Pengunjung Setia

Tuesday, January 1, 2013

KEJAYAAN Datang daripada USAHA

Assalamualaikum , Salam jaya :) :) :)

Bismillahirrahmannirrahimm...

KEJAYAAN sebenar hasil daripada usaha dan apa yang telah dilakukan. Semakin banyak usaha, semakin banyak KEJAYAAN yang diperolehi. USAHA juga tanda hamba Nya BERSYUKUR kepada Maha Pencipta.

Apa sekalipun keputusan atau hasilnya yang penting berapa banyak usaha yang dilaksanakan. Contohnya, dalam peperiksaan di sekolah, KEJAYAAN sebenar bukan berapa banyak A yang diperolehi, tetapi berapa banyak USAHA seseorang itu. Allah juga melihat sejauh mana hamba Nya berusaha untuk menjadi hamba Nya yang terbaik dan berusaha menggapai KEJAYAAN, bukan sekadar mempunyai keputusan straight A dalam semua pelajaran, bukan sekadar ada kelulusan degree atau kerjaya yang hebat.

Lakukan sebaiknya walaupun selalunya diri merasakan tidak bersedia, atau kurang persediaan. Sehingga masuk dewan peperiksaan pun sebenarnya kebanyakan orang tidak bersedia. Anggap saja Allah telah memilih kita untuk menghadapi cabaran ini agar dapat memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain. Apabila seseorang itu lakukan sesuatu kerana Allah, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar, asalkan adanya keyakinan diri pada Pencipta.



Ini adalah program pertama saya sebagai Professional Learning Facilitator bersama pelajar UITM (December 2011) ,dan ketika ini saya betul-betul tidak bersedia kerana dipanggil mengisikan slot 3 hari sebelum program. Masa yang sama saya sedang sebuk menyiapkan final project degree. Angan-angan saya untuk menjadi PLF pada tahun 2014. Jadi saya merasakan saya tidak layak untuk berada dihadapan. 

Persoalannya bukan layak atau tidak, bukan siapa kita, yang penting setiap orang berperanan untuk mengenalkan siapa Pencipta kita. Alhamdulillah apa yang saya impikan telah saya perolehi sebelum jangka masa yang saya tetapkan kerana Allah lebih mengetahui saat bila saya perlukan. Saya yakin juga sekiranya saya dapat menyahut dan berusaha untuk apa jua cabaran yang saya hadapi sudah pasti anda di luar sana yang cukup fizikal lebih BERJAYA daripada saya. Jika anda yang berada di luar sana masih rasa tidak yakin pada diri sendiri, tanyalah pada hati untuk apa hidup jika tidak yakin pada diri sendiri? Setiap ciptaan Allah adalah yang terbaik dan terindah, jika Allah berani mencipta manusia, mengapa manusia tidak berani menonjolkan potensi diri?

Tahun Bertambah Ilmu Bertambah

Assalamualaikum, Salam bijak-bijak :) :) :)

Ummul Khair Professional Learning Facilitator

Bismillahirrahmannirrahimm..

Kejayaan dapat di nilai daripada sebanyak mana ilmu yang ada pada diri seseorang. Ilmu tidak boleh di ukur, dan kejayaan sebenar adalah apabila mempelajari ilmu baru dan lebih mendalam. 

Pertambahan nilai kejayaan hasil daripada orang yang yang sentiasa menuntut ilmu dan beramal serta dapat memberi manfaat pada orang lain. 

Allah Yang Maha Memberi Manfaat dan Maha Bijaksana sentiasa memberi manfaat dan mendidik hamba Nya secara sedar atau tidak. Ilmu yang ada pada seseorang itu dan telah diamalkan membuktikan KESYUKURAN kepada Pencipta kita Yang Maha Berkuasa.

Adanya tahun 2013 membuktikan yang Allah Maha Pemurah memberi ruang dan masa untuk menambah ilmu lebih banyak lagi. InsyaAllah :)

Biar menjadi kupu-kupu yang hodoh



Assalamualaikum.. Salam Maju Jaya :) :)  :)

Ketika ini sedang menari rama-rama. Jika kanak-kanak suka-suka bermain atau menari tanpa ada matlamat yang jelas. Saya sangat bahagia apabila telah dewasa ini dapat menari dengan matlamat untuk mengenal kan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. 

Ketika rama-rama masih kecil dan kelihatan hodoh, orang pandang hina dan merasakan ia tidak berguna. Apabila dewasa orang begitu bangga akan keindahan sayapnya. Sama lah seperti manusia. Kita tidak boleh menyimpulkan seseorang itu tidak berguna mahupun tidak berjaya apabila seseorang itu kelihatan pendiam atau terasing. Tidak kira lah bagaimana cara atau rupa kita dilahirkan, dimana jua kita dilahirkan kita tetap sama. Mempuyai Pencipta yang sama iaitu Allah S.W.T. Pencipta yang Maha Adil dan Maha Pemberi Keperluan. Setiap manusia Allah berikan kelebihan masing-masing.

Alhamdulillah terima kasih ya Allah, atas nikmat kelahiran diri ku yang berbeza fizikal dengan insan lain dan sungguh Maha Esa nya Engkau ya Allah kerana Engkau tutupi satu kekurangan ku dengan seribu kebaikan dan kelebihan yang lain. Setiap ciptaan Mu penuh dengan keindahan dan disaluti seribu kelebihan walaupun dimata manusia itulah seribu keburukan.

Aku yakin ya Allah, kejayaan milik ku dan Engkau akan berikan yang terbaik dalam hidup ku di dunia dan akhirat dan aku yakin jua ya Allah kejayaan dan kebahagian milik semua hamba-hamba Mu.Ya Allah Yang Maha Pembalas Jasa, terapkan dan salutilah rasa hati ku sentiasa dengan kesyukuran kepada Mu kerana aku yakin setiap yang aku rasai, alami dan perolehi segalanya untuk kebaikan diri ku sendiri di dunia dan akhirat.

Amin :)