Pengunjung Setia

Sunday, August 12, 2012

Ilmu Hari Ini

Assalamualaikum. Salam syukur :)

Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat yang melimpah ruah dan ujian silih berganti yang Engkau anugerahkan kepada hamba Mu yang hina ini. Hari ini masa seharian ku dipenuhi dengan memberi dan menerima. Seawal pagi ummul ke Kota damansara mengejar AlQuran kepada seorang anak kecil yang sangat cerdik dan aktif. Setiap saat ada sahaja pergerakan yang di alun sambil membaca dengan penuh semangat dan lancar. Kemudian meneruskan perjalanan ke UIA menuntut ilmu pula dan dalam masa yang sama seperti sedang di "dera" oleh sahabat-sahabat PLF. Sahabat-sahabat PLF seramai 4 orang berkorban masa,tenaga dan fikiran semata-mata untuk membantu ummul menyiapkam modul Nashr ! :) Apa yang ummul cuba sampaikan adalah modul yang mempunyai intipati syukur. Bagi mengetahui sejauh mana ummul mengetahui, memahami dan menguasai konsep syukur itu sendiri, maka pelbagai soalan yang diajukan sehingga soalan-soalan itu di balas dengan senyuman. Tiada jawapan yang di muntahkan hanya senyuman yang dapat diukirkan. Akhirnya saya berkata ' ooooohhh nooo saya di dera " :) Hee dera untuk kebaikan :) Secara jujur mulut ini berkata.. astaghfirullahhal aziimmm... terbangang sekejap ( maaf menggunakan perkataan kasar ). Satu mutiara yang ummul dapat kutip pada hari ini adalah " Bagus lah rasa bangang itu, kerana bila kita merasakan sebegitu, maka kita akan lebih berusaha untuk mencari dan belajar lagi, daripada orang yang merasakan cukup dengan ilmu yang dia ada". Ohhhh terkesan sungguh di hati hingga menyusuk kalbu.

Apabila diajukan soalan paling senang dan memerlukan jawapan yang paling senang juga adalah " Apa itu syukur? " Haa jawapan ummul adalah mengulangi soalan itu dan diajukan kembali kepada semua sahabat-sahabat ummul di situ. Bijak ummul ini ya ;) Nak tahu apa jawapan nya? Haaa ini jawapannya :

1. Syukur adalah redha dengan apa yang ada pada dirinya.
2. Syukur adalah relaks :)
3. Syukur adalah ucapan terima kasih atas ujian yang Allah berikan untuk mengetahui sejauh mana kejayaan kita menghadapi ujian.
4. Syukur adalah sesuatu kebaikan yang kita dapat.

Haaa setiap seorang ada jawapan tersendiri yang berlainan. Ini baru 4 orang, jika ummul tanya 100 orang sekalipun pasti jawapan mereka berbeza. Unik sungguh soalan ini. Satu soalan beribu jawapan :)

Kemudian ummul dikongsikan bagaimana cara untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih santai dan menyusuk ke lubang hati yang dalam. Nampak mudah, mudah lagi untuk lakukannnya lawannya. Heee :)
Melalui gambar, video dan permainan sahaja tanpa huraian yang panjang dari dua bibir penyampai itu mampu membuka pintu hati seseorang insan yang bergelar manusia :) Kelihatan senang dan sebenarnya agak senang lawannya untuk menyediakan dan melakukan perkara sebegitu. Terpaku selama berjam-jam ummul di ruangan bilik itu oleh slide dan bahan-bahan yang disampaikan oleh seorang sahabat ummul itu. Banyak lagi mutiara ummul kutip dan perlukan masa dan usaha yang keras untuk menyelami lautan ilmu ini. Ummul yakin akan perolehi ilmu itu pada masa yang tepat kerana Allah itu Maha Mengetahui dan ilmu itu milik Allah, Allah juga Maha Pemberi. Jadi ummul pasti dan yakin ummul akan perolehi :) Doakan ummul ya wahai kalian semua supaya ummul memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat mengamalkannya. Amiin...

Kemudian kami susuri sepetang kami dengan mundar mandir di dalam bangunan shopping complex mencari tempat mengisi perut berbuka nanti. Akhirnya, oleh kerana semua tempat telah penuh, kami memilih untuk berkelah di atas lantai di tepi air pancut di dalam bangunan yang di luarnya hujan turun dengan rancaknya tanpa kami kebasahan. Indah silaturrahim ini apabila dapat menjamu rezeki Allah dalam apa jua keadaan dan tanpa menghiraukan pandangan mata yang menyaksikan kemesraan persahabatan kami dan keindahan mensyukuri apa yang berlaku ketikan itu.

Penghujung hari ini, ummul menyedari banyak lagi ilmu dan skill yang patut di terapkan dan di pasakkan ke dalam hati, minda dan fizikal. Ummul perlu membaca lebih banyak, perlu sentiasa research dengan pak cik google perlu membaiki riak wajak, perwatakan dan perbuatan. Azam di pagi sunyi ini ummul jadikan apa sahaja di depan mata sebagai tool atau alat ummul menambah tabung ilmu ummul dengan cara mengambil gambar sebagai bukti dan kenangan dan mencoretkan ilmu yang ummul perolehi di sini.

Doa kalian amat ummul harapkan, kerana dengan doa kalian lah ummul masih menarikan jari di sini. Berjumpa lagi di episod seterusnya :)

No comments: