Pengunjung Setia

Sunday, January 10, 2010

Memisahkan Ikatan Ukhuwah

Assalamualaikum... salam sayang :) :) :)

Terfikir sejenak..
 
Biar orang sakiti kita, jangan kita sakiti orang.. Biar orang buat jahat pada kita, asalkan kita sentiasa berbuat baik pada orang...

Ummul pegang ayat ini, sedaya upaya ummul cuba berbuat baik pada orang dan cuba menjaga hati orang. Tetapi adat manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Walaupun ummul cuba melakukan kebaikan, mungkin ummul terlepas pandang yang ummul telah melakukan kejahatan. Sebab itu, manusia saling memerlukan sebagai ikatan saudara, sahabat, seagama, sebangsa dan sebagainya untuk saling nasihat-menasihati, saling tegur menegur, saling memenuhi antara satu sama lain.

Sungguh terkilan apabila segelintir manusia yang pernah hadir dalam hidup ini, memisahkan ikatan ukhuwah kerana kekurangan yang ada pada diri ini. Bukan kah setiap manusia pasti ada kekuranngan? mengapa kita sebagai manusia tidak boleh menerima kekurangan dan menjadikan kekurangan sebagai kelebihan..fikir-fikirkan lah... ummul rasa kita sebagai hamba Allah terlalu banyak kekurangan dan hanya Allah yang sempurna.. tidak perlu rasanya kekurangan dijadikan alasan untuk memutuskan ukhuwah.

Semakin hari dan semakin usia meningkat, pemikiran kita semakin matang. Ummul simpulkan disini mungkin ikatan yang terputus ada baiknya dan mungkin mengelakkan kita dari melakukan dosa yang berlipat-lipat.
Benar lah ayat ini.. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu (Albaqarah:216). Mungkin kita sedih dan benci apabila sahabat kita atau sesiapa sahaja memisahkan ikatan yang telah terbina sekian lama..Tetapi terfikirkah kita mungkin dengan perpisahan ini ada baik dan hikmah nya yang kita tidak nampak dan juga mungkin mengelakkan kita dari terus melakukan dosa.

Jika kita rasa ikatan itu perlu dipanjangkan dan perlu diselamatkan untuk menuju kebaikan dan menuju ke jalan Allah, bagi ummul kita patut mempertahankannya. Tetapi sekiranya ikatan itu membuatkan kita lebih jatuh dan cenderung untuk melipat gandakan dosa kita, lebih baik kita redha dengan ikatan yang telah terputus dan bersyukur atas segala yang berlaku. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Akhir sekali, sebagai ingatan kita bersama. Kadang-kadang kita rasa orang itu terbaik bagi kita, tapi hakikatnya tidak. Kadang-kadang kita rasa orang itu bukan yang terbaik untuk kita tetapi disebaliknya orang itu lah yang terbaik bagi kita.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu (Albaqarah:216)

2 comments:

Maiyah said...

mmg mulia dik, tp pd zaman skrg ni nk kene hati2 n kalo terlalu baik pun x leh

UKHAF said...

yer kak... terima kasih..sama2 laa kita berusaha n berdoa spy kita dpt buat sesuatu kebaikan dan hari2 yg kita jalani dipenuhi dgn kebaikan