Pengunjung Setia

Tuesday, October 9, 2012

Kita di 11 Terminal

Assalamualaikum, Salam keinsafan :) :) :)

Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat ukhuwah dan perkongsian ilmu usrah pada hari ini. Hari ini mutiara ilmu yang ummul perolehi menyentap hati. Soalan terus terpancul di minda. Bagaimanakah aku ketika sedang di hisab dan di depan Allah ? Apabila mengenangkan dosa-dosa sebelum ini, pasti siksaan kubur dan neraka telah bersedia menerima aku. Kata-kata daripada Ummi Fatimah tadi.. dosa kita boleh terhapus apabila kita bertaubat. Persoalan nya adakah kita bertaubat setiap kali melakukan dosa. Allahhuakhbar ! Banyak sungguh kita terleka untuk meminta taubat. Penambahan daripada Ummi Fatimah taubat juga perlu diminta dengan jelas. Bertaubat kerana kesalahan apa? Ya Allah tersedar ummul, bukan matlamat sahaja yang perlu ditentukan dengan jelas, malah taubat juga perlu di minta dengan jelas.. Contohnya, taubat pandangan mata pada waktu sekian-sekian. Sebab tu apabila kita melakukan dosa sahaja cepat-cepat taubat masa itu juga dan berjanji tidak mengulangi nya lagi.

11 Terminal perjalanan penghapus dosa kita. Terdapat 3 bahagian iaitu 4 terminal dunia, 3 terminal kubur dan 4 terminal akhirat.

4 Terminal Dunia

1) Taubat
     - Dosa kita di dunia akan tercatit selamanya dan tidak akan terhapus selagi kita tidak bertaubat. Solat taubat dan sebutkan dosa secara spesifik, berjanji tidak mengulangi lagi dan berusaha supaya tidak mengulagi dosa yang sama.

2) Istighfar

3) Buat baik

4) Musibah
    -  Musibah yang menimpa menunjukkan bahawa Allah tidak mengizinkan kita melakukan dosa lagi dan merupakan satu cara untuk menghapuskan dosa. Segalanya membuktikan kasih sayang Allah.

3 Kubur

1) Solat jenazah
    -  Apabila ramai orang solat jenazah semasa kematian kita dan mereka mendoakan keampunan bagi kita dapat menghapuskan sedikit dosa kita.

2) Fitnah kubur.
    -  Apabila kita tidak banyak dosa maka segala soalan yang di ajukan oleh malaikan di jawab dengan mudah. Siksaan kubur juga merupakan cara untuk menghapuskan dosa. Apabila telah menerima siksaan kubur dan dosa berkurangan, siksaan di neraka dapat dikurangkan.

3) Hadiah pahala.
   - Doa daripada anak dan orang yang masih hidup dapat mengurangkan dosa kita dan melapangkan lagi luas kubur.

4 Akhirat

1) Kengerian hari kiamat
    -  Amalan kita di dunia menentukan situasi kita semasa kiamat terjadi. Contohnya, jika kita soleh dan kurang melakukan dosa, semasa kiamat berlangsung, kita dalam selamat dan kurang kecederaan.
  - Masa yang diambil untuk menunggu giliran kita di hisab oleh Allah adalah selama 500 000 tahun.
  - Jika kita tepati masa di dunia, solat diawal waktu dan melakukan kebaikan dengan segera, kita akan marasakan masa menunggu di hisab hanya lah seperti solat 2 rakaat yang sekejap masanya.

2) Berdiri di hadapan Allah
    - Apabila menanggung dosa yang banyak, wajah akan pucat hitam ketakutan pada Allah dan sekiranya kita menanggung pahala yang banyak, kita tidak sabar-sabar dan teruja kegembiraan kerana dapat berjumpa denngan Allah.

3) Syafaat Nabi
    -  Nabi Muhammad S.A.W berkata, siapa yang mendapat air daripada tangan ku, dia tidak akan haus dan memperolehi syafaat ku.

4) Ampunan Allah
    - Allah akm mengampunkan kita sekiranya bertaubat. Kita juga perlu meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan pada manusia. Mungkin keampunan Allah terlepas, dan tida semestinya dosa akan terhapus sekiranya orang yang buat salah itu tidak memaafkan kita.

Banyak lagi yang dikongsikan dalam usrah pada hari ini. InsyaAllah diizinkan Allah ummul akan sharing is caring lagi. Setakat ini dulu, jumpa lagi :)

No comments: