Pengunjung Setia

Wednesday, October 7, 2009

Realiti Zaman Kini

Assalamualaikum.....salam sejahtera......
salam motivasi :) :) :)

Subhanallah.... 23 hari aku biarkan blog ni tanpa diedit.. rindu rasanya. Almaklumlaa disebabkan raya dan yang paling best sekali lepas raya jer exam pun menjelma. Wah memang kerja ku menyebuk dan tersebuk memanjang dengak program raya dan exam. Bukan lah exited sangat nak beraya sebenarnya tapi start tahun ni selepas semua abg dan akak ku dah berkahwin beberapa tanggunggjawab yang sebelum ini dilaksanakan oleh abang dan akak perlu aku pikul untuk ibu dan ayah yang tersayang. Alhamdulillah memang seronok apabila kita dapat mencurahkan sedikit bakti atau pertolongan kepada ibu bapa kita. Bagi aku, aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar perintah Allah dan hukum agama supaya senyuman sentiasa terukir dan kegembiraan sentiasa bertandang di hati ibu ayah ku.

Lama rasa nya aku ingin menaip tentang kejadian yang berlaku sepanjang ketiadaan aku di blog ini. Mehh aku story cikit....Seminggu selepas beraya di KL, aku bersama family pergi menziarahi nenek dan atuk di Singapura dab beberapa hari yang lepas aku dan beberapa kawan ku lunch bersama-sama. 2 waktu tersebut membuatkan hati ku betul-betul terkilan apabila melihat karenah,sikap dan pemikiran mereka. Tidak kira tua atau muda mereka masing-masing dengan pe'il nya tersendiri dengan tidak menjaga adab, mengeluarkan kata-kata yang boleh dikatakan kurang ajar,tidak menghormati orang tua, dengan cara pemakaian, dengan cara hidup yang jauh terpesong dari ajaran agama islam. Manakala seorang kawan ku pula dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam tetapi sayang sekali secara terang-terangan dia mengatakan kepada ku tidak mempercayai apa yg di ajar dalam agama islam. Subhanallah beruntungnya mereka dilahirkan sebagai umat islam tetapi kenapa mereka tidak menghayati dan menikmati segala ajaran islam dan anugerah Allah?

Beginikah realiti zaman sekarang?
Apakah kita sebagai umat islam telah mengambil langkah dan inisiative untuk membantu golongan-golongan sebegini dan memperjuangkan islam?
Apakah faktor keadaan sebagini berlaku?


Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, mari kita sama2 menghayati dan fikirkan persoalan tersebut....Salam Muhasabah Diri...

(maaf saya akan sambung post akan datang supaya kita dapat sama-sama bermusahabah diri)

No comments: