Pengunjung Setia

Friday, June 29, 2012

Pemaaf = Bersangka Baik

Assalamualaikum, Salam mesra ^____^


         Adakah salah seorang diantara kita tidak memilih untuk rasa bahagia??? Sudah pasti buka sahaja mata kita, celik sahaja akal kita pasti kita memilih untuk bahagia. Ada benar? Saya juga memilih untuk bahagia :) Allah beri nikmat hidup di dunia ini hanya sekali, jadi saya ingin gunakan nikmat yang satu ini unatuk bahagia. Persoalannya, adakah kita sering bahagia? Adakah masa 24 jam yang Allah berikan kita merasa bahagia senantiasa? Mana hilangnya kesedihan? Haaa !!! Setiap apa yang tercipta pasti ada pasangannya. Terciptanya lelaki dan perempuan, terciptanya terang dan gelap, terciptanya baik dan buruk dan pelbagai lagi. Tetapi siapa yang menentukan yang mana satu jadi pilihan qalbu? Adakah ibu bapa? Teman? Guru? Atau apa sahaja?

"...................................."

         Ya benar, diri kita sendiri. Kita akan merasakan baik dan buruk, tetapi kita juga boleh memilih yang mana memberi makna dan kesan pada diri kita. Apabila kita memilih untuk bahagia, walaupun kesedihan bertandang kita tetap merasakan kebahagiaan itu.

         Apabila ummul baca renungan di atas, ummul mula menanyakan pada diri, adakah engkau benar-benar merasa bahagia? Apa yang engkau lakukan untuk bahagia di saat orang sekeliling mu mengguris hati mu ?

        Ini jawapan ummul dan ini usaha unnul untuk merasa bahagia. Sedikit perkongsian untuk merasa bahagia di saat orang di sekeliling mengguris hati kita dengan apa jua perlakuan atau perkataan :

1) Flash back kembali niat kita berkenalan dengan dia, apa tujuannya, dan apa hikmahnya.
2) Ingat kembali kebaikan yang dia lakukan untuk kita.
3) Walaupun dia lakukan keburukan pada kita, maafkan lah dan balas lah dengan kebaikan. Bersangka baik kepada nya. Cut terus jika terlintas sangkaan buruk dengan menyebut nauzubillahhiminzalik.  Ya, memang sukar, tapi kita boleh sabar dan praktikkan diri untuk menerima apa sahaja yang berlaku kan? Segalanya bergantung kepada diri kita :)

Apabila orang lain melakukan kejahatan di depan kita, tersenyum lah. Ucapkan terima kasih.

Apabila orang lain mengumpat dan mengfitnah kita, doakan kebaikan untuk nya.

Apabila orang itu tidak mahu menegur sapa kita lebih 3 hari, kita mulakan teguran pertama kedua dan seterusnya. Sekurang-kurangnya kita berusaha supaya tidak terputus tali persaudaraan itu.

Apa jua keadaannya, serah kan kembali kepada Allah, tanya lah pada Allah, minta lah petunjukkan Nya. Sebaik-baik perancang adalah daripada Allah s.w.t dan sebaik-baik pemberi ujian dan penyelesaian adalah daripada Allah s.w.t.

         Ya, ummul akui agak sukar untuk praktikkan, ummul juga hamba yang hina dan banyak kekurangan, tiada apa yang dapat dibanggakan, Sekurang-kurangnya ummul rasa puas dan bahagia apabila dapat mengingatkan diri ini dan berkongsi pengetahuan bersama kalian semua. Sangat bahagia jika kalian mendapat kebaikan hasil perkongsian ummul ini. Maafkan segala kekurangan dan kesalahan ummul. Tegur lah ummul jika ummul lakukan kesalahan. Terima kasih sebagai tanda kalian amat bermakna dan membuatkan ummul bahagia :)


Wednesday, June 27, 2012

Diam, Syyuusssssss

Assalamualaikum Salam indah :)



Perasaan ini memukul,
Mulut ini terbuka walhal tertutup rapat,
kerana yang berkata-kata adalah hati,
bukan mulut !
Aku insan yang suka kan senaman mulut,
ya aku suka bercakap,
hati tertanya-tanya,
sunyi sungguh saat-saat ini,
dengan siapa kah aku boleh ngomong?
aku perlukan perkongsian ilmu.
hati besar tersentap.
Bersyukur lah !!
Kerana Allah memberi masa untuk engkau berdiam,
ini lah masanya untuk engkau ngomong-ngomong bersama Pencipta mu.
Sunyi lagi,
hati masih berkata-kata walau pun mulut terkunci rapat,
ya aku ingin mendiamkan diri untuk seketika,
inilah masanya untuk aku menerobos diri,
inilah masanya untuk aku beri tumpuan sepenuhnya pada hubungan aku dengan Dia,
Dia sungguh merindui diri ku,
kerna itu Dia berikan nikmat diam untuk ku.
Terima kasih kepada Si Dia,
Dia itu lah Pencipta ku.
Tiada kata-kata indah untuk diluahkan,
sekadar diam sebagai hadiah untuk diri ku sendiri.
Walaupun mulut diam tertutup rapat,
tetapi hati sentiasa lincah berkata-kata,
oohh inilah nikmat ngomong paling indah sekali.
apabila ngomong-ngomong bersama Pencipta dengan mulut yang tertutup dan hati yang terbuka. 
(^_^)


Sunday, June 24, 2012

SABAR

Assalamualaikum, salam ketenangan :)

         Alhamdulillah terima kasih Allah kerana Engkau telah mengajar ku erti kesabaran dengan mencurahkan pelbagai bentuk ujian dunia. Cara Allah mengajar kita bukan seperti guru mengajar anak muridnya di kelas. Guru akan mengeluarkan kata-kata dari mulut nya di hadapan mata anak murid. Uniknya Allah mengajar kita  tidak secara berhadapan. Kita juga tidak dapat bayangkan Allah itu bagaimana. Apa yang kita tahu Allah itu Pencipta kita ya Maha Agung, Maha Menarik, Maha Cantik dan seperti mana dalam Asma ul Husna. Jadi cara Allah mengajar kita dengan memberi nikmat dan ujian pada kita. Allah hadiahkan Al Quran pada kita. Allah kurniakan hamba-hamba Nya yang soleh untuk kita. Allah membantu kita untuk mencari ilmu dan mendalalami pelbagai ilmu supaya kita dapat belajar sesuatu daripada apa yang berlaku dalam hidup kita.

          Kebiasaannya apabila ummul ada masalah, Allah akan tunjukkan dan mengajar ummul bagaimana untuk bersabar dan cara-cara menyelesaikan masalah itu dengan beberapa kaedah antaranya ialah belek-belek Al Quran tiba-tiba aja sesuai dengan keadaan ummul time itu, belek-belek buku terjumpa ayat-ayat menarik yang sesuai dengan keadaan ummul, berfacebooking terbaca status orang yang memberi semangat pada ummul dan di kala terbuntu Allah kurniakan sahabat dan keluarga yang menghulurkan bantuan. Malah, sahabat-sahabat ummul yang lain pun mengakui perkara yang sama dan sudah pasti kalian juga pernah melalui saat-saat sebegini kan ? Unikkan cara Allah mengajar dan bantu kita? Apa pun ummul masih belajar erti kesabaran dan bagaimana untuk bersabar. Ummul sendiri merasakan ummul belum ada sifat sabar itu. ya Allah bantu ummul ya untuk aplikasikan sifat sabar ini.

          Beberapa ilmu yang ummul dapat pelajari hasil pembacenaan ummul di kala ini. Antara kata-kata yang berada dalam buku Tuhan Sedang Menguji Kita karya Ustaz Kazim Elias adalah :
~ Andai tiada kesabaran sudah tentu kita tidak mampu menjadi penceramah. Andai tiada kesabaran, sudah tentu mesej dan misi dakwah tidak dapat disampaikan. Andai hilang kesabaran, maka kita cepat mengalah. Manakala aspirasi dakwah hanya akan tinggal slogan indah semata-mata.

Didalam buku Ringkasan Ihya' 'Ulumiddin karya Imam Al-Ghazali Penyusun 'Abdul Rosyad Siddiq pula mengatakan :
~ Keimanan seseorang itu terdiri dari dua bahagian, yang pertama adalah kesabaran dan lainnya adalah sikap syukur.
~ Nabi s.a.w pernah ditanya tentang hakikat iman, di mana baginda menjawab, "Iaitu sabar dan toleran"
~ Nabi s.a.w bersabda : "Sabar adalah satu harta simpanan di antara simpanan-simpanan yang disediakan di syurga"
~ Hakikat kesabaran itu terdiri dari pengetahuan, keadaan dan amal. Pengetahuan laksana pohon, keadaan seperti dahannya dan amal bagaikan buah yang dihasilkan.
~ Ibnu Abbas r.a pernah berkata : " Hakikat kesabaran dalam Al-Quran ada tiga jenis, iaitu sabar untuk menunaikan kewajipan kerana mengharapkan keredaan Allah, di mana kesabaran jenis ini menjanjikan keutamaan berupa peningkatan tiga ratus darjat kebaikan. Kedua, sabar tidak melanggar larangan-larangan Allah, di mana kesabaran jenis ini menjanjikan enam ratus darjat kebaikan. Dan sabar dalam menghadapi musibah pada benturan yang pertama, di mana kesabaran jenis ini menjanjikan sembilan ratus darjat kebaikan."

          Wahai kalian semua, jika kita di gelar sebagai manusia ke insan ke orang ke asalkan kita ini hamba Allah yang dapat merasa hidup di dunia ini sudah pasti kita sentiasa di sirami oleh pelbagai masalah dalam keadaan pelbagai bentuk. Semua manusia tidak boleh lari dari masalah. Persoalannya ummul sendiri dan kalian semua berapa kali mensyukuri nikmat masalah yang membanjiri kehidupan kita? Berapa kali kita tersenyum dan mengambil pelajaran daripada proses masalah itu berlaku? Berapa kali kita tersedar bahawa masalah itu adalah tanda Allah ingin mengajar dan menyayangi kita? Mulai saat ini, bersyukur lah kerana kita masih di pilih oleh Allah untuk menghadapi masalah yang ringan dan berat. Cari lah ilmu dan cara untuk menyelesaikan masalah kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Allah yang beri nikmat masalah pada kita dan kepada Allah juga kita meminta bantuan menyelesaikannya. Fikirkan lah apa ilmu dan pembelajaran yang boleh kita boleh ambil supaya kita menjadi orang yang hebat dan bijak. Allah itu Maha Hebat dan Maha Bijaksana. Sudah tentu kita dapat mencontohi dan mengaplikasikan sifat-sifat Allah dalam diri kita kerana Allah kan Pencipta kita :)

Friday, June 22, 2012

Ragam manusia

Assalamualaikum, salam lucu :)

          Seorang wanita mesej ummul di FB, dan terus menyatakan bahawa dia ada masalah, boleh beri pendapat pada saya? Apa masalahnya? Cerita lah :) Wanita ini baru sekali ummul berjumpa di satu seminar. Tapi kami hanya sempat menyambut salaman tangan tanpa kata-kata, lalu kami melangkah menuju hala tuju masing-masing. Wanita tersebut berusaha mencari nombor telefon ummul hanya untuk menceritakan masalahnya. Sudah beberapa kali wanita tersebut menghubungi ummul semata-mata ingin meminta pendapat daripada insan kerdil seperti ummul. Begitu terharu hati ini kerana ada sahaja insan yang sudi berkongsi cerita kehidupan dan mempercayai ummul. Alhamdulillah ummul sentiasa mendapat pengajaran dan pengalaman hasil cerita yang ummul dengar. Membuatkan diri ini bermuhasabah diri dan meningkatkan kualiti kehidupan yang hanya sementara ini.

           Wanita ini menceritakan dia di ganggu oleh seorang lelaki. Lelaki itu merupakan kenalan ummul. Sudah beberapa tahun ummul mengenali lelaki itu. Jika boleh masak sup sikap nya itu dah lama ummul masak. Nak menunjukkan ummul betul-betul mengenali lelaki tersebut. Biasalah kan, manusia ini cepat betul berubah-ubah seperti musim pula. Walaupun telah lama ummul mengenali dia tetapi rupa-rupa nya banyak lagi sifatnya yang tidak terserlah. Selamat lah badan ummul kerana ummul dan wanita itu hanya bermesej-mesej di FB, tidak kelihatan riak wajah ummul. Secara spontan nya ummul ketawa sendiri apabila membaca apa yang dikatakan si wanita mengenai lelaki tersebut. Hee jika wanita itu tahu ummul ketawa pasti dia berkecil hati. Ummul merasa lucu apabila orang yang bijak dan dikagumi ramai boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal. Terserlah sifat buruk nya itu. Biarlah dia menyakiti hati ummul, menyusahkan hidup ummul, melayani ummul seperti tumbuhan yang tiada hati dan akal, (ummul rasa tumbuhan pun boleh memahami dan boleh merasai, cuma tak boleh cakap je ). Perit untuk ditelan adalah bukan sahaja ummul mangsanya tetapi terlalu ramai dan semua orang disekeliling si lelaki itu. Ummul tidak boleh terima apabila dia melakukan keburukan kepada orang lain terutama kepada orang yang dalam keadaan kesusahan.

          Alhamdulillah terima kasih Allah kerana dapat berjumpa pelakon seperti dia kerana ummul belajar banyak sekali. Antaranya ummul belajar bagaimana untuk sabar dan redha dalam kehidupan. Bukan senang untuk bersabar. Alhamdulillah ummul sering ketawa apabila dilakukan seperti itu walaupun sedih. Tapi ummul juga kesal dan kecewa apabila si lelaki bersikap sebegitu, tetapi apakan daya ummul, tidak dapat buat apa-apa dan usaha ummul yang kerdil ini hanya mampu berdoa untuk kebaikan si dia. Apa yang diinginkan si lelaki dalam kehidupannya? Adakah kerana wang sanggup melakukan apa sahaja? Mengapa si lelaki itu tidak sebaik yang ummul sangkakan? Kenapa si lelaki itu sanggup mempermainkan wanita itu? Mengapa disebabkan wang sanggup menipu? Mengapa di sebabkan sunyi sanggup mempermainkan hati wanita? Mengapa sanggup mempermainkan hati keluarganya sendiri ? Hampir sahaja ummul tidak mengenali si lelaki itu lagi.

          Dunia adalah pentas lakonan. Kita lah manusia-manusia ini adalah pelakonnya. Drama di TV juga yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jadi baik, yang jahat pura-pura jadi baik, yang baik pura-pura jadi jahat. Sama lah lakonan sebenar di dunia ini. Setiap lakonan ada directornya, ada penulis skripnya. Uniknya lakonan di dunia ada Pencipta yang Maha Hebat dan Maha Bijak iaitu Allah s.w.t yang menjadi penulis skrip dan directornya. Apapun kita sebagai pelakon harus patuh pada arahan Allah, harus sentiasa baca skrip Al Quran yang Allah sediakan. Beruntung dan bersyukurlah kita kerana Allah lah director dan penulis skrip kita kerana Allah sentiasa memberi ganjaran dan memberi apa yang kita perlukan dalam hidup. Complete ! Allah berikan pelbagai nikmat untuk kita sehingga tidak terkira berapa banyak nikmat yang Allah beri semata-mata untuk melihat kita bahagia di dunia dan akhirat :) Wahai kalian semua, kita ini tidak pernah sempurna, tetapi jadi lah pelakon yang sentiasa memperbaiki diri untuk jadi lebih baik bukan pura-pura baik. Terima kasih kepada kalian kerana menjadi pelakon yang baik dan sudi membaca skrip buatan ummul ini. :)

Thursday, June 21, 2012

Kasih Ayah...

Assalamualaikum, Salam shahdu :)


Di malam yang sunyi dan penuh shahdu ini ingin sekali ummul kongsikan satu cerita si anak dan ibu bapanya. Sudah pasti kalian semua masih mempunyai ayah dan ibu dan ada juga sudah tiada. Apapun dimulakan dengan doa supaya kisah ini menjadi pedoman dan panduan untuk kita sentiasa mensyukuri nikmat adanya ibu dan ayah di muka bumi ini.

Si anak yang masih remaja dan sukakan kebebasan merasakan hidupnya tidak bahagia seperti mana teman-teman yang lain. Si anak ini merasakan teman-teman sangat bertuah apabila apa yang mereka inginkan pasti akan ditunaikan oleh ayah dan ibunya.

Si anak tahu dan sedar bahawa ibu dan ayahnya sangat menyayangi si anak ini sehinggakan apa yang diinginkan pasti di halang. Kebiasaannya si ayah pasti mempunyai sifat seperti "harimau" garang memanjang. Sehinggakan si anak ini takut untuk bercakap dengan si ayah. Si anak tidak pernah merasa nikmat  berjalan-jalan, bersiar-siar bersama teman-teman. Sehinggakan si anak merasakan sama aja dirinya dengan katak. Bak kata pepatah seperti katak di bawah tempurung. Apa pun tak tau.

Satu ketika "Anak, itu surat apa? Baca." tanya si ayah dan di sambut kata-kata oleh si anak pula. "Mana tau surat apa. Ni surat abang" Terus aja disembur dengan ayat ini oleh ayahnya. " Apa guna belajar tinggi-tinggi, baca pun tak tau " Ketika itu tanpa sifat sabar dan di hadapan tetamu, si anak berkata " Surat orang mana boleh suka-suka hati baca ! " BOOOMMMM hempasan pintu membuktikan si anak begitu hilang kesabarannya kerana di marah depan tetamu dan di marah di sebabkan perkara yang tak masuk akal.

Si anak begitu "bengang" dengan si ayah ini sehinggakan tiada satu kebaikan dan pengorbanan ayah yang tergambar di fikiran, semuanya perkara yang menyakitkan hati si anak. Sehinggakan terpancul ayat ini di fikiran si anak. "Lebih baik ayah tiada lagi di dunia ini, daripada aku menanggung dosa lebih banyak dek kerana terkurang ajar dengan dia ".

Akhirnya si ayah betul-betul meninggalkan si anak di dunia. Tetapi hakikatnya walaupun jasad si ayah sudah meninggal dunia tetapi rohnya tetap bersama anak-anaknya. Si ayah masih boleh melihat kita di sini walaupun si ayah sudah ada di "tempat" lain. Ya Allah begitu menyesalnya dan sedihnya si anak apabila ayahnya sudah tiada di dunia.

Betul lah kata mulut orang di luar sana. bila ada tak nak hargai, bila dah tak ada baru bersedih hati. Apabila ayahnya meninggal dunia barulah si anak merasakan betapa bahagianya mendapat nikmat wujudnya ayah dan kasih sayang dari ayah. Dulu marah-marah tu bukan sebab benci sebab sayang. Sehinggakan dari saat ayahnya pergi meninggalkan si anak sehingga ke saat ini tiada satu pun keburukan ayah yang dapat diingat. Cubalah untuk mengingati saat-saat "geram" dengan ayah dulu, tidak tergambar langsung dalam bayangan. Apa yang muncul adalah kebaikan-kebaikan ayah, pengorbanan ayah. Ya Allah baru si anak sedar betapa kasih nya ayah pada dirinya, betapa banyaknya pengorbanan ayah untuk melihat kita bahagia dan berjaya. Baru si anak sedar, jika dia tidak di didik seperti dulu dimana dilarang keluar sebarangan, seperti katak tu, si anak tidak akan jadi seperti dirinya sekarang. Kehidupan kini lebih baik. Tidak dapat dibayangkan, jika lah si ibu dan ayahnya biarkan dia berseronok bersama teman-teman pasti dia juga terjebak dengan kegiatan remaja yang kerosakan akhlak, terlibat dengan gejala-gejala buruk dan seperti mana yang selalu tersiar di akhbar-akhbar mengenai kes-kes yang tidak bermoral. Pasti si anak pun terlibat sama, tapi hasil didikan ibu ayah lahir lah hamba Allah yang menjadikan agama sebagai tiang kehidupannya. Walaubagaimanapun si anak masih tercalar hatinya apabila sampai terakhir kali nya nafas ayah berdegup dan tertutup rapat matanya, belum sempat walau sekali pun untuk meminta maaf pada ayah. Ya Allah, ego sungguh hati si anak ini. Kini apa yang boleh di buat? Ayah sudah tiada, maaf juga tidak boleh dipinta. Ingin balas jasa ayah pun sudah tiada harapan lagi. Ayah !!! Baru tersedar, sebenarnya si anak ini juga sangat menyayangi si ayah.

Hidup ini satu pilihan. Memilih untuk tidak memilih juga adalah pilihan bak kata orang-orang bijak. Si anak memilih untuk terus menebus kesalahannya dulu, memilih untuk berbakti pada aruah ayahnya. Walaupun ayah sudah tiada, si anak merasakan si ayah tetap dekat. Si anak berusaha mengingati diri sendiri dan melakukan perkara dimana dapat menambahkan saham ayah di akhirat kelak. Sesungguhnya anak yang soleh adalah harta ibu ayah yang boleh bawa ke akhirat kelak. Antara usaha si anak, selalu bacakan Al Fatihah dan Yasin, ziarah kubur ayah, melakukan perkara-perkara yang ayahnya suka buat ketika hidupnya dahulu, berbuat baik dengan sahabat-sahabat ayah, mendoakan keampunan dan kesejahteraan ayah di alam sana, niat apabila melakukan sesuatu kebaikan sebagai sedekah pahala untuk ayah sebagai tanda kasih kan ayah kerana Allah.

Ummul doakan semoga usaha si anak di redhai dan di permudahkan Allah, Semoga doa dan hasratnya dimakbulkan Allah. Kalian yang membaca kisah ini, ummul harap dapat sesuatu yang menyentuh hati kalian dan dijadikan pedoman. Apa usaha si anak untuk menebus kesalahannya dan ingin menjadi anak soleh yang diceritakan tadi juga boleh kita aplikasikan dan amalkan.Ummul juga berdoa supaya ummul juga memilih cara si anak tadi berbakti pada ayahnya walaupun ayahnya sudah tiada. Kalian doakan ummul supaya ummul juga mampu dan kuat untuk mencontohi dan melaksakan usaha seperti usaha si anak itu. Hargai lah ayah dan ibu kalian yang masih ada di dunia ini. Taatilah mereka, insyaAllah Allah akan meredhai kita dan mempermudahkan urusan kita apabila kita taat ibu ayah dan ibu ayah redha pada kita.

Seketika tadi, ummul berkata pada mak " Mak sabtu dan ahad ni nak pergi Perak, boleh? " Dengan tidak disangka jawapan oleh mak. "Boleh". Ha simple, senang. Padahal sebelum ini bukan main banyak soal siasatnya. Tapi kali ini senang pula. Ya Allah terima kasih Allah kerana Engkau permudahkan urusan ku. Hee sebenarnya ummul baru berniat untuk meminta izin dan meminta redha mak. Sebelum ni kan degil, mak tak bagi pun pergi ajaa.. Malam tadi baru terlintas di fikiran, nak minta restu mak, kalau mak tak bagi, tak jadi lah pergi, dengarkan aja kata-kata mak. Tup tup lain pulak jawapan mak. Lihat ! kita baru je niat nak taat pada ibu ayah, Allah dah permudahkan urusan kita, Apa kan lagi jika kita betul-betul laksanakan ketaatan pada ibu ayah, lagi lah banyak nikmat dan pintu kebaikan yang Allah bukakan untuk kita. Kan kita dah di ajar dulu masa sekolah-sekolah. Apabila ibu ayah redha pada kita insyaAllah Allah akan redha pada kita. Kedudukan ibu ayah yang teratas daripada orang lain. Jika ibu ayah tidak redha al maklum lah susah lah nak dapat redha Allah. Kesimpulannya, nikmat yang terindah apabila kita dikurniakan ibu dan ayah, hargai lah sayangilah, buktikan lah, taat lah pada ibu ayah supaya kita menjadi anak soleh solehah yang luar biasa cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah :)

Sunday, June 10, 2012

What My Vision Board ?


Assalamualaikum, salam pelik J

                Alhamdulillah terima kasih Allah atas idea yang baru terlintas di fikiran ini. Semalam ummul telah “sharing is caring” vision board ummul di FB dan Teratak ini. Vision board atau kata lain nya adalah MATLAMAT ! telah di lakar mengikut tema pokok dan di kongsikan kepada sahabat-sahabat bertujuan berkongsi bagaimana cara yang praktikal untuk berdoa dan berusaha dalam menjalani kehidupan kita dalam mencapai matlamat sebenar kita di muka bumi ini. Cara sebegini dilakukan bukan lah kerana kita menetapkan hidup kita tetapi sekadar untuk menjadikan “tool” bagaimana kita jelas dalam mencapai kejayaan dan kebahagian yang sebentar di dunia dan selamanya di akhirat. Apa yang penting kita percaya dan yakin kepada Allah yang Maha Memakbulkan doa hamba-hambaNya dan dalam masa yang sama kita serahkan kembali pada Allah samaada Allah ingin aturkan kehidupan kita mengikut matlamat yang kita bina atau tidak mengikut keperluan kita bukan keinginan kita J

                Sudah pasti setiap mahluk yang bergelar manusia mempunyai matlamat, dan kita juga sedia maklum lahir sahaja kita di dunia ini pun kita telah berjanji dengan Pencipta untuk mencapai matlamat kita di dunia ini iaitu untuk menjadi hamba Allah yang mengamalkan amal makruf nahi mungkar dan sudah semestinya menjadi khalifah di bumi bulat ini. 2 matlamat ini seperti ibu dan ayah. Ibu ayah pasti mempunyai anak-anak dan seterusnya lahir pula cucu-cucu. Sama lah juga matlamat, matlamat juga perlu ada anak-anak matlamat. Sebagai contoh, matlamat ummul ingin menjadi penulis. Penulis itu adalah anak matlamat. Walaubagaimana keadaan sekali pun anak pasti akan bersama ibu nya, akan berbalik dan bersangkut paut dengan ibunya. Jadi anak matlamat nya penulis akan di kait pula dengan ibu matlamat tadi iaitu menjadi khalifah. Apabila kita menulis dan dikongsikan pula bersama orang lain, insyaAllah matlamat sebenar akan menyusuli kita. Betul ? Betul?

                Disini, sedikit perkongsian mengenai matamat yang di perlihatkan dalam visioan board ini supaya aspek SMART (Specific, Measurable, Attainable, Relevant, Time bound ) dalam menentukan matlamat dapat di aplikasikan dengan sempurna.



                Hafal Al Quran. Di petang hari ketika ummul memandu kereta, ummul bertanya kepada naqibah, “Umur bila dah hafal Al Quran ni ? Ambil masa berapa lama?” Jawapannya adalah “Saya hafal time form 4 dan form 5 dulu, ialah time tu kan tak buat apa-apa tak banyak kerja” Terus aja terlintas di fikiran ‘ Ha ! tak buat apa-apa? Bukan time tu kita sebuk belajar nak hadapi SPM ke? 2 tahun je?” Selepas soalan demi soalan terlintas di fikiran sahaja tanpa diluahkan saya terus berkata dalam hati, dia boleh kenapa aku tak boleh? Allahhuakhbar ! dengan keyakinan ku kepada Mu ya Allah, aku juga boleh hafal Al Quran seperti dia dan lebih baik dari itu kerana aku betul-betul ingin menjadikan ayat-ayat Mu sentiasa di hati di minda dan sering diungkapkan. Subhanallah !

                Pendapatan sebulan RM10 000 hingga RM30 000 sebulan. Set sejumlah ini kerana ummul baru sahaja menamatkan ijazah dan baru sahaja sepenuhnya dalam bidang business. Dengan jumlah ini juga dapat di gunakan bagi mencapai matlamat-matlamat yang lain.

                Terbit buku dan menjadi Profesional Learning Fasilitator (PLF) adalah impian dari kecil lagi kerana bagi ummul dengan cara ini lah ummul dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini bersama-sama dengan insan-insan hebat di luar sana dan inilah modal ummul yang dapat di bawa ke akhirat. Satu kepuasan apabila kita dapat membawa dan membantu insan-insan lain kearah kejayaan, kebahagiaan dan dapat mengeratkan hubungan kita dengan Pencipta.

                Rumah banglo 3 tingkat. Ummul sebenarnya bukan lah suka rumah besar-besar ni, cukuplah sederhana ruangnya asalkan ada bilik library dan ruang ibadah bersama keluarga. Tapi ini adalah matlamat untuk merealisasikan impian mak. Apabila emak di sebelah ketika saya memandu kereta, mak selalu berkata “ cantik nya rumah banglo 3 tingkat tu”. Agak-agaknya ummul sebagai anak ni apa rasanya ya? Anda juga seorang anak, jadi sudah pasti anda tahu apa yang saya rasakan J

Beli emas. Emas dan rumah adalah aset kita di dunia. Ummul nak jadi kaya, ummul nak banyak duit. Ya ummul ini mata duitan. Adanya emas dan hartanah yang kita miliki dapat menstabilkan dan meningkatkan lagi ekonomi kita kerana nilai emas dan hartanah semakin meningkat dan tak akan turun. Kenapa nak kaya? Duit juga adalah tool untuk kita bantu agama kita bantu umat islam, dengan ada duit yang banyak kita dapat buat bermacam-macam perkara bagi merealisasikan ibu matlamat yang telah di nyata di atas.

Honda city. Ramai kata kereta itu asset, bagi ummul kereta bukan aset tapi liability. Kerata kita tiap-tiap bulan bayarkan? Masih perlu bayar pinjaman di bank kan? Haa liability lah tu. Ramai juga orang mengimpikan kereta BMW  laa kereta yang mahal-mahal. Bagi ummul mengapa perlu habiskan duit terlalu banyak untuk kereta? Fungsi nya tetap sama, kereta mahal ke murah ke, fungsinya tetap sama untuk di pandu dan sampai di destinasi yang ingin dituju. Honda city menjadi pilihan kerana kukuhnya fuzikalnya dan paling penting jimat minyak J Ummul ada kereta viva, memang jimat minyak, tapi fizikalnya tidak kukuh dan apabila ummul pandu jauh agak merbahayakan. Al maklumlah kereta dah semput, mana tak nya kereta tu di bawa time belajar memandu 4 tahun dulu. Habis laaa hancur kereta ku dek kerana selalu sangat excident time belajar dulu.  Alamak kantoii sudah J Jadi dengan ada kereta yang lebih kukuh dapat lah ummul meluncur ke serata tempat untuk berjumpa dengan anda semua !

Kahwin jun 2012. Ehemm lahirnya kita, jodoh kita matinya kita Allah dah tentukan, tapi kita tidak tahu. Doa dan usaha kita lah untuk mendekatkan masanya itu. Serahkan sahaja pada Allah, kita hanya berusaha untuk menjangkakan jodoh kita itu. Soalan menarik, dah ada calon? Sudah, tapi belum jumpa J Allah dah tentukan siapa jodoh kita, bila jodoh kita, dimana jodoh kita. Ini urusan Allah, kita hanya dapat berusaha dan menunggu. Tapi ingat ya, berusaha bukan kita perlu couple atau mencari sang lelaki tetapi usaha kita untuk berdoa, mempersiapkan diri kita sebagai bakal isteri dan menuntut ilmu sebanyak yang boleh.

Allah, Allah, Allah. Ini bukan rekaan semata-mata tetapi untuk menjelaskan apa yang kita tidak jelas mengenai matlamat kita. Semoga dengan “sharing is caring” matlamat ummul ini dapat membantu bagaimana anda semua yang hebat ini dapat menentukan matlamat anda dan bagaimana untuk merealisasikannya dengan jelas. Matlamat kita juga perlu lah mempunyai nilai pada diri kita dan orang lain. Buat lah vision board anda sekarang ! J

Saturday, June 9, 2012

Matlamat !

Assalamualaikum, salam hebat !


Alhamdulillah terima kasih Allah, cantik sungguh aturan Mu untuk ku :) Ketepatan berkat hari jumaat ini baru berkesempatan berkongsi dan merombak kembali kehidupan ku. Di kala ini lah masa nya untuk diri ku mengamal dan menarik ilmu yang telah ku pelajari. Lahir lah vision board ini bagi membuktikan begitu hebat Nya Engkau Ya Allah dalam mengabulkan segala impian hamba Mu ini. Saat ini adalah proses untuk ku mencapainya :)

Alhamdulillah aku di lahirkan sebagai mahluk Allah yang bergelar manusia. Bukan tumbuhan dan bukan juga haiwan. Begitu istimewa nya aku dilahirkan yang mempunyai hati dan akal yang sempurna. Walaubagaimana pun adakalanya kita boleh mencontohi sifat mahluk lain dalam sesi pembelajaran kehidupan. POKOK ! Ya, pokok lah yang selalu aku tenung dan perhatikan. Indah sungguh analogi pokok yang kita juga boleh praktikkan :)

Wahai diri ku, belajar lah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. Pokok yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari benih yang kecil ia tumbuh menjadi pokok yang besar dan semakin kuat akhirnya. Sebelum menjadi sebatang pokok yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada mahluk lain. Setelah melalui semua itu lah daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pokok yang besar.

Vision board ini berlatar belakangkan pokok adalah kerana diri ku seperti batang pokok yang perlu sentiasa bersyukur, berusaha, dan tabah menghadapi apa jua ujian yang dialami. Adanya Allah yang penuh dengan sifat Asma ul Husna, pasti impian ku yang diibaratkan seperti buah-buah yang tumbuh dengan lebatnya akan dinikmati dengan penuh rasa syukur dan bahagia, dan bukan sahaja dapat dirasai oleh diri ku sendiri tetapi dapat dirasai oleh semua mahluk yang bergelar manusia :)



Saya dah buat, anda bila lagi?