Pengunjung Setia

Sunday, October 25, 2009

realiti zaman kini (2)

Assalamualaikum.....salam kasih dan sayang :) :) :)


Masa berlalu dengan pantas....oppsss masa berlalu dgn pantas ker....ummul yang lambat mengejar masa ni? Maaf yer org kampung orang bandar sekalian..lambat pulak nak sambung topik ni.. Meh kita sambung yer...ni Cik Ummul nak habaq....


Beginilah realiti zaman sekarang.... Sometimes aper yg kita x terfikir langsung pun boleh berlaku... yg putih, yg hitam, yang baik, yang buruk... bak kata org muda2 sekarang ni..macam-macam ada... huhuu dulu bukan x ada tapi sekarang makin advance gitu...


Bagi aku semua pihak kener mainkan peranan dengan sebaiknya....terutama sekali golongan ibu bapa.... Sebagai ibu bapa kener pandai dan kreatif mendidik anak-anak. Zaman sekarang bukan macam dulu....dulu marah sikit, kener rotan sekali dah takut macam kener makan dengan harimau pulak... sekarang ni 10 kali kener marah 10 kali kener rotan...aper jadi anak makin menjadi-jadi pe'il nyer tu.. x semua laa macam tu..ada yg baikkan... Bagi ummul... nak mendidik anak kener pandai bermain dengan psikology....sebab anak-anak zaman sekarang dah x main pukul-pukul ni..x pasal-pasal dorang pulak pukul mak ayah.... tu mungkin dari golongan ibu bapa...macam mana pulak dengan pihak lain? opps kalau nak citer semua...panjang lebar laa citer ummul ni yer..cuba anda semua fikirkan lagi (bukan apa kalau sekadar membebel jer x guna jugak..bagi can anda semua berfikir).

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang citer pasal topik ni....meh ummul story satu cerita...Alkisah.....


Sepasang suami isteri ni...mereka berkahwin bukan kerana sayang..tetapi terpaksa berkahwin atas sebab-sebab tertentu....Si suami ni seorang yang boleh dikatakan agak zalim jugak la...suka melakukan maksiat, suka minum arak dan seumpamanya. Tertarik nyer ummul disini... si isteri ni..tersangat lah baik dan tersangat lah penyabar...walaupun di maki hamun di sepak terajang sampai tahap nyawa-nyawa ikan si isteri ni di dera oleh si suami....si isteri tetap kuat mengharungi dugaan.... Selamatlah Allah panjangkan umur si isteri ni.

Nak diceritakan di sini, bagaimana si isteri membimbing si suami ke jalan yang lurus. Cuba anda bayangkan si isteri tak boleh langsung bercakap, tak boleh langsung nak buat apa-apa kecuali suami nyer suruh buat itu buat ini. Kalau si isteri tak buat habis lah anggota badan si isteri jadi mangsa kekejaman si suami. Walaupun keadaan si isteri sebegitu, dia tetap mengharap suami nya akan berubah. Apakah si isteri lakukan ?

Setiap kali solat, si isteri akan sentiasa bentangkan sejadah di depannya. Seolah-olah si suami ingin solat bersama-sama walaupun dia tau si suami tidak akan sentuh sejadah tu. Setiap malam semasa suaminya rehat dan ingin tidur si isteri akan cuba membaca Al Quran tanpa henti walaupun semasa dia membaca dia di tengking di sepak dan sebagainya oleh suaminya. Si isteri akan letakkan buku-buku agama yang telah tersusun di tempat suaminya selalu berehat. Si isteri akan menampalkan kertas yang mengandungi kata-kata nasihat dan motivasi di tempat-tempat si suami sering lihat seperti peti ais, pintu bilik,dinding dan sebagainya. Macam-macam cara si isteri cuba menegur si suami dengan cara perbuatan. Tidak pernah sekali pun si isteri menegur dengan cara ungkapan kerana dia tau dia akan diseksa apabila dia cuba membuka mulut. Pelbagai cara dilakukan oleh isteri sambil berdoa kepada Allah yang Maha Kuasa.

Pada awalnya si suami tetap marah dengan apa yang telah di lakukan si isteri tetapi si isteri tetap tabah, tetap terus berusaha dan tetap menahan kesakitan. Akhirnya dengan kuasa Allah si suami berubah apabila dia mula sedar yang selama ini dia mempunyai isteri seperti permata. Si suami sedar setelah bertahun-tahun si isteri tetap patuh walaupun saban hari diseksa tanpa henti. Akhirnya mereka hidup bahagia dan si suami cuba untuk mendalami agama islam di bantu oleh si isteri.


Semoga anda semua dapat pengajaran dari cerita ini dan dapat idea macam mana nak membantu umat islam yang telah hanyut jauh.

No comments: