Pengunjung Setia

Thursday, April 28, 2011

Perubahan dan Kelainan

assalamualaikum dan salam luar biasa pada malam ni :) :) :)

Pelbagai situasi yang berlaku sehinggakan ummul terpaksa berlari mengejar peredaran masa yang sentiasa dipenuhi situasi yang luar biasa. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang sentiasa di tatap oleh mata, di dengar oleh telinga, di rasa melalui badan, diproses oleh fikiran.Apa yang pasti segala situasi ini membuktikan Allah itu Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Segala situasi ini adalah yang terbaik untuk ummul. Ya itu sudah pasti.

Bermulanya situasi di kolej, perubahan berlaku apabila mengenali orang yang dapat membantu mencerahkan lagi hari-hari yang mendatang dan membantu merungkaian persoalan yang sering berlegar difikiran. Orang pertama apabila mengenali naqibah ummul tanpa sengaja dan diminta. Persoalan mengenai agama sendiri, kehidupan dan yang paling penting tujuan mengapa ummul dilahirkan di dunia ini. Usrah yang pertama pada 14 April 2010, dan setelah setahun ditarbiyahkan oleh seorang naqibah, akhirnya naqibah ummul perlu berhijrah, hubungan kami tidak terpisah tetapi jauh dimata dekat dihati dan akan digantikan oleh naqibah yang baru. Ya walau apa jua berlaku ummul akan tetap terus mentarbiyahkan diri dan bermula saat ini lah masa yang sesuai untuk ummul pula menjalankan tanggungjawab dan mendapat kesedaran untuk mentarbiyahkan orang yang berada disekeliling ummul, ilmu yang disimpan sahaja akan berkarat dan akhirnya ia hilang dan tidak berguna lagi, tetapi ilmu yang sentiasa diaamalkan dan cuba dikongsi bersama orang lain akan tetap subur dan dapat menikmati kemanisan ilmu itu. Bersesuaian lah dengan tujuan kita dilahirkan iaitu adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah dimuka ini. Hanya ada 2 tugasan sahaja yang perlu kita laksanakan sepanjang nadi kita masih berdenyut. Tapi sayang berapa ramai kah orang sedar akan tugas mereka? Jadi bagi sesiapa yang telah sedar, peranan kita pula lah untuk mengingati orang lain atas 2 tugasan itu.

Mengenali lagi dengan seorang pensyarah dan kini tidak dipanggil lagi pensyarah, tetapi dipanggil sebagai Founder & Professional Fasilitator (Trainer). Beliau juga ummul jadikan mentor, yang sentiasa memberi ilmu dan input pada ummul. "Ya betul kata sir, matlamat penting dan menetukan kehidupan kita kerana pilihan ada di tangan kita, dan seperti mana yang sir selalu katakan, kita sentiasa ditapis oleh Allah, samaada kita masih bertahan atau tidak untuk menhadapi cabaran dan ujian yang mendatang". Untuk menikmati kejayaan dunia dan akhirat kita perlu mengetahui matlamat kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Disini ummul mengenali dengan pelbagai jenis orang yang dipenuhi dengan pelbagai ragam. Ada yang baik, ada yang tak baik, ada yang terlebih baik dan ada yang terlebih tak baik. Semalam sir berpesan, untuk menjadi orang yang hebat bercakap dihadapan jangan sekali-kali memuji diri, atau menceritakan pengalaman hidup yang tersangat manis walau hakikatnya sekarang tidak terlalu manis. Beri orang dihadapan kita itu tunjuk ajar, bukan menceritakan perkara yang realiti dahulu di samakan dengan realiti sekarang. Sedang menarikan jari ini di sini, terfikir juga adakah ummul ini menceritakan perihal kehidupan sendiri dan memuji diri sendiri? harap-harapnya tidak begitu kerana bukan niat untuk menceritakan mengenai diri sendiri tetapi sekadar berkongsi ilmu dengan cara bercerita dan mengaitkan situasi yang berlaku agar menjadi satu cerita. Sesungguhnya ummul amat lemah dalam menulis ayat fakta dan sedang cuba belajar lagi dan terus belajar. Kelmarin buntu seketika apabila banyak input yang masuk tetapi tidak ada output yang keluar. jadi sebelum input itu terkaram jauh di fikiran ummul mengambil inisiatif untuk mencatat input yang diterima.insyaAllah.

Situasi seterusnya apabila aruah ayahanda ummul telah pulang kerahmatullah 19 April 2011 yang lepas. dan pada malam ini tertonton TV dan cerita itu mengisahkan "roh". Ya betul, cerita di TV hanya lakonan semata-mata dan rekaan semata-mata. Tetapi tidak mustahilkan apa yg diceritakan ada yang berlaku secara real di muka bumi ini. Jadi apabila kita menonton sesutu cerita, kita perlu tau apa ikhtibar dan pengajaran dari cerita yang cuba disampaikan supaya tidak ada lah konsep "laghoh" dalam menonton TV, maksudnya menonton TV sekadar suka-suka dan ia menjadi perkara yang sia-sia. Dari cerita itu banyak juga input yang ummul mula sedar. Hmm walaupun orang itu telah pergi meninggalkan jasad tetapi dengan izin Allah roh masih boleh memerhatikan kita yang masih hidup. Walaupun orang yang kita sayang telah tiada dan mungkin kita terlalu banyak kesalahan yang pernah dilakukan, ya kata-kata maaf tidak boleh lagi dikatakan tetapi kita masih boleh berbakti dengan orang yang telah tiada. Kita sebagai harta yang boleh dibawa mati oleh ibu bapa kita. Jadi perbanyakkan lah doa untuk ibu bapa kita, lakukan amalan yang baik dan jadilah anak yang soleh supaya ibu bapa kita disana tetap mendapat "sahamnya" di akhirat kelak.

Satu kepelikan,dan kelainan. Sebenarnya ummul sudah lama perasan dan sedar. Mengapa ya apabila kita berkomunikasi dengan orang yang berlainan membuatkan situasi yang berlainan dan character yang berlainan. Apabila bersama family lain character, apabila bersama rakan lain character dan orang lain-lain pun lain character. Kadang-kadang terpikir, "ini bukan diri ku sebenar, tapi kenapa character ku sebegini apabila bercakap dengan orang tu? Tapi..aku bukan macam tu.." (satu persoalan yang ummul sendiri belum dapat huraikan kerana semua ini berlaku secara semula jadi, bukan dibuat-buat)


No comments: