Pengunjung Setia

Tuesday, February 9, 2010

Kata dari hati

assalamualaikum... salam indah :) :) :)

Nak cerita apa yer? yang pasti nak jugak coretkan ayat-ayat di teratak ku malam ni. Huhuhuu hari ni dari pagi sampai lah tengah hari ummul duk uruskan adik masuk sekolah.. Seronoknya, teringin dulu nak masuk asrama tapi mungkin keadaan tak mengizinkan. Takpa-takpa asalkan sekarang hidup mesti luar biasa bagus... tak dapat masuk asrama pun tak apa asalkan adik ummul dah masuk dan ummul dah cuba usaha jalani tanggungjawab sebagai kakak. heheeee

Jom testing otak..dah lama x berpuisi..dah reput ke belum..huhuu

Dedaun menari dan terus menari
Mengikut alunan sang angin.
Dedaun tetap akur 
Angin tetap kencang memainkan rentak
Walau sekuat mana rentak sang angin
Dedaun masih utuh di dahannya

Adakah diriku seperti dedaun?
Mengapa tidak?
Menari seperti dedaun menari penuh kesungguhan
Walau dugaan yang mendatang dengan pelbagai rentak
Diri tetap utuh di dalam kehidupannya
Tetap berpaut pada imannya

Hati pula berkata-kata
Yang mana satu pilihan hati
Adakah diriku dedaun yang segar di saluti kehijauan
Atau dedaun yang layu disaluti kekuningam
Otak pula menguraikan wayar yang tersimpul 
Lihatlah dedaun yang disaluti kehijauan itu
Tetap utuh tetap unggul 
Walau sang angin dengan rakus mengalunkan rentak
Lihatlah dedaun yang disaluti kekuningan itu
Gugur disantap sang angin walau hanya sekilas

Dedaun yang disaluti kehijauan itulah aku
Pasti boleh kan?
Sedangkan daun dapat bertahan pada dahannya
Walaupun sekuat mana sang angin mengalunkan rentaknya
Aku juga boleh bertahan pada imanku
Walaupun sekuat mana sang dugaan mengalunkan rentaknya
Aku tidak ingin gugur bagai dedaun kekuningan itu
Hanya kerana diusik sekilas oleh sang angin
Hanya kerana disisip oleh sang dugaan
Biar sang dugaan mengalunkan rentaknya
Yang pasti aku tetap bersama Pencipta ku
Walau suka dan duka
Kerna ku pasti Pencipta ku sentiasa bersama ku

Isshh isshhh isshhh entah pa per ayat ummul ni..yang pasti ummul suka tengok daun yang berterbangan...sebabnya dapat meningkatkan motivasi dan mengenyangkan hati dengan santapan mata yang melihat daun-daun tu. Jadi harapnya kawan-kawan pun dapat memberi makanan yang lazat pada hati...kesian..hati pun lapar jugak tauu










No comments: