Pengunjung Setia

Monday, September 14, 2009

Muhasabah Diri





Assalamualaikum.... salam ketenangan.. :) :) :)

Hati berbunga riang selepas berbuka puasa di kolej bersama pelajar islam yang lain. Bukan kerana hidangan yang enak menjadikan hati ini penuh kegembiraan. Tetapi suasana islamic dan dapat berkumpul dengan pelajar islam yang lain, sangat menenangkan jiwa. Terasa aura islamic tersebut dan yang pasti terasa ketenangan dan kesejukan hati ini. Bukan tidak pernah mengikuti majlis sebegini tetapi aku bersyukur kerana walaupun aku rasa kan aura islamic makin pudar dikolej aku namun baru kini ku yakin islam tetap teguh di hati pelajar. Alhamdulillah....


Terfikir sejenak sambil muhasabah diri ku yang lemah ini, ku rasakan begiti lemahnya iman ku hari-hari yang lepas dan hari ini. Sehingga ke saat ini ku rasakan begitu banyak dosa yang ku lakukan, terlalu leka dengan keadaan sekeliling. Ya Allah bantu lah hamba Mu ini dan kuatkanlah iman ku supaya aku terus menyujudkan diri ku pada Mu. Bagi aku diri dan hati kita yang mengawal keadaan. Apabila kita ingin lakukan yang terbaik maka kita pasti boleh melakukan yang terbaik. Apabila kita mengatakan kita luar biasa bagus maka insyaAllah kia akan luar biasa bagus. Apabila kita ingin bertaubat maka insyaAllah kita boleh bertaubat. Asalkan dengan hati yang bulat dan ikhlas melakukannya. Bukan sekadar kata-kata kosong. Seperti mana yang kita tau kata-kata itu satu doa. Ku harapkan Ramadhan kali ini memberikan sinar dan kehidupan baru bagi ku untuk terus memperbaiki diri ini menjadi lebih baik.

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah S.A.W sabdanya : Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadamkan yang jahat. Dan berperangailah dengan manusia dengan perangai yang bagus.


Walaupun di kolej aku tidak ramai pelajar islam dan aura islamic tidak begitu terasa, ku harapkan diri ini dan hati ini tetap teguh memperjuangkan islam dan sentiasa dapat melaksanakan kewajipan ku sebagai umat Islam... bantu lah hamba Mu ini ya Allah......



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati."
Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Umar r.a

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

2 comments:

Maiyah said...

salam dik.. semoga kita akan sentiasa tabah :D

ummul said...

insyaAllah kak.... harapnyer kita dapat lakukan yg terbaik hari demi hari..dan sentiasa dekat pada Nya