Pengunjung Setia

Sunday, October 3, 2010

cerita di sebalik cerita

assalamualaikum... salam sayang :) :) :)

Cerita di sebalik cerita...kisah di sebalik kisah..hikmah di sebalik kisah....semalam dan hari ni ummul mendengar dan melihat pelbagai cerita dari lakonan insan di muka bumi ini...Tidak lepas-lepas mengucapkan kesyukuran pada Nya...kerana begitu bertuah nya ummul dengan apa yang telah ummul genggam pada waktu ini..berbanding insan lain yang banyak diuji dengan pelbagai bentuk dan gaya...

Semalam di rumah sahabat vs adik beradik usrah, lecturer ummul berkongsi satu cerita...ingin menitis air mata ini apabila mendengarnya.. (miss izinkan saya berkongsi cerita miss di sini ya).. alkisah seorang yang mempunya keluarga yang agak berada....saban hari melalui satu kedai showroom kereta apabila ingin pergi ke universiti...saban hari juga laa semasa melalui kedai tersebut..dia berangan-angan ingin sebuah kerata idaman hati...dan dia berhajat..sekiranya dia telah graduation atau tamat pembelajarannya dia inginkan ayah nya membeli kan kereta tersebut...oleh kerana dia seorang anak yang baik, mengikuti segala apa yang ayah nya katakan dan tidak pernah lagi meminta apa-apa dari ayahnya sebelum ini...bagi dia permintaan nya terlalu kecil dan bukanlah sesuatu yang susah untuk mendapatkannya...

Akhirnya tamat sudah pembelajaran nya...dan dengan keadaaan hati yang riang..dia terus berjumpa ayahnya... dan apabila berjumpa ayah nya..hatinya bertambah-tambah riang kerana melihat si ayah memegang sebungkus kotak hadiah...hati dia berkata..pasti dalam kotak itu ada kunci kereta idamannya itu... apabila si anak membuka kotak itu....................... hati si anak terus terluka kerana dalam kotak itu hanya terdapat sebuah buku....begitu kesal si dia..kerana baginya setakat satu permintaan sahaja ayahnya tidak dapat tunaikan...dan ayahnya bukan tidak mampu..malah lebih dari mampu..si dia yang baik terus bertukar character dan terus pergi jauh dari ayahnya..tanpa menjenguk ayahnya setelah bertahun-tahun...

Satu hari dia mendengar khabar ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir...dia pun terus pergi ke rumah ayahnya...rumah itu kosong..ayahnya telah tiada lagi dan tiada sesiapa di situ...tapi rumah itu..ya rumah itu seperti dulu lagi, tidak berubah..susun aturnya tetap seperti dulu...dan dia menjenguk kamarnya...dia melihat keadaan kamarnya juga seperti dulu....dan.... kotak itu !!! kotak itu tetap berada di atas katilnya....setelah bertahun-tahun meninggalkan bilik itu...tetapi hadiah itu tetap di situ..tanpa di usik oleh siapa-siapa..dia pun membuka kotak itu dan mengambil buku itu...tiba-tiba PUUKKKKKK.... sesuatu terjatuh ke lantai...yang jatuh itu... adalah kunci kerata yang di idam-idamkan itu.. rupa-rupanya di sebalik buku itu terdapat kunci, cek dan sekeping nota...si ayah berkata dengan kunci dan cek ini ambil lah kereta idaman mu anak ku di showroom yang kamu lalui saban hari itu...... Mengalir mata si dia..tetapi semua telah terlambat...si ayah telah pergi dulu dan dia tidak sempat meminta ampun pada si ayah...dia telah bersangka buruk dan menjauhkan diri dari si ayah kerana anggapannya keiinginannya tidak ditunaikan...

Kisah ini bukan mengisahkan perhubungan antara anak dan ayah..tetapi apa yang tersirat adalah... apa yang kita idamkan..apa yang kita angan-angankan tidak semesti nya kita dapat dengan cara yang kita inginkan...mungkin kita akan dapat juga tetapi dengan cara atau keadaan yang kita tidak tahu bagaimanan... bersabar lah dan jangat cepat melatah.... bak kata miss jangan fikir dari mana kita bermula tetapi fikir lah dari mana kita akan berakhir... fikir-fikir kan laaa..dan selamat beramal....

Hari ni pulak.. mata menjadi bukti kisah insan-insan yang lain.....first semasa ummul tengah memandu..ummul melihat seorang lelaki tua OKU duduk di kerusi roda dan kerusi roda itu berjalan di lebuh raya..di jalan yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan...ya Allah kesian nya orang itu.....kalau laa boleh ummul nak jer tolong dia..tapi tak berkesempatan...jalan tu kereta tak boleh berhenti...sesak dengan kenderaan...hmm ummul sekadar berdoa semoga orang tu selamat....

Ummul meneruskan pemanduan... pergi sebuah rumah...seorang ibu buta yang baru sahaja melahirkan anak... ingin menitis air mata sekali lagi apabila melihatkan keadaan si ibu dan si anak...mereka bukan golongan yang senang..serba kekurangan..tetapi si ibu dikurniakan rezeki anak yang ramai...ada keluarga yang inginkan anak nya sebagai anak angkat kerana melihat si ibu tidak mampu menjaga anak yang ramai dek  di sebabkan penglihatan yang tidak nampak...tapi si ibu dan suaminya tidak mahu menyerahkan anak nya kepada orang lain..mereka begitu kental mengharungi kehidupan...ya Allah semoga Engkau merahmati mereka dan memberikan kehidupan yang terbaik bagi mereka....

Dari kisah-kisah ini...sebak nya hati...bersyukurnya kita diatas nikmat yang kita perolehi hari ini....lihatlah orang lain pelbagai dugaan yang ditempuh..semoga dari kisah-kisah ini ummul dan kalian semua mendapat sesuatu mutiara sinar yang dapat kita menyedari hakikat hidup dan sentiasa bersyukur pada Nya...

No comments: