Pengunjung Setia

Wednesday, December 22, 2010

ISK ( Ini lah Sejarah Kita) 4

siapa diri kita?


siapa diri kita ?? siapa kamu?? siapa saya ?? tau enggak?? loooloo semestinya laa tau...haa siapa? manusia laaa cik ummul oiiikkkk...ppppuuuukkkk tertepuk dahi ku...

yerrr pandai !!!! sudah semestinya laaa kita manusia kan?? takk kan ........
hmm den dah habaq post lalu...manusia itu sebagai apa didunia ni wahai cik adik ku sayang...haaa !!!! tau-tau..sebagai khalifah !!!! yaaa  betul !!!  :)

Tetiba ummul teringat naqibah ummul pernah tanya...kita ni siapa...then jawab..kita ni muslim la..dah tu mukmin tak?? haaa..mukmin laaa...laa mana satu ni...apa tu muslim? apa tu mukmin...heee muslim tu seorang yang mengucap 2 kalimah syahadah..mukmin tu orang yang mengucap 2 kalimah syahadah dan mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan laranganNya.. (hmm betul tak? kalau salah tolong tegur yer,,ummul pun masih kekurangan ilmu)

Melalui sejarah muslim berasal  daripada Nabi Adam a.s, seterusnya nabi-nabi sehinggalah nabi Muhammad S.A.W.. haaa so terjawab tak soalan ummul pada post lalu...terbuktilah zaman mesolitik, neolitik, logam dan seterusnya itu tidak benarkan...

sejarah kita

Percaya tak..kalau laaa kita kaji betul-betul sejarah Islam..pasti kita akan lebih menghargai kelahiran kita dimuka bumi ni..matlamat kita juga makin jelas..laaa dalam dunia ni pun kalau nak buat apa-apa pun..nak kawin pun perkara yang nak diambil tau adalah keturunan..kita ni berasal dari mana lah..orang nogori mano laa...apa laaa...haaa sama laaa kita nak mencapai cita-cita dan matlamat kita...kita juga mesti tau asal usul dan sejarah kita...baru lah kita dapat merancang dan melaksanakan apa yang patut lakukan...betul tak?

Ramai nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel dan mereka sebelum ini dianggap kaum terpilih oleh Allah. Mereka diberi pelbagai pertolongan dan nikmat, tapi mereka pada zaman itu mengabaikan tanggungjawab mereka dalam soal ibadah dan khalifah. Mereka  telah melakukan penyelewangan akidah dan ibadah dan juga menyembunyikan kebenaran. Ini mengundang kemurkaan Allah dan akhirnya Allah mengalihkan nabi di kalangan keturunan Nabi Ismail a.s iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jarak  masa antara Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sangat lah lama tapi ajaran Nabi Ibrahim a.s ada yang masih kekal macam amalan Haji dan bulan-bulan haram.




haaa... ini lah sejarah kita.... faham enggak rajah tu... heehhh faham-faham... haa cuba explain kalau faham...baik boshh.... alkisah...

Era Jahiliyah
Era ini dikenali juga sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang.

Era Makkah
Semasa Nabi Muhammad berumur 40 tahun, Baginda pergi ke Gua Hira' di Bukit Nur. Disinilah kisah penurunan wahyu berlaku. Baginda menjalankan dakwah secara tersembunyi selama 3 tahun. Antara yang mengikuti Nabi pada waktu itu adalah Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali b. Abl Talib, Abu Bakar dan ada beberapa orang lagi. Kemudian Nabi barulah menjalankan dakwah secara terbuka yang bermula dari keluarga dan seterusnya masyarakat. Nabi ,Muhammad s.a.w meneruskan dakwah selama 13 tahun di Mekkah.

Era Madinah
Era ini berlangsung selama 10 tahun (623-633 M). Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin di Madinah. Manusia dapat melihat Islam dari sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Antara peristiwa yang berlaku disini adalah pembinaann Masjid Nabawi, persaudaraan Aus dan Khazraj, piagam madinah, perang uhud, perang khandaq perang khaibar dan beberapa perang lagi. Setelah 10 tahun di Madinah dianggarkan seramai 124000 orang menerima Islam.

Era Khulafa' Ar-Rashidin
Terdapat 4 khalifah pada era ini..iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, dan Ali Abi Talib. Sepanjang era ini berlakunya pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.

Era Umayah
Bermula 661 hingga 750 M. Khalifah pertama adalah Muawwiyah b. Abi Sufyan dan berpusat di Damsyik, Syam.Dalam Era ini berlakunya perluasan Islam secara besar-besaran. Antara misi pada waktu itu ialah misi ke Constantinople, misi ke Afrika Utara, Misi ke Andalus,  dan misi ke Sempadan India.

Era Abasiyyah
Bermula pada 750 hingga 1265 M. Era ini dibahagikan kepada 2 zaman iaitu zaman keemasan dan zaman kejatuhan. Diasaskan oleh Abu Al Abbas Abdullah dan berpusat di Kota Baghdad. Zaman keemasan berlangsung ketika pemerintahan khalifah Harun Ar-Rasyid dan khalifah Al-Makmum.
Antara sistem yang diperkenalkan:
  • buku dikumpulkan dari Rome, Greek, Mesir Kuno, Parsi, India dan China.
  • lahir tokoh-tokoh Islam, contohnya Ibn Batuttah yang mahir dalam Geografi
  • berjaya mengira ukur lilit bumi
  • adanya teknologi pembuatan kertas
  • sistem pendidikan
  • berkembangnya bidang sains dan falsafah
  • penubuhan Universiti
Perang Salib
Bermula 1095 hingga 1291 M. terdapat 9 siri perang salib, ada kalanya orang islam menang dan kalah. 

Serangan Monggol
Berlaku 656 hijrah (1258 M) kaum monggol terkenal dengan kehebatan mereka berperang. Mereka tinggal secara nomad dan tidak mempunyai pembangunan tamadun. Golongan wanita pun turut serta berperang. dalam peperangan, mereka membunuh sesiapa sahaja termasklah wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Kerajaan Turki 'Uthmaniyyah
Bermula pada 1265 hingga 1924 M. Kerajaan turki 'uthmaniyyah diasaskan oleh 'Uthman Gazi. Kerajaan menguasai Austria, Hungary, Bulgaria, Czeeh, Yugoslavia, dan Albania .

Kejatuhan Khalifah
Bermula ketika Perang Dunia 1. Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan ini memberi peluang kepada orang Eropah menguasai Islam. Sultan Abdul Hamis II merupakan sultan kerajaan turki utkmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Malangnya kejatuhan ini tidak begitu diketehui umat Islam. Sebabnya tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Setelah penjajah menguasai politik, mereka menguasai minda masyarakat pula. Penjajah menyediakn sistem pendidikan bermodelkan barat bagi mendidik anak melayu supaya mewarisi kepimpinan barat. Sistem sosial juga dihancurkan dan digantikan dengan berbagai hiburan.

Ya Allah.. yesss dah habis explain pasal sejarah...we continue to last topic...waiting me yaa :) 






No comments: