Pengunjung Setia

Friday, September 24, 2010

pelakon dan lakonan

assalamualaikum.. salam motivasi :) :) :)

24 Sept 2010 tarikh dimana ummul semakin bertambah kuat dalam mencari dan menari kan diri ini mengikut melodi lumrah kehidupan kerna tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi dan rasai. Itu lah kehidupan.. kita perlu memilih dalam setiap rentak yang kita mulakan sebabnya pilihan itu satu pengorbanan...Terbuka sahaja mata ini..kita akan membuat pilihan...betul tak? Mata terbuka...nak pilih..nak bangun ker nak tidoo semula...di pagi hari..nak pergi kelas ke tak nak...masa berputar lagi..nak berjaya ke tak nak berjaya...jarum mengelilingi nombor di pentas jam..nak jadi baik atau jahat.. malam menjelma..nak makan ker tak nak...dan adduuuhhhh banyak nya nak taip...rasanya sampai mata ini terpejam lena pun tidak akan habis nak senaraikan setiap pilihan yang perlu di buat...betul tak? Lihat !!! setiap detik yang berlalu sedar atau tidak kita sentiasa membuat pilihan...

Secara terang beberapa hari yang lepas..diri ini begitu lemah dalam menempuh dan berperang dengan diri sendiri..pernah dengarkan...perang dengan nafsu lebih hebat dari perang di medan peperangan...kalau di medan peperangan hanya bawa senjata parang atau senapang...tapi dengan hawa nafsu dengan apa pulak nak jadikan senjata? tidak perlu ummul nyatakan kerana ummul pasti jawapan sudah sedia maklum pada diri setiap insan yang bergelar hamba Allah... Mulai hari ini ummul akan berperang habis-habisan..insyaAllah..semoga kejayaan bersama-sama orang yang tidak pernah kenal erti putus asa..insyaAllah...

Cupp... nak selitkan syair dari sebuah buku "Munajat Cinta" penulis Taufiqurrahman al-azizy

aku ingin engkau seperti bunga cina
bentuknya tidak kalah cantiknya dengan bunga mawar
warnanya putih, suci, berseri
tapi, ia bunga yang rendah hati
yang tidak perlu melindungi diri dengan duri
ia juga bunga yang tidak banyak permintaan
ia dapat tumbuh di mana saja
bahkan, hanya dengan penjagaan sederhana

Saat ini ummul terbayangkan insan-insan yang sama-sama menjadi pelakon dalam pentas kehidupan seorang insan yang bernama ummul khair fatimah binti afandi dan muslimah... bermacam-macam lakonan di lagakkan...ada yang macam tu..ada yang macam ni... Mereka lah madu yang dapat mengubati penyakit ummul..tetapi mereka juga laa yang menjadi lebah..apabila di sengat sakitnya hingga menyusuk qalbu...itu semua adalah rencah bagi mencorakkan kehidupan ummul lebih berwarna warni...walaupun sedih menyerang hati...tiada kemampuan yang dapat ummul lakukan..kasih sahabat dan kenangan bersama pelakon A tidak seperti dulu...ada jurang yang memisahkan...tetapi dalam masa yang sama ummul rancak dalam melakonkan watak bersama sahabat B..perbezaan mereka amat ketara...walaupun terkecil hati sedikit tapi kebahagian lebih menerajui pentas hati..kerana kenangan saat ini lebih bermakna...ya sahabat-sahabat..kamu semua bermakna dalam diri ini..maafkan kesilapan ummul..sepanjang ummul melakonkan watak dalam lakonan kehidupan sendiri..doaku sentiasa untuk kalian...

Sem kali ni..ummul rasa kan setiap detik yang berputar...makin banyak sajian motivasi di hidangkan oleh pensyarah di kolej..alhamdulillahh..terima kasih misss terima kasih sir.. setiap kata-kata mu akan ummul semadikan dalam lubuk hati dan jadikan senjata dalam peperangan hawa nafsu... (ingat ya hawa nafsu banyak jenis..ada yang baik ada yang buruk...jangan ingat pada satu nafsu sahaja ya)

miss pensyarah ku berkata.. yang penting diri sendiri !!! point nya bukan dari mana kita datang..yang penting point utama diri sendiri.. ya benar miss yang penting diri sendiri..diri sendiri laa yang menentukan lakonan yang mana satu kita nak lakonkan.. sajian yang mana satu kita perlukan..kejayaan yang bagaima kita inginkan...segalanya bermula dengan diri sendiri..tiada siapa yang dapat merubah sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri...ya ummul akan jadi diri sendiri..tidak kisah laaa apa orang nak kata..apa orang nak fikir..yang penting bagi ummul... pandangan mata Allah...ya dan tiada siapa yang dapat membuatkan ummul menangis melainkan diri ummul sendiri...ummul akan sedaya upaya melakonkan watak yang akan menjadikan mimpi-mimpi dan angan-angan akan tercapai di samping disaluti ketaqwaan kepadaNya...semoga Allah memberi rahmat pada hambaNya yang di beri nama ummul....untuk sentiasa sujud dan terus mengharumkan bumi dengan kebaikan untuk setiap makhluk Nya...

Akhir sekali...kata-kata dari sir, pensyarah ku...

Jika kita nak jadi sombong, biarlah sombong berilmu...
jika kita nak jadi tamak, biarlah kita tamak dalam kebaikan..
jika kita nak jadi pemalu, biarlah kita malu dalam perhubungan..
jika kita nak jadi hebat, biarlah hebat di kalangan manusia...

No comments: