Pengunjung Setia

Monday, September 14, 2009

Muhasabah Diri





Assalamualaikum.... salam ketenangan.. :) :) :)

Hati berbunga riang selepas berbuka puasa di kolej bersama pelajar islam yang lain. Bukan kerana hidangan yang enak menjadikan hati ini penuh kegembiraan. Tetapi suasana islamic dan dapat berkumpul dengan pelajar islam yang lain, sangat menenangkan jiwa. Terasa aura islamic tersebut dan yang pasti terasa ketenangan dan kesejukan hati ini. Bukan tidak pernah mengikuti majlis sebegini tetapi aku bersyukur kerana walaupun aku rasa kan aura islamic makin pudar dikolej aku namun baru kini ku yakin islam tetap teguh di hati pelajar. Alhamdulillah....


Terfikir sejenak sambil muhasabah diri ku yang lemah ini, ku rasakan begiti lemahnya iman ku hari-hari yang lepas dan hari ini. Sehingga ke saat ini ku rasakan begitu banyak dosa yang ku lakukan, terlalu leka dengan keadaan sekeliling. Ya Allah bantu lah hamba Mu ini dan kuatkanlah iman ku supaya aku terus menyujudkan diri ku pada Mu. Bagi aku diri dan hati kita yang mengawal keadaan. Apabila kita ingin lakukan yang terbaik maka kita pasti boleh melakukan yang terbaik. Apabila kita mengatakan kita luar biasa bagus maka insyaAllah kia akan luar biasa bagus. Apabila kita ingin bertaubat maka insyaAllah kita boleh bertaubat. Asalkan dengan hati yang bulat dan ikhlas melakukannya. Bukan sekadar kata-kata kosong. Seperti mana yang kita tau kata-kata itu satu doa. Ku harapkan Ramadhan kali ini memberikan sinar dan kehidupan baru bagi ku untuk terus memperbaiki diri ini menjadi lebih baik.

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah S.A.W sabdanya : Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadamkan yang jahat. Dan berperangailah dengan manusia dengan perangai yang bagus.


Walaupun di kolej aku tidak ramai pelajar islam dan aura islamic tidak begitu terasa, ku harapkan diri ini dan hati ini tetap teguh memperjuangkan islam dan sentiasa dapat melaksanakan kewajipan ku sebagai umat Islam... bantu lah hamba Mu ini ya Allah......



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati."
Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Umar r.a

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Tuesday, September 8, 2009

Mengajar Al-Quran

assalamualaikum... salam mesra :) :) :)

Tidak guna rasa nya jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya, tidak guna rasa nya jika kita mempunyai ilmu tidak dapat berkongsi dengan orang lain. Oleh itu, walaupun saya sedar, diri ini bukan lah sehebat mana dan sepandai mana, tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan mendidik anak bangsa terutama dalam bidang keagamaan. Teringat kembali sewaktu kecil, kecik-kecik lagi dah kener mengaji, dulu mengaji dengan ayah lah, tak pun dengan kakak.Kakak pun ustazah jugak, full time mengajar. Ayah memang pandai mengaji siap berlagu lagi. Lepas maghrib pandai-pandai lah ambil Al-Quran, mesti kener mengaji, kalau tak mengaji siap lah kener cubit dengat ayah. heheee.. Dulu bukan saya seorang jer mengaji tapi dengan kawan-kawan lain, jiran-jiran yang lain. Kiranya dulu rumah saya ni tempat kelas mengaji lah... Seronok pulak kenangkan masa dulu...

Dari dulu lagi kakak dah latih kami, mengajar kawan-kawan lain sebelum tunggu giliran untuk mengaji dengan akak. Nak mengajar orang bukan senang. Kener laa faham kan diri sendiri dulu barulah boleh ajar kawan-kawan. Dari situ sehingga la hari ini dah bosar panjang, Alhamdulillah saya telah melangkah kaki dalam bidang mengajar Al-Quran. Adalah beberapa student, boleh tahan ramainya jugak lah lagi-lagi kalau mengajar disurau lebih kurang 50 orang dalam satu surau tu tak termasuk saya mengajar persendirian dirumah-rumah. Kebanyakkannya saya mengajar persendirian dirumah student.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari tenaga pengajar Al-Quran untuk mengajar anak anda, insyaAllah saya boleh menghulurkan tenaga dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak anda.
Anda boleh contact saya di nombor 0136404262 (Ummul) untuk sebarang pertanyaan dan memerlukan perkhidmatan tenaga pengajar dari saya.


Rasulullah SAW telah bersabda : "Orang yang terbaik antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"





Sunday, September 6, 2009

DEE CHILLI

assalamualaikum.... ceria2 selalu :) :) :)

Last post saya bercerita tentang zra art work, syarikat abang saya. Hari ini salah seorang abang saya pula bernama Mustain telah membuka kedai sendiri. DEE CHILLI nama diberi. Dee Chilli merupakan kedai pengantin. Hmm macam biasa la saya sebagai adik sekadar membantu mana yang patut, yer laaa sementara masih study ni belum bekerja lagi boleh laa tolong business abang2 dan keluarga. Kedai Dee Chilli terletak di Rawang dan Selayang... sudi2 laa jenguk-jenguk kedai jika ingin membuat tempahan.

Bagi sesiapa yg ingin membuat tempahan pakej perkahwinan atau apa-apa sahaja majlis ( Event) kami sedia membantu dan menyalurkan perkhidmatan kami.. Kami Berusaha untuk memenuhi citarasa anda... Harga berpatutan dan boleh dirunding.. jangan malu jangan segan..hubungi laa kami di 014 6442299 (Mus)

Antara Perkhidmatan Yang Ditawarkan:

- Pelamin

- Canopy

- Catering for all event

- Wedding Dress

- Make-up

- Photographer

- Video Grapher

- Sound System

- Flower Arrangement


- Gifts



( ingin melihat gambar pelamin dan sebagainya yang pernah dihasilkan untuk pelanggan kami sila lawati myspace.com/mujahidah_ummul dan http://profiles.friendster.com/22676684 )








Wednesday, September 2, 2009

ZRA ART WORK

assalamualaiku semua.... happy2 selalu :):):)

Zra Art Work merupakan syarikat abang ku Zainurrahman Afandi. Aku berbangga kerana abang ku sendiri membuka syarikat atau business alaa islamic gitu..lagi2 dibidang seni khat. Bukan ramai org boleh menulis khat. Aku sendiri sekadar boleh menulis jawi, nak tulis secantik abang aku..jauh sekali la tapi masih mempunyai keinginan untuk mempertingkatkan ilmu seni khat. Menarik tau...

Antara jawatan dan khidmat yang disandang ialah :
  • Pengarah Zra Art Work
  • Penulis Seni Khat sepenuh masa sejak 1997
  • 1997-2000 - Penulis seni khat di Yayasan Restu
  • Salah seorang penulis Al-Quran Mushaf Malaysia
  • Salah seorang penulis Al-Quran Mushaf Mahathir edisi koleksi peribadi
  • Tenaga pengajar kursus seni khat Balai Seni Lukis Negara Muzium Kesenian Islam dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan
  • Bekas pensyarah sambilan Seni Khat Darul Quran JAKIM
  • Turut serta dalam demonstrasi dan pameran seni khat di beberapa buah negeri di Malaysia dan Singapura

Banyak lagi..fuhh penat nak taip semua. Tu jer la yang aku boleh taip sekarang. hee

Sesiapa yang berminat nak menempah atau membeli hasil karya abang ku, sila-sila la contact kami. InsyaAllah kami akan menawarkan perkhidmatan yang memuaskan hati. Jadikan lah rumah kita, ofis kita, masjid kita dan dimana jua kita berada diceriakan dan dihiaskan dengan calligraphy dan design bertemakan islamic. Sepertimana yang kita impikan rumah ku syurga ku, sekolah ku syurga ku. So mari lah kita sama-sama menghidupkan suasa islamic walau dimana kita berada.

Islamic calligraphy and design provider :
  • interior and exterior deco'
  • advertising (BTL items / papan tanda dan media cetak)
  • souvenier and premium gift
  • graphic design and printing
  • logo and branding
  • renovation works
  • caligraphy courses, roadshow & demo
Anda boleh menghubungi kami di:
012 6295283(Zainurrahman)

website: www.zraartwork.com.my

RUMAH KEDIAMAN ABANG KU


HASIL KARYA

Banyak lagi gambar.Anda boleh lihat hasil karya di www.zraartwork.com.my http://profiles.friendster.com/22676684 dan myspace.com/mujahidah_ummul