Pengunjung Setia

Tuesday, January 1, 2013

Biar menjadi kupu-kupu yang hodoh



Assalamualaikum.. Salam Maju Jaya :) :)  :)

Ketika ini sedang menari rama-rama. Jika kanak-kanak suka-suka bermain atau menari tanpa ada matlamat yang jelas. Saya sangat bahagia apabila telah dewasa ini dapat menari dengan matlamat untuk mengenal kan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. 

Ketika rama-rama masih kecil dan kelihatan hodoh, orang pandang hina dan merasakan ia tidak berguna. Apabila dewasa orang begitu bangga akan keindahan sayapnya. Sama lah seperti manusia. Kita tidak boleh menyimpulkan seseorang itu tidak berguna mahupun tidak berjaya apabila seseorang itu kelihatan pendiam atau terasing. Tidak kira lah bagaimana cara atau rupa kita dilahirkan, dimana jua kita dilahirkan kita tetap sama. Mempuyai Pencipta yang sama iaitu Allah S.W.T. Pencipta yang Maha Adil dan Maha Pemberi Keperluan. Setiap manusia Allah berikan kelebihan masing-masing.

Alhamdulillah terima kasih ya Allah, atas nikmat kelahiran diri ku yang berbeza fizikal dengan insan lain dan sungguh Maha Esa nya Engkau ya Allah kerana Engkau tutupi satu kekurangan ku dengan seribu kebaikan dan kelebihan yang lain. Setiap ciptaan Mu penuh dengan keindahan dan disaluti seribu kelebihan walaupun dimata manusia itulah seribu keburukan.

Aku yakin ya Allah, kejayaan milik ku dan Engkau akan berikan yang terbaik dalam hidup ku di dunia dan akhirat dan aku yakin jua ya Allah kejayaan dan kebahagian milik semua hamba-hamba Mu.Ya Allah Yang Maha Pembalas Jasa, terapkan dan salutilah rasa hati ku sentiasa dengan kesyukuran kepada Mu kerana aku yakin setiap yang aku rasai, alami dan perolehi segalanya untuk kebaikan diri ku sendiri di dunia dan akhirat.

Amin :)

No comments: