Pengunjung Setia

Tuesday, September 8, 2009

Mengajar Al-Quran

assalamualaikum... salam mesra :) :) :)

Tidak guna rasa nya jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya, tidak guna rasa nya jika kita mempunyai ilmu tidak dapat berkongsi dengan orang lain. Oleh itu, walaupun saya sedar, diri ini bukan lah sehebat mana dan sepandai mana, tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan mendidik anak bangsa terutama dalam bidang keagamaan. Teringat kembali sewaktu kecil, kecik-kecik lagi dah kener mengaji, dulu mengaji dengan ayah lah, tak pun dengan kakak.Kakak pun ustazah jugak, full time mengajar. Ayah memang pandai mengaji siap berlagu lagi. Lepas maghrib pandai-pandai lah ambil Al-Quran, mesti kener mengaji, kalau tak mengaji siap lah kener cubit dengat ayah. heheee.. Dulu bukan saya seorang jer mengaji tapi dengan kawan-kawan lain, jiran-jiran yang lain. Kiranya dulu rumah saya ni tempat kelas mengaji lah... Seronok pulak kenangkan masa dulu...

Dari dulu lagi kakak dah latih kami, mengajar kawan-kawan lain sebelum tunggu giliran untuk mengaji dengan akak. Nak mengajar orang bukan senang. Kener laa faham kan diri sendiri dulu barulah boleh ajar kawan-kawan. Dari situ sehingga la hari ini dah bosar panjang, Alhamdulillah saya telah melangkah kaki dalam bidang mengajar Al-Quran. Adalah beberapa student, boleh tahan ramainya jugak lah lagi-lagi kalau mengajar disurau lebih kurang 50 orang dalam satu surau tu tak termasuk saya mengajar persendirian dirumah-rumah. Kebanyakkannya saya mengajar persendirian dirumah student.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari tenaga pengajar Al-Quran untuk mengajar anak anda, insyaAllah saya boleh menghulurkan tenaga dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak anda.
Anda boleh contact saya di nombor 0136404262 (Ummul) untuk sebarang pertanyaan dan memerlukan perkhidmatan tenaga pengajar dari saya.


Rasulullah SAW telah bersabda : "Orang yang terbaik antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"





No comments: