuk melihat kita bahagia di dunia dan akhirat :) Wahai kalian semua, kita ini tidak pernah sempurna, tetapi jadi lah pelakon yang sentiasa memperbaiki diri untuk jadi lebih baik bukan pura-pura baik. Terima kasih kepada kalian kerana menjadi pelakon yang baik dan sudi membaca skrip buatan ummul ini. :)

No comments: